Posts

Showing posts from March, 2016

Transit in Manila, Philippines (Finale)

Image
Assalamualaikum... Finally!! Hari terakhir grand trip aku untuk tahun 2015. Selama 18 hari jauh dari tanah air bukan senang, tapi aku takde lah homesick ke apa cuma rindu nasi lemak je! Hiks. Jadi sebelum khatam entry terakhir ni, boleh jenguk entry yang lepas dekat sini  tauuu! Manila - Day 18 (17/10/2016) Last day of the journeyyyy! Aku memang bermalas-malasan je dekat Manila sebab memang takde exact plan nak ke mana. Semalam dah beli roti dengan tuna spread, so aku just breakfast itu je. Doormate aku pun semua belum bangun. Nampak tak pemalasnya sampai taknak pergi free breakfast yg hostel provide. Alaaa hostel pun provide toast jugak.. lepas dah kenyang, sambung golek2 lagi atas katil. Hahaha! Jangan contohi aku.. Ehh dah nak pukul 10! Kang pukul 12 nak check out, ayuh lah mandi dah bersiap. Kali ni aku tak repack bag balik sebab baju yang nak salin aku dah asingkan siap2. Sambil tu sempat lah borak dengan awek pinoy katil sebelah ni, dia duduk apartment sebelah je tapi

Backpacking to Boracay, Phillipines (Finale)

Image
Jangan lupa baca Part 2   dulu okayyyy! Boracay to Manila - Day 17 (16/10/2015) Hari terakhir di Boracay, awal-awal pagi lagi dah bangun sebab pick up dari Southwest nak datang jemput pukul 6.30 pagi. Iye 6.30 okayyy sebab flight aku ke Manila pukul 11.30 pagi, takut tak sempat pulak kalau keluar lambat sangat! Tapi dekat Boracay dah cerah dah masa ni. Aku terus pulangkan kunci dekat receptionist dan ngam-ngam staff Southwest pun sampai kat bawah. Bye Kevin! ehhhhh Dari hostel akan dihantar ke jeti dan perlu menuggu agak lama orang-orang lain yang di pick up untuk sampai ke jeti. Aku memang masa ni kebulur gila sebab takde stok makanan dah. Hanya mampu minum mineral water je lah. Lebih kurang sejam menunggu akhirnya penumpang di panggil untuk menaiki bangka dan masa ni dah mula gerimis. Laut sedikit bergelora tapi nasib baik naik bangka ni bukannya lama mana pun. Tiba sahaja di jeti Caticlan, pastikan naik bus yang betul untuk ke airport sebab ada 2 bas iaitu ke Kalibo

Backpacking to Boracay, Philippines (Part 2)

Image
Sebelum meneruskan sambungkan cerita berbikini di Boracay, korang boleh jenguk dulu  Part 1  sambil minum mango shake. Gittewwww! Boracay - Day 16 (15/10/2015) Hari kedua di Boracay nampaknya cuaca tak berapa elok, mendung dan mula gerimis. Aku pergi breakfast dekat rooftop lepas tu sambung bergulung atas katil melayan segala social media yang wujud. Yelah, nak keluar pun hujan kot! Lebih kurang pukul 10, hujan dah agak reda maka aku pun cepat-cepat keluar ke pantai. Cadangnya hari ni memang nak lepak santai je, tak rasa nak buat apa-apa aktiviti pun melainkan shopping some souvenirs dan cuci mata!Hahaha.. bagi can lah. Tempat tujuan aku ialah ke d'Talipapa yang terletak di Station 2 memandangkan dekat sinilah yang sering digembar-gemburkan tempat murah untuk beli souvenirs. Lagipun semalam aku dah survey dekat d'Mall masa Joanna dok sakan shopping souvenirs, so boleh lah aku compare harga nanti. Tidak dilupakan jugak, aku nak cari kedai makan halal untuk port lu

Backpacking to Boracay, Philippines (Part 1)

Image
Helloooo.. untuk yang terlepas entry sebelum ini, boleh baca kisah permulaan aku di MANILA . Selepas itu barulah kita semua boleh ke pulau!! Get ready dengan bikini dan sunblock semuaaa! Hahaha.. Boracay - Day 15 (14/10/2015) Akhirnya, selamat mendarat di Kalibo International Airport pada jam 0055 dan terus direct scan bag dekat immigration. Airport Kalibo ni kecik je, ala-ala airport Langkawi. Keluar dari pintu arrival, ada orang pegang kertas bertulis nama aku! Sempatlah feeling2 retis pepagi buta . Hahaha!! Dia terus bawak aku ke kaunter Southwest yang masih lagi bukak untuk bagi sticker and tiket bot. Then masuk lah ke bas mini yang dah sedia menanti untuk membawa ke Caticlan Jetty Port & Passenger Terminal. Jarak perjalanan dari airport ke ferry terminal sejam lebih, dan memang gua sedap je lah membuta dalam bas tu walaupun ada mat saleh kacak dekat seat sebelah. Hahaha!! Memandangkan sampai jetty dah malam  pagi, untuk ke pulau perlu naik ferry diatas faktor

