Posts

Showing posts from March, 2010

Terima Kasih-Thank You-Tocey-Nandri

wahhh..murah rezeki kamu berdua wahai abang long-abang long ku di IRDA(Shairee&Firdaus) mana tak nya dua hari berturut-turut lunch saya free..seronok3!! semalam Shairee belanja lunch dekat Pizza Hut..makan piza yang baru tu tau.nyum3!! hari ni Firdaus belanja dekat Botak plak..pehhh, mantap sehh asam pedas kat kedai ini!!harga pun mantap jugak..haha!!don't judge a book by it's cover kat kedai ni tau sebab nya nampak je macam kedai biasa2 sekali harga dia..fuhhh!!faham2 sendiri la..selain asam pedas ada ikan goreng, telur dadar, kailan ikan masin, sotong goreng & ayam masak halia.lepas ni kena rekomen dekat Jalan-Jalan Cari Makan untuk promote kedai ni..wahhh3!!* betul ke ejaan untuk 'rekomen' itu??saya pun confuse.. lepas makan dekat Botak, kami singgah dekat Rose Garden untuk minum kopi..yang ni Mr Greg pulak yang belanja.thanks boss!! next giliran siapa pulak??hehe..muka tak malu betul kan saya ni. giliran bos besar ke nak belanja??opsss..no komen.huhu!!

Gaya, Mutu, Keunggulan

Image
how's your sleeping style??cukup bergaya ke?cukup bermutu ke?cukup unggul ke?atau cukup ketiga-tiga nya??mari sama-sama kita tengok... yang ini tidur sambil berharap keesokan paginya boleh bertukar menjadi superman ini mungkin cara budak bijak tidur sebab letak encyclopedia kat sebelah baik hati sungguh bagi kucing tidur siap berselimut lagi kan macam udang dah gaya tidur ni mungkin gaya tidur seorang atlit sebab kaki tu macam dah ready je nak start lari 4x400 orang bercinta punya gaya tidur ke?? bakal akauntan gak nye ni, sebelum tidur mesti kena kira duit dalam piggy bank dulu kuak lentang punya style yang ni mesti sebab nak sorok perut yang buncit so, which one is you??

mari tengok..

Image
semua orang pun takde mood nak buat kerja hari ni sebab semua masih sakit2 badan akibat daripada Family Day last weekend..nampak sangat dah lama tak bersukan, lepas tu bila lepas main telematch segala anggota dekat badan sakit. di tambah lagi dengan muka yang dah sunburn..ohh!!terrible.. eh, saya nak bagi tau yang team PURPLE dapat NOMBOR 2 ok!!sangat tak dijangka sebab team kami ni kebanyakannya sudah berumur, makanya langsung tak sangka boleh dapat no 2. Team yang konon2 havoc cam Orange & Green tu pun kalah dengan kami yang sentiasa low profile, tak payah nak buat2 baju ikut warna team ni..haha!!opsss..sorry t'kutuk plak.ok fine, team Blue yang ada bos besar menang. tapi kalah 1 mata je ok, tak beza mana pun..*saya tak mau mention nama bos besar, takut nanti dia cari saya.huhu!! dah2, saya pun tak nak cerita panjang sebab jari saya sakit nak menaip lagi kesan daripada Family Day..hehe!!tengok je lah picture2 kat bawah ni smart kn bendera team PURPLE..hehe!! Mr Greg iala

tadaaa!!

Image
haa..ni lah gambar hantaran 'merisik' Kak Zu tu..mana2 yang tak tau tu sila refer kepada previous entry saya ye yang bertajuk 'NO TITLE'.. tengok,tengok..nama sape yang stated kat situ?ZURIANA tau..bukannye orang lain, maksudnya memang untuk Kak Zu pun. yeahhh..kuih2 yang sangat sedap!!blueberry chesee tart dia memang superbb!!

