FOODTRIP : Kelantan
Hi semuaaaa!! Memandangkan diawal 2019 aku tak travel ke mana-mana, selain daripada ke Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah makan yang membuak-buak.
Kitorang memilih untuk naik flight memandangkan masing-masing dah menginjak ke 3 series, maka kosserrr lah nak drive lama-lama menuju ke Kelantan. Lagipun flight pun murah je masa tu jadi apa tunggu lagi, tanpa fikir panjang kitorang terus book tiket.
morning face masing-masing menunggu flight pukul 6.30 pagi
45 minit kemudian selamat tiba di Kota Bharu, driver Spice dah siap menunggu ketibaan kami. Cewahhh! Kredit kepada Spice punya aunty (CikBi) yang dengan senang hati bagi kitorang pinjam kereta & duduk kat villa dia FREE! Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak.
Plan makan-makan kitorang memang titptop lah..pagi itu dimulakan dengan bersarapan di Kopitiam Kita yang begitu famous dengan roti titab. Yang bestnya bukan setakat ada roti titab je, macam-macam lagi makanan Kelantan yang kitorang try. Tukang suggest sudah semestinya mek kelate Nabilah yang memang expert bab-bab makan ni.
Roti Titab
Breakfast like a king!
(Roti titab, nasi tupe, nasi dage, nasi kapit, pulut manis)
Selesai breakfast kitorang balik rumah dulu, merehatkan perut dan sambung membuta sementara tunggu nak lunch. Hahahaha!
Pukul 11 lebih macam tu kitorang dah bersiap untuk keluar lunch memandangkan kedai yang kitorang bakal terjah ni kalau lambat memang penuh sentiasa.
Mana destinasi lunch kami? *drumroll*
Yasss mana lagi yang dituju kalau bukan ke Warung Pak Mat Pulau Pisang yang terkenal dengan teh madu. Ehhh lunch minum teh madu je ke? Sudah semestinya tidak!
Sup Kepala Ikan Merah yang sungguh da bomb!
Drinks of the day, Teh Madu!
Dah kenyang maka eloklah kiranya kita membakar kalori sikit dengan bershopping di Pasar Besar Siti Khadijah.
Settle shopping kain pasang, kita balik rumah dulu. Mandi & bergolek-golek kejap tunggu asar sebab nak keluar balik lepas tu.
Ikan/Udang/Sotong/Crabmeat celup tepung to die for!
Selepas tu kitorang pergi Wakaf Che Yeh sekadar nak cuci mata dan bagi makanan turun. Hahaha sebab dinner belum lagi kan?
Dinner dimana kita ni? An underrated kedai sebab agak tersorok sikit tempatnya tapi berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan iaitu di Cafe Hostel Pantai. Apa yang menarik di sini? Kitorang memang aim nak makan Miang Pla sebab nampak unik. Memandangkan perut masing-masing memang dah bloated, kitorang order sikit je dan takde nasi.
Mula-mula aku dengan Haliah dah surrender bila tengok Spice&Kila dok order, tapi bila makanan sampai...sibuk jugak merasa! Hahaha tapi memang sedaplah.
Kerabu Kaki Ayam, Miang Pla, Daging Harimau Menangis
Miang Pla yang sedap!
Sudah! Marilah kita balik rumah, bagi perut tu berehat. Hahaha sumpah masing-masing memang kenyang teruk sampai ke esok pagi.
Good morning!
Siapa yang cakap semalam kenyang sampai pagi?? Hahaha pagi-pagi dah sibuk nak mencari nasi kerabu. Bak kata Liana "Followers IG kita mesti tertunggu-tunggu kita makan apa pagi ni!" Kahkahkah hadapppp!
Macam biasa scene pagi kalau dengan diorang ni ialah siapa yang nak kena mandi dulu. Tapi sebab rumah ni banyak bilik air, maka masing-masing kena kerah untuk mandi dan siap sebab nak pergi breakfast pukul 8 pagi.
Tak sah lah kalau pergi Kelantan tak makan nasi kerabu untuk breakfast kan? Nabilah suggest untuk makan di Lieniey Nasi Kerabu Tumis memandangkan aku request nak kedai yang ada ayam bakar. Hahahaha selera kemainnnn!
Eat like locals
Kuih akok jangan dilupakan
Liana melangkah mencari nasi
Simple tapi sedap! Budu jange lupo
Ok dah kenyang, masa untuk kembali ke KL untuk mencari rezeki! Gittewww..
Bye!
Comments
Post a Comment