Transit in Manila, Philippines (Part 1)

Image
Ini ialah kisah sambungan dari cerita DUBAI  pada entry yang lepas. Iya, ini negara ke-4 untuk grand trip aku!! Gila kan?? Manila - Day 14 (13/10/2015) Selepas 8 jam penerbangan dari Dubai ke Manila dengan menaiki flight Cebu Pacific, akhirnya selamat mendarat di Ninoy Aquino International Airport (NAIA) pada jam 1200. Kalau bukan disebabkan berbeza GMT, boleh dianggap 12jam jugak flight ni. Phewww! Boleh tahan patah pinggang flight lama ni, tapi aku lena jugak tidur walaupun pakcik pinoy belakang aku dok lah menendang seat yang aku recline. Ahhh kisah pulak aku! Aku penat tahu tak dengan kes dekat Dubai airport tu. Sumpah! That was the worst drama in my traveling history. *puiii history lah sangat, gaya macam dah lama gila travel tu..hahaha!* Mabuhay, Manila! Aku mestilah diantara orang yang keluar dari flight lambat sebab malas nak bersesak lagi-lagi dekat Immigration Counter. Keluar je dari arrival hall. misi aku nak mecari simcard. I need to do live update okayyyy

RESEPI : No-bake Cheesecake (basic)

Image
*tok tok tok* Assalamualaikum...haa masuk lah! Pintu rumah tak kunci, cuma ada daun-daun kering dengan sawang sikit. ;P Lama dah rasanya aku tak kongsi kehebatan aku mem'baking' kan? Gittewwww..hebat ke masalah nya? Hahahaha hebat google je yelah! Ayuh kita teruskan dengan resepi pilihan harini ini iaitu*drumroll* NO-BAKE CHEESECAKE!! Sangatlah senang nak buatnya, lagi-lagi kalau yang duduk rumah bujang takde oven segala bagai tu. Sebab cheesecake ini tak perlu dibakar, cuma masuk dalam peti ais je uollsss! Haa dengar je pun dah macam senang kan?  Ok, let's get started! *sarung apron* Bahan-bahan utama:  500g cream cheese (Philadelphia/Anchor/Tatura) 100g gula kastor 250ml whipped cream (Value Pride) 1tbs gelatin Halal 1tbs esen vanila 50ml air panas Bahan-bahan base: 250g biskut Digestive/Oreo 50g butter Cara-cara:  Masukkan biskut ke dalam plastik dan hancurkan dengan menggunakan rolling pin. Sebab aku tak suka base chees

24 Hours in Dubai, UAE (Part 2)

Image
Haiiii..just in case ada yang mencari atau terlepas pandang cerita Dubai  Part 1 Dubai - Day 13 (12/10/2015) Bukan main lena aku tidur kat surau (Departure Hall) selepas menempuh hari semalam yang maha penat, ada sorang African and sorang minah saleh turut serta tidur dekat surau tu. Masing-masing ambil side tepi je since karang mengganggu pulak orang lain nak solat. Aku bangun gosok gigi, cuci muka dan ambil wudhuk terus solat Subuh. Sambil tu aku sempat usha few airport staff yang solat, diorang tak ambik wudhuk pun. Mula-mula aku ingat diorang dah memang ada wudhuk kot, tapi bila semua pun aku tengok macam tu...maka aku buat kesimpulan yang mereka ini Syiah. Lagipun diorang solat rilek je nampak kaki. Lepas dah solat Subuh tu, aku sambung membuta lagi. Hahaha!! Teruk betul.. Dalam pukul 9 macam tu aku bangun dan terus bersiap nak keluar. Tak mandi pun! Sebab aku malas nak mencari shower room. Just tukar baju bersih je dan ayuh kita menakluki Dubai City. Gittewwww! Try

24 Hours in Dubai, UAE (Part 1)

Image
Assalamualaikum...haa sekarang kita dah berada di negara yang baru! Tapi kot lah ada yang teringin nak baca entry transit aku di Muscat,Oman  jangan segan silu klik link itu okay!! ;) Dubai - Day 12 (11/10/2016) OMAN AIR Flight Number WY 623 safely landed at Dubai International Airport at 19:50 local time. Ahlan wa Sahlan, Dubai!!!!!! Yeahhh, inilah pit stop aku seterusnya. Seperti tajuk diatas bermaksud dekat Dubai ni pun aku sekejap je. Lagipun aku tak kaya mana nak lepak Dubai lama-lama, tunggulah kot sangkut dengan Pak Arab tokey minyak ke. Hahahaha! Tapi walaupun sekejap je, dekat Dubai lah yang paling drama teruk untuk trip kali ini.  Hectic sangat aku rasa harini..Phewww serius penat! Masa ni ada sedikit penyesalan  kebanggaan yang timbul, aku tak tau macam mana aku boleh terfikir nak buat route ni sorang-sorang pulak tu. *nangis sambil peluk backpack* I still have another 1 week before going back home.  Today was like :  Breakfast - Kerala, India