NO TITLE

berhabuk je rasa blog saya ni kan..tapi nasib baik belum sampai tahap bersawang lagi macam sebelum in.yelah, baru seminggu je kan tak update.tengok..saya dah stuck nak menaip entry lagi..haishhh!! ok, ok... saya tetap akan mencuba dengan gigihnya untuk menaip entry ni. sebelum tu apa kata kita belajar sikit bahasa Terengganu..yelah memandangkan saya belajar kat sana, so saya nak la share jugak even sikit je yang termampu..yang i nak ajar u'olls ni adalah untuk warna-warna. 1.Putih=Putih leput 2.Merah=Meroh nyale 3.Hijau=Ija Na'ung 4.Hitam=Itang legang haa, sebut betul2 tau!!yang mane hujung nye ade 'G' tu bagi berdengung kaw2 punya..baru betul orang Ganu.haha!! saya punya skill berbahasa Terengganu juga sudah semakin merosot di sebabkan sudah kembali ke negeri asal hampir 1/2 tahun.*ceh..bajet je! ohh, weekend ni saya ada family day IRDA..saya team PURPLE!!ya idup team PURPLE!booo..dekat team Oren, Hijau n Biru!!haha...team saya ade CE tau..confirm2 ktorg boleh menang t

only you..

HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY TO MY MUM... HAPPY BIRTHDAY TO YOU... thanks for being a great mother...thanks for raising us (Kak Jah, Kak Lin, Abang, Nurul and Me)...no one can replace you coz you are the only one! I LOVE YOU MUM!!! I Owe It All To Mother! It’s your birthday, Mom. So I will raise a cheer. Without you, my special, loving mom, I would not be here. Yes, I owe it all to you, Mom. From the time that I was small, You encouraged me in everything, And tried not to let me fall. Throughout my life your caring, Brightened each and every minute. You loved me and enriched my life, And I’m so glad to have you in it! *sangat bangga sebab saya jadik orang 1st yang wish birthday mak saya..hehe!!saya kan anak yang baik..huhu

jika..

AMARAN!!Jangan terpedaya ya, saya tidaklah sepuitis ini untuk menaip entry yang berbunga2..ayat2 di bawah sekadar di copy paste dari email saya je..hehe!!saya kan pemalas.. Jika kamu memancing ikan... (guna jala kan lagi senang..boleh dapat banyak sekali pulak tu) Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu.... (ishh..tamak betul ni) Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. (nanti ikan tu OKU la makna nye..) Begitulah juga ... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... (harapan palsu je sebenarnya..) Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya... (buat2 jaga hati dia sebab nanti boleh dapat kasut Nike.hehe!!) Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... (paw habis2 baru tinggalkan..haha!!) Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN

kecewa..

huh!!i sangat kecewa dan marah ye dengan TGV dekat Tebrau City..kenapa lah tak bagi i peluang nak tengok Alice in Wonderland, kenapa mesti full??tau tak betapa berkobar-kobarnya saya nak tengok cerita itu..hampa i tau!terpaksa la i tengok V3: Samseng Jalanan..tak berbaloi RM12 i untuk tengok cerita tu.*kedekut betul..RM12 pun nak berkira!!sokonglah cerita Melayu la wehh.. hehe..mana ada i berkira.ye2, i memang sokong cerita Melayu tau..kalau tak sokong takde nya i nak tengok cerita Niyang Rapik.ala, tapi cerita V3:Samseng Jalanan ni just a typical mat rempit story.dah bosan...sigh. oh, mari bersama-sama bangga dengan saya sebab beli model exam paper untuk MUET lepas tengok muvee..hehe!!yeahh..band 6 for MUET!!sangat bersemangat..huhu manusia sangat ramai di Harris bookstore dan sangat lah panjang yang beratur untuk membayar di kaunter.time saya nak bayar tiba2...(buat muka suspen cepat!) ada seorang akak ni mintak tolong bayarkan buku dia.huhu!saya pun dengan baik hati dan ikhlas pun b

