Posts

Showing posts from 2015

Baby Shower Story

Image
Assalamualaikummmm.. Kali ini kita bersiaran lagi tapi bukan kisah travel okay. Kamonnnn..aku pun ada kisah hidup lain yang menarik jugak selain daripada travel je! Hahaha... Baca tajuk mesti macam, wehhhh bila pulak si Mada ni kahwin siap ber'baby shower' bagai?? Chaittt..bukan aku lah! Takpe kita cerita slow-slow, benda boleh bincang. Plan awalnya cuma nak melepak makan-makan sebelum perut Fatin meletup, tapi lepas tu macam..ehhh takkan nak makan lepas tu balik je? Sempat ke nak bergosip nanti? *padahal hari-hari ada je yang digosipkan dalam Whatsapp group ;P Ok, kita book 1 room lah dekat hotel mana-mana just for 1 night. Kekonon girls party in the room lahh! Lepas tu macam, ehhh suami Syira dengan Fatin nak campak mana? Hmmm..book suite lah! So, the guys will be on the living hall while the girls will enjoying our king size bed in the room! Weeehuuuu...Dan macam biasa, sesi book accommodation ni memang tugas aku.  Lokasi percutian singkat berjemaah ka

Hello December!!

Image
Bulan terakhir untuk 2015, dah complete ke wishlist/bucket list masing-masing? Aku? Jarang nak ada wishlist bagai ni, just go with the flow gittewww! Rasanya travel journey aku untuk 2015 dah habis.. *tapi mana tau last minit tetiba ada trip kan! hehehe.. Iye, aku tau banyak hutang entry travel..aku try lah complete kan sebelum menjelang tahun baru okay? ;) Ramai betul yang nak kawen bulan ni, aku pun busy lahhhh..mana tak nya kena jadik pengapit bagai! Haishhh lepastu mula lah keluar soalan wajib... "Yang pengapit tu bila pulak?" "Bila nak kawen?" "Lepas ni turn pengapit lah pulak kan?" Penat akak nak menjawab dik non! Bagilah soalan yang mencabar sikit..Contohnya, "Trans Siberia trip tu agak-agak possible tak kalau nak buat solo trip? Bulan berapa yang sesuai nak pergi?" Hahaha! XOXO! p/s: Travel plan 2016? Mestilah dah ada! Hihihihi

Backpacking to Kerala, India (Part 3)

Image
Haiii...masih ingat dengan cerita South India aku? Hahaha..berbulan jugak tertunggak, untuk memberi laluan kepada entry trip Jogjakarta. Maka, ayuh lah kita ke India!*pasang lagu Janam Janam sambil menari depan bilik bos* Untuk yang nak refresh entry sebelum ni, boleh lah ke Part 2 Kochi - Day 3 (02/10/2015) Aku bangun kemain awal lagi sebab takut kena tinggal bas, mandi dan siap-siap. Aku cari wife owner sebab nak bayar sewa bilik. Lepastu terus keluar pergi jalan besar tahan auto rickshaw. Tak kuasa nak memikul backpack 12kg jalan pepagi camni. Babuji!!*tahan dengan penuh bergaya* Bus station how much? 25 rupees mam. Chalo bete!*campak backpack ke dalam auto rickshaw* Dah sampai bus station dan nampak KURTC bus yang berwarna oren sudah siap sedia. Aku bagi driver rickshaw tu INR30. Alahaii extra 30sen je jangan berkira sangat pepagi camni.  Terus naik bus dan bus dari Fort Kochi ke Alleppey akan bertolak pukul 8.15 pagi . Phewww...nasib baik aku awal, kala

Backpacking to Kerala, India (Part 2)

Image
Berkurun nya lah aku nak habiskan entry pasal Kerala ni...hihihi sorry guys! Mood nak menaip memang kelaut habis. Part 1 Kochi - Day 2 (01/10/2015) Aku keluar agak lambat since semalam lagi aku dah settle pusing area Fort Kochi. Dalam pukul 9 lebih baru aku keluar selepas puas bermalas-malasan, sempat singgah breakfast kat satu budget hostel ni Happy Camper . Tempat ni siap ada review dari Trip Advisor lagi tapi tak perasan pulak ada dalam booking.com. English breakfast je yang available dekat sini, so bedal je lah daripada kebulur.  Sebenarnya plan pagi ni aku nak pergi usha houseboat tour kat Alleppey, so terperasan lah ada satu tourist information center betul-betul depan bus station. Cisss sekali travel agency rupanya! Giler mahal dia quote harga, memang tak lahhh. Lepas tu aku tanya ada ke tak direct bus dari Kochi ke Alleppey, dia cakap takde. Huh! Aku macam rasa dia cuba nak scam sebab aku dah google kot, memang ada direct bus pergi Alleppey! TIPS: Haa itu

Backpacking to Jogjakarta, Indonesia (Part 2)

Image
Assalamualaikummmmm... Lama dah rasanya entry Jogja ni terbengkalai kan..maklumlah balik dari Jogja sibuk beraya lepas tu aku sibuk dengan preparation nak ke India. Terus terlupa pasal nak share Kota Tua Yogyakarta yang bagi aku experience dekat sini tak kurang best nya! Part 1 DAY 2 - Friday (12/06/2015) Memandangkan waktu Subuh awal dekat sini, maka aku pun bangun agak awal lah jugak. Guesthouse ni provide breakfast tapi start pukul 8 pagi, so sementara tunggu nak breakfast tu aku pun pergilah morning walk dulu. Saja nak tengok Jalan Malioboro pepagi macam mana, busy jugak ke macam waktu malam. Sambil tu aku sebenarnya nak cari tempat untuk sewa motor, semalam aku tanya ada dekat satu kedai ni tapi motor dah habis lah pulak. Hmmm..kenapa aku nak sewa motor?? Jogjakarta memang terkenal dengan seni, dekat Jalan Malioboro ada banyak sculpture unik yang dibuat daripada barang-barang recycle. Ini daripada botol plastik. Creative! Jalan Malioboro agak tenang p