24 Hours in Dubai, UAE (Part 2)
Haiiii..just in case ada yang mencari atau terlepas pandang cerita Dