Posts

Showing posts from May, 2009

cinta pantai pearl 2

“Abang, are you okay?” pertanyaan Syed Zainuddin itu membuatkan Zafril tersentak. “Ok ayah,” balasnya pantas. “Baiklah, Tuan Syed Zainuddin saya kenalkan dua orang yang saya bawa bersama ni. Ini Puan Rasyidah, setiausaha Darul Syuhada dan yang seorang lagi, Dr Alia. Alia ni penasihat untuk Darul Syuhada sebab sebelum ini, dia pernah menjadi salah seorang penghuninya,” terang Puan Fauziah. “Dan saya rasa, tak payah la saya nak perkenalkan diri saya lagi sebab kan saya dah selalu sangat berurusan dengan Hotel Pearl,” sambung Puan Fauziah sambil tersenyum. “Yelah, memang dah kenal sangat pun dengan puan maklumlah, sejak hotel ni dibuka 10 tahun dulu kan Hotal Pearl dan Darul Syuhada selalu berganding,” balas Syed Zainuddin ramah. “Ini setiausaha baru ya Puan?” tanya Syed Zainuddin. “A’ah Tuan Din. Setiausaha yang lama dah letak jawatan. Katanya dah sampai masa untuk berehat sahaja dirumah melayan anak cucu,” jawab Puan Fauziah. “Dr Alia bertugas dekat hospital mana?” tanya Syed Zainuddin

cinta pantai pearl 1

Image
“Macam mana awak buat kerja ni? Semalam kan keadaan mama saya dah ok! Kenapa hari ni dia tak sedarkan diri semula?!” herdik Syed Zafril Hamzi kepada seorang doktor perempuan yang masih muda. “Doktor ni tau buat kerja ke tak!” sambungnya lagi membuatkan doktor itu terdiam seketika. “Encik, sabar dulu…,” belum sempat doktor itu menyambung kata-katanya Zafril sudah memotong. “Apa sabar,sabar?? Ni berkaitan dengan nyawa mama saya!” dengus Syed Zafril Hamzi. “Dengar dulu apa yang saya nak jelaskan ini. Memang semalam keadaan Pn Noraida sudah stabil, tapi apa yang berlaku hari ini di luar jangkaan saya. Mungkin ini semua akibat daripada kesan ubat yang diberikan kepadanya. Antibodinya tidak cukup kuat untuk menerima ubat tersebut tapi saya yakin, esok keadaan Pn Noraida akan kembali stabil. Encik tak perlu risau dengan keadaan mak encik ni,” panjang lebar penerangan yang terluncur keluar dari mulut comel Dr Alia. Dia sudah biasa berhadapan dengan keadaan begini. “Baik, kalau esok keadaan mam