Posts

Showing posts with the label KATA HATI

Hello December!!

Image
Bulan terakhir untuk 2015, dah complete ke wishlist/bucket list masing-masing? Aku? Jarang nak ada wishlist bagai ni, just go with the flow gittewww! Rasanya travel journey aku untuk 2015 dah habis.. *tapi mana tau last minit tetiba ada trip kan! hehehe.. Iye, aku tau banyak hutang entry travel..aku try lah complete kan sebelum menjelang tahun baru okay? ;) Ramai betul yang nak kawen bulan ni, aku pun busy lahhhh..mana tak nya kena jadik pengapit bagai! Haishhh lepastu mula lah keluar soalan wajib... "Yang pengapit tu bila pulak?" "Bila nak kawen?" "Lepas ni turn pengapit lah pulak kan?" Penat akak nak menjawab dik non! Bagilah soalan yang mencabar sikit..Contohnya, "Trans Siberia trip tu agak-agak possible tak kalau nak buat solo trip? Bulan berapa yang sesuai nak pergi?" Hahaha! XOXO! p/s: Travel plan 2016? Mestilah dah ada! Hihihihi

Aku yang travel, kau yang sibuk!

Image
Assalamualaikum...haiii Dah lama rasanya takde sesi aku membebel kat blog sebab asyik2 post pasal travel diselit dengan post resepi yang konon power. Bila aku balik daripada travel, mesti akan ada je yang berbunyi especially bila aku start post gambar. Meh aku list down few questions/ayat sindiran yang aku selalu dapat dari rakyat jelata disekeliling aku. 1. Daripada kau travel merata tu baik simpan duit tu untuk kahwin. Kahwin nanti nak pakai duit banyak tau, pelamin je dah RM5000! Seriously pelamin RM5000? Kau duduk just for a few hours je kot!! RM5000 tu aku boleh travel to Europe for a week siap dengan round trip flight ticket okayyy! Hahhh mereput lah kau tenung pelamin yang sama tu seumur hidup dalam gambar, dan aku boleh tengok banyak pemandangan with the same amount of money! Tang kahwin tu, mana tahu aku tengah travel tiba-tiba ada yang ajak kawen. Marilah kahwin dekat Boracay, wedding at the beach baybeyhhh!   2. Daripada...

14 February

Image
Iyaa..hari yang paling ditunggu!bukan sebab Valentine's Day yang telah dikecohkan sebagai haram untuk di sambut, tetapi sebab hari ini result untuk degree student UiTM seluruh Malaysia keluar! Aku seminggu lebih awal dah deactivate push email kat handphone sebab tak sanggup rasanya nak dapat email dalam waktu yang tak bersedia..gittewww! yang buat lagi extra cuak, tentu lah kepada student final semester seperti aku! Sama ada boleh isytiharkan diri sendiri officially graduate atau ada paper yang sangkut. Dan.... Alhamdulillah!! Aku pass untuk semua paper walaupun GPA memang nyawa-nyawa ikan aje lah.. takpe lah, mungkin usaha aku tak banyak mana pun untuk dapat result yang power! apa-apa pun aku bersyukur! Dah boleh pergi interview dengan senang hati..hihihihi yang paling tak sabar ialah nak sarung lagi sekali jubah konvo!! kali ini ada satu line kat lengan jubah..insyaAllah!=) Konvo diploma 2010

Towards the end

Image
Assalamualaikum to all.. It's been quite some time since the last entry, so yeahh! Welcome back.. Nothing much to share even though a lot of things happen lately. Seems like better to keep it by myself. Kinda loser? Some sort like that. Feeling lonely..not because of my relationship status but more to my life routine since I started my internship. After work, straightly go home and laying on bed waiting to sleep. Everyday is just the same. Mingling with my books until I feel asleep is another option to cheer me up. I have no friend here except my office-mates. Since they are office-mates, so it is only during the office hour. I miss my friends during diploma..the best ever friends! we shared everything.. If only time can goes back..

Second last month of the year

Image
Assalamualaikum... heyy peeps..it's 1st Nov uollssss!! aku memang macam dah jauh hati je nak update blog..ntah lah, aku pun taktau kenapa. aku lebih suka memekak2 dekat twitter tp selalunya tak banyak mana pun aku update status... kira sekarang ni kalau ada sesiapa stalk aku pun macam worthless..tak banyak info pun yang diorang boleh dapat.. facebook pun aku jarang update status, kalau ada pun sesekali je aku share gambar.. mungkin aku nak lari dari social network ni, tapi belum berkesempatan! aku ada dream nak travel sorang2, kira backpacking lah.. tapi tak tau lah bila boleh terlaksana.. aku malas nak ajak2 orang sebab masing2 ada komitmen and diorang pun mungkin takkan faham motif backpacking tu.. aku taknak shopping, aku cuma nak kenal life dekat tempat orang.. dengan bawak kamera, aku nak capture seberapa banyak gambar yang boleh.. insyaAllah one fine day aku akan pergi jugak backpacking sorang2 how about my study? aku macam ada rasa nak give u...

redha dengan ketentuanNya

Assalamualaikum... hari ni rasa nye baru mempunyai kekuatan untuk kembali menulis... rasa kecewa dan sedih itu terpaksa di tinggalkan jauh... semua yang berlaku sudah ditentukan dan perlu redha... mungkin kita tidak sedar, usaha kita belum cukup dan ade hikmah semua itu... walaupun pahit, tapi perlu di tempuhi juga... tapi... mengecewakan emak tersayang itu sakit nye lagi teruk daripada putus cinta... harapan dan iringan doa darinya seperti di sia2 kan oleh saya... saya minta maaf mak!=(

