Posts

Showing posts from February, 2019

FOODTRIP : Kelantan

Image
Hi semuaaaa!! Memandangkan diawal 2019 aku tak travel ke mana-mana, selain daripada ke Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah   makan yang membuak-buak. Ayuhhh donk lanjut terusss! *ni ayat fav Kila*  Kitorang memilih untuk naik flight memandangkan masing-masing dah menginjak ke 3 series, maka kosserrr lah nak drive lama-lama menuju ke Kelantan. Lagipun flight pun murah je masa tu jadi apa tunggu lagi, tanpa fikir panjang kitorang terus book tiket. morning face masing-masing menunggu flight pukul 6.30 pagi 45 minit kemudian selamat tiba di Kota Bharu, driver Spice dah siap menunggu ketibaan kami. Cewahhh! Kredit kepada Spice punya aunty (CikBi) yang dengan senang hati bagi kitorang pinjam kereta & duduk kat villa dia FREE! Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak. Plan makan-makan kitorang memang titptop lah..pagi itu dimulakan dengan bersarapan di Kopitiam Kita yang begitu famous dengan roti titab. Yang bestnya bukan setakat ada roti titab je, macam-macam lagi mak