KUIH RAYA TRADISONAL

Image
kali ini saya nak cerita pasal kuih tradisional pulak..wahh rasa tradisional nye saya ni kan, semua benda pun nak yang tradisional.kuih tradisional memang banyak tapi saya nak cerita kuih tradisional yang biasa dihidangkan ketika hari raya..idea untuk entry kali ni tercetus (ayat sangat skema macam buat karangan SPM) sewaktu saya menyelak-nyelak sebuah travel magazine ‘Kunang2’ kepunyaan bos besar di department saya..sorry bos saya ter’rasmi’ kan dulu magazine bos tu..hehe!!seriously, saya tak pernah tau pun kewujudan magazine tu sebelum ni..kalau magazine Traverama tu saya tau lah. konon2 sangat excited lah dapat baca magazine tu, maka selak lah setiap page dengan bersungguh2 sehingga lah sampai dekat page yang ada gambar2 kuih tradisional..wahh!!makin eksaited la saya.. ok, yang tadi tu baru intro..sekarang ni saya akan tunjukkan gambar2 kuih2 tradisional..dah lama kan entry saya tidak ada gambar..nahh, amek kau gambar2 yang sangat mengujakan ini 1. Kuih Ros saya reti tau buat kuih

BARGAINING..

sambil-sambil saya melipat kain baju saya dapat idea nak buat entry ni..*kau saja nak tunjuk rajin yang kau tengah melipat baju pada hari minggu kan..poyo betul! disebabkan weekend ni saya jadi budak baik yang duduk sahaja dirumah, maka tangan pun mulalah gatal untuk ber‘blog’ dan berkongsi pendapatan..eh,bukan pendapatan tapi pendapat. bargain atau tawar-menawar..bukan tawar dalam masakan ya tapi tawar-menawar ketika ingin membeli barang..saya adalah salah seorang yang rajin bargain kepada tuan punya kedai ketika saya ingin membeli sesuatu..rasanya dalam ahli keluarga saya rata-rata adalah ‘bargainer’ yang mantap..*ye2, saya tau takde term ‘bargainer’ dalam kamus Longman untuk menunjukkan kepada orang yang bargain.. ok, drop the subject. saya tetap akan menggunakan term ‘bargainer’ itu..haha!!berbalik kepada cerita asal, kami adik beradik kalau nak beli something akan bargain dengan bersungguh2 for the price even sometimes we asked for unreasonable price..but who knows, maybe its our

lost...

I was lost in many things..Lost intention to blog..Lost my track to type out what I feel…lost words to express my feeling *padahal sama aje kan ayat yang ke 3&4,nampak sangat yang saya memang dah hilang words untuk blogging kali ni.. Lost my heart.erkk..is there anybody stole my heart??No lah...I’m just joking.my heart is still in its place..see, saya sudah start merapu.nanti2 kalau saya dah ada cerita yang nak di kongsi, saya tanpa segan silu akan cerita dekat sini. I’ll be back…*kalau terror cuba teka tu ayat dalam filem apa..huhu! ok, see ya…

it's raining

Hujan yang turun bagaikan mutiara Berkilau bersinar berkerdipan Subur menghijau bumi terbentang Dan bayu berpuput lembut Cinta yang bersemi Diwaktu hujan turun Menyirami ketandusan hati Dan hujan turut mengiringi Engkau pergi... Selembut hujan bercurahan Begitulah cinta ini Semesra bumi yang disirami Begitulah hati ini Hujan yang turun bersama air mata Bersama pedih, bersama rindu Kau datang dan kau pergi jua Rindu lagi... hah!!kantoi..mesti ada antara u'olls tengah humming lagu tu kan.i nampak mulut tu tengah terkumat-kamit tadi, dah2 tak payah nak cover2.haha!! actually entry ni takde kena mengena pun dengan lagu tu..saja nak cerita yang dah 2 hari JB ditimpa hujan di waktu2 petang..takde lah panas lagi macam selalu..hutan tepi hi way pun takde lah yang nak terbakar lagi. ehhh..rajin nye I post 2 entry hari ni.huhu..padahal sebab entry yang tadi tak masuk dekat Mac punya list, so menggatal la post entry ni untuk wujudkan list Mac.*ayat dah macam budak tak pernah pegi sekolah