Posts

Showing posts from August, 2009

cinta pantai pearl 15

“Alia, petang ni pukul 5 sharp last aktiviti untuk budak-budak seminar,” Zafril memberi peringatan kepada Alia ketika menelefonnya tengah hari itu. “Erm…yelah, en Zafril,” balas Alia kemudian terus memutuskan talian. “Ish,aku belum habis cakap lagi dia dah letak telefon pulak!” omel Zafril sendirian. “Abang, apa yang di omel kannya tu?” Syed Zainuddin bertanya kepada Zafril. “Eh, ayah… takde apa-apa yah,” balas Zafril. “Hah, malam ni kamu jangan tak datang pulak majlis penutup seminar tu,” Syed Zainuddin mengingatkan anak bujangnya itu awal-awal kerana dia tahu Zafril pada waktu malam memang ligat tambah-tambah malam minggu. “Alaa, yah… abang ada hal la malam ni. Ayah dengan mama je lah yang datang. lagipun petang ni abang terlibat jugak time riadah budak-budak tu,” Zafril beralasan. “Abang jangan nak mengada… nanti apa pulak kata Pn Fauziah b

my 20th birthday!!

Image
24/08/09 my age already reach 20..no more 'teen' at my age...huhu...trase dh tua la plak. mlm my b'day 2 mmber2 ak sume wt xtau je, diorg x wish pn. ANGAH je yg wish..thnx my buddy.. pg 2 ak g klas cm biase..a bit moody cz diorg x wish pn b'day ak tp wt2 biase je r.huhu... then, aftr class got a pjhone call from my sis, NURUL wishing me 4 my b'day.. a minute later, got another call from my 1st sis, KAK JAH also wishing my b'day..x sgka my 1st sis ni igt my b'day..huhu... then, lpak2 kt empty class ngn bdk2 ni..diorg stil x wish lg time 2...waa, sdey nye..tp wt2 cool je.tgh bork2 ngn diorg, my phone rang.. cll from my bro, ABANG. .dia wish then he promise 2 support my b'day cake (act, i ask him 2 do so)..huhu..he said, 'ok..nnt ko blk g tempah kek dkt SECRET RECIPE'S, aku blanje. clebrate skali dgn b'day DANISH(his son).' wahhh!!!seronoknya...x xpect pn yg dia btul2 nk blnje.hehe... continue bork2 wif my frens aftr hang up da phone.. a

cinta pantai pearl 14

Ketika jam menghampiri pukul 11 malam, pintu bilik Alia diketuk seseorang. Dia yang menyangka jururawat bertugas menyuruh masuk. “Masuklah,” ujar Alia. Ketika itu dia sedang leka melihat laporan pesakit-pesakitnya. “Tau lah sibuk kerja, tapi janganlah tak makan pulak,” tegur seseorang. Teguran itu membuatkan Alia terkejut kerana suara lelaki yang kedngaran. “Ya Allah, En Zafril rupanya!” ujar Alia sambil mengurut-ngurut dadanya. “Apasal, Alia ingat hantu ke?” tanya Zafril. Ketika itu dia sudah duduk di hadapan Alia walaupun tanpa disuruh. ‘Dia nak apa ni datang hospital malam-malam?!’ desis Alia pelik. “Kenapa tengok Ril macam tu?” tanya Zafril. “Err…takde apa-apa,” balas Alia. “Ril datang coz nak ajak Alia makan, tapi kali ni kita tak payah keluar coz Ril dah beli pun. Yelah, nanti karang kalau Ril ajak Alia keluar, Alia sepit lagi tang

RAMADHAN AL-MUBARAK

selamat menyambut bulan pose kpd sume...waa, sdih nye ak x dpt smbut awl pose!!(phm2 je la ea..huhu).tapi ak ttp shur skali ngn bdk2 ni k..ye r, takkan ak nk mkn sorg dlm blik plak kot..klau kt uma xpe r gk..hehe!! yg lg x bes nye, taun ni b'day ak time pose..x pnh2 slama 19taun b'day smbut time pose. tgk2 taun ni kne buln pose plak..huhu..xpe r, moga2 lbih berkat ble umo ak dh m'cecah 20thun ni.hehe!! taun ni dh x dpt smbut pose ngn c dia...n x dpt lg b'day present dr dia..waaa...rugi2!!huhu...td bg msg smbut pose kt dia tp xde respon.huh!!bzir krdt aku 1/2 sen!!hehe...kdekut gle ek. erm..wht else ye nk story??xde dh rse nye...nnt2 r smbg cte lg. to all...SELAMAT MENJALANI IBDAH PUASA.. jgn lupa renew lesen mulut, serviskan hati, kwal kadar pencemaran mata&telinga, pelihra lah enjin perut, tax minda & cukai kesabaran..

cinta pantai pearl 13

Sebaik sahaja tiba di hospital, Alia berlari-lari anak untuk segera sampai ke biliknya. dia tidak mahu Dr Nurul menunggunya lebih lama. “Assalamualaikum… sorry kak, terlambat,” ujar Alia sebaik membuka pintu biliknya. ketika itu jam telah menunjukkan hampir pukul 8 malam “Takpelah Alia, akak tau jalan jam waktu-waktu macam ni,” ujar Dr Nurul sambil tersenyum. “Thanks a lot kak,” Alia mengucapkan terima kasih. “Welcome. Eh ok lah, akak balik dulu ya kak,” balas Dr Nurul. Tanpa membuang masa, Alia terus melakukan pemeriksaan akhir memastikan semua pesakitnya berada dalam keadaan yang memuaskan. Selesai melakukan pemeriksaan, Alia kembali ke biliknya semula. Tiba-tiba perutnya berbunyi minta diisi. ‘Hmm, lapar lah pulak… tu lah tadi tak nak makan dekat hotel terus,’ omel Alia sendirian. baru sahaja memikirkan apa yang hendak di makan, telefon bimbitnya berlagu nyaring menandakan ada panggilan. “Assalamualaikum,” ujar Alia. “Dr Alia, turun bawah sekarang,” balas si pemanggil. “Siapa ni? Ti

cinta pantai pearl 12

Hari yang ditunggu telah tiba, seawal jam 8.00 pagi semua anak-anak yatim yang terlibat dengan seminar kecemerlangan di Hotel Pearl telah berkumpul di perkarangan Darul Syuhadah. semuanya seperti tidak sabar-sabar untuk mengikuti seminar di hotel mewah tersebut. sedikit taklimat mengenai tatatertib ketika di hotel tersebut diberikan oleh Alia selaku penasihat program. “Nanti bila sampai dekat hotel, jaga adab dan kelakuan masing-masing. Akak tak nak dengar ada komplen daripada pihak hotel dan juga pengunjung-pengunjung hotel. Ok?” pesan Alia. “Ok!!!” jawab mereka semua serentak. beberapa minit kemudian, bas yang akan membawa semua anak-anak yatim yang terlibat dengan seminar tiba di hadapan pintu pagar Darul Syuhadah. Alia tidak turut sama naik bas kerana pada waktu tengah hari dia perlu kembali ke hospital, pleh itu dia memandu keretanya ke hotel. sebaik sahaja sampai di Hotel Pearl, anak-anak yatim itu disambut mesra oleh pekerja-pekerja hotel. Syed Zainuddin dan Zafril juga turut me