Posts

Showing posts with the label DUBAI

24 Hours in Dubai, UAE (Part 2)

Image
Haiiii..just in case ada yang mencari atau terlepas pandang cerita Dubai  Part 1 Dubai - Day 13 (12/10/2015) Bukan main lena aku tidur kat surau (Departure Hall) selepas menempuh hari semalam yang maha penat, ada sorang African and sorang minah saleh turut serta tidur dekat surau tu. Masing-masing ambil side tepi je since karang mengganggu pulak orang lain nak solat. Aku bangun gosok gigi, cuci muka dan ambil wudhuk terus solat Subuh. Sambil tu aku sempat usha few airport staff yang solat, diorang tak ambik wudhuk pun. Mula-mula aku ingat diorang dah memang ada wudhuk kot, tapi bila semua pun aku tengok macam tu...maka aku buat kesimpulan yang mereka ini Syiah. Lagipun diorang solat rilek je nampak kaki. Lepas dah solat Subuh tu, aku sambung membuta lagi. Hahaha!! Teruk betul.. Dalam pukul 9 macam tu aku bangun dan terus bersiap nak keluar. Tak mandi pun! Sebab aku malas nak mencari shower room. Just tukar baju bersih je dan ayuh kita menakluki Dubai City. Gittewwww! ...

24 Hours in Dubai, UAE (Part 1)

Image
Assalamualaikum...haa sekarang kita dah berada di negara yang baru! Tapi kot lah ada yang teringin nak baca entry transit aku di Muscat,Oman  jangan segan silu klik link itu okay!! ;) Dubai - Day 12 (11/10/2016) OMAN AIR Flight Number WY 623 safely landed at Dubai International Airport at 19:50 local time. Ahlan wa Sahlan, Dubai!!!!!! Yeahhh, inilah pit stop aku seterusnya. Seperti tajuk diatas bermaksud dekat Dubai ni pun aku sekejap je. Lagipun aku tak kaya mana nak lepak Dubai lama-lama, tunggulah kot sangkut dengan Pak Arab tokey minyak ke. Hahahaha! Tapi walaupun sekejap je, dekat Dubai lah yang paling drama teruk untuk trip kali ini.  Hectic sangat aku rasa harini..Phewww serius penat! Masa ni ada sedikit penyesalan  kebanggaan yang timbul, aku tak tau macam mana aku boleh terfikir nak buat route ni sorang-sorang pulak tu. *nangis sambil peluk backpack* I still have another 1 week before going back home.  Today was like :  Brea...