1.11.11

tarikh cantik lagi!!!wahhhh...ada yang bernikah pada hari ni.tahniah ye untuk satu kehidupan yang baru. tapi aku pulak, hari ni cukup sengsara sebab ade test FAR400 yang mana sangatlah susah.aku pun tak tau, ada ke item yang boleh lecturer tanda dalam kertas jawapan aku!haihhhh...dah usaha, tapi kalau tak berjaya jugak..perlu lebih rajin selepas ini bagi memastikan saya lulus subjek ni. ohhh...lagi beberapa hari seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha!! cuti mid sem aku pun serupa tak cuti sebab dibebani dengan assignment dan juga perlu study untuk test yang berderet sebaik sahaja lepas cuti..haihhhh!sekarang ni sangat2 tidak ada masa untuk bersuak ria seperti sebelum ini...-_-" tapi perlu teruskan juga apa yang sedang dilakukan sekarang ni!berhenti di separuh jalan itu bukanlah saya!

27/10/2011

tarikh itu ialah tarikh hari lahir dia...=) HAPPY 22nd BIRTHDAY! dan juga... tarikh aku perlu renew driving license! macam membawa maksud kan... aku perlu replace benda yang lama, begitu juga dengan dia! maka perlu cepat2 cari bakal suami...amboiii!!bakal suami terus??yelah..terasa penat bercinta jika tidak berakhir hingga ke alam perkahwinan. dushhh!!ok aku tau, entry aku extra jiwang..mungkin impact daripada study MAF! ahhh...aku stress belajar, tapi aku tak terasa nak berhenti belajar pun.semoga aku terus kuat semangat!doakan ye kawan2.

not always at the top

Image
sometimes you are at the TOP, sometimes you will at the BOTTOM it's just a life cycle =)

Happy birthday to ME!

-DUA PULUH EMPAT OGOS- ya...sudah genap 22 umur saya sekarang ni. kehidupan masih seperti dahulu...sentiasa ceria dan gembira bersama kelurga dan kawan2.=) alhamdulillah...masih di berikan kesihatan yang baik dan sempurna bertambahnya umur bermakna semakin menghampiri kematian..betul tak? sudah membeli hadiah untuk diri sendiri iaitu Speedlight untuk Encik Sony! ok lah, bye! p/s:aku sudah menjadi seorang yang pemalas untuk conteng2 di blog

Dejavu

sometimes when you start thinking/talking about someone... suddenly he appear! It happened to me! it was last night, i was messaging with my BFF talking about him..PAP!out of sudden 'he' message me! ohhh...adakah dia mempunyai sixth sense yang begitu hebat sehingga boleh tau saya tengah bercakap pasal dia??or does he feel the same? last two days, saya mimpi dia lagi untuk kali yang kedua!storyline mimpi tu pun same je... adakah ini petunjuk kepada sesuatu? *i cried out last night...=(

it's come again

last 4 years, today is the happiest day ever!!but not now, not today..:-( still hope for something that could make me smile again..:) please go away!! i don't want to suffer anymore...

Unexpected

kadang2 dengan orang yang kita dah lama kenal dan rapat pun boleh rasa awkward tapi kadang2 dengan orang kita baru rapat pun boleh rasa comfortable... kadang2 orang yang kita rapat satu masa dulu boleh rasa jauh tiba2 tapi kadang2 orang yang satu masa dulu kita tak boleh get along tiba2 boleh jadi kawan sekarang... hidup ini memang susah dijangka kan? mood :- sedih

070707

it's July again... hmm i WAS love July... but now... i hate July... :-( July make me sad! July make me cry! July ruin my happiness! but do remember that, without July it's not a complete year! there might be something behind all this... yess!RAMADAN will come soon... keep =) to welcome the best ever month that may increase your amalan+pahala..insyaAllah

kenapa?

kenapa hati ini masih kecewa? kenapa ingatan ini masih segar? kenapa jemari ini masih degil menaip namanya? kenapa mata ini masih melihatnya? kenapa air mata msih bertakung di kelopak mata? kenapa  jiwa ini masih rapuh? kenapa susah sangat melupakan sesuatu yang perit? kenapa? kenapa? kenapa? kembalilah sujud & mengadu pada yang SATU ...

if...

bangun tidur pagi tadi, teringat balik mimpi malam tadi.. dia mintak we get back together... the dream seems so real and i wish it is not a dream!!but... saya rindu sangat ke sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi??padahal malam tadi takde pun teringat dia ke apa.. adakah itu satu petanda yang baik atau sebaliknya?? wallahualam.. :-(

Perpisahan Ini -1st Edition ft Aizat

Disini bermulanya pertemuan yang terakhir Kehilangan amat terasa di hati Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir Ku terima perpisahan ini   Dulu kita satu jiwa satu impian Susah dan senang kita bersama Namun itu semua Hanya sementara   KORUS Hanya lagu yang menjadi ingatan Hanya lagu yang menjadi kenangan Seandainya masa itu kembali semula Inginku miliki lebih darimu   Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir Ku terima perpisahan ini   Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi Dirimu pergi biar ku sendiri

mood swing

=( =( =( emosi tak stabil... macam2 rasa ada...

semangat...semangat...

aku tak tau lah kenapa...aku macam susah je nak catch up dengan study aku sekarang ni.dalam kelas memang takde hal, tapi bila time nak test n quiz...memang hampeh la jawab nye.result pun so-so jek!teruk la macam ni...degree bukan cam zaman diploma. please semangat...datang lah!!otak, berfungsi lah dengan gigih!degree akaun bukannya senang, usaha yang kuat tu penting... insyaAllah rezeki nanti akan setimpal dengan usaha kan... pray for me peeps..=)

still

saya masih teringat dekat dia... walaupun saya tau dia dah tak ingat dekat saya...-_- =(