WINTER TRIP : Switzerland (Intro)
Assalamualaikum dan salam 2020 saya ucapkan! Ahhh gittewww... Aku kembali ke arena blog sebab banyak benda nak cerita pasal winter trip ni. Macam mana boleh plan nak ke Switzerland ni? Kisahnya bermula pada awal 2019 apabila kitorang plan nak travel sesama lepas merasakan trip Brunei & Kota Bharu tidak cukup untuk kami berenam menunjukkan perangai aneh masing-masing. Plan asal nak ke Turkey, dah siap buat roughly route lagi dan dibincangkan semasa kat Kota Bharu. Masa ni memang dah sebulat suara lah untuk trip autumn "Istanbul Aku Datang!" cuma tunggu nak beli flight ticket je. Tapi itu lah orang kata, kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan. *sarung telekung Siti Khadijah* Tiba-tiba one day tu aku dapat email dari Etihad, ada promo...jadinya malam tu terus jumpa diorang, kecuali Spice yang menarik diri gara-gara dananya dibekukan. Ahhh 5 orang pun kita kasi jadi lah trip ni! Seperti biasa pembelian cemas harus dilakukan terus! Masa tengah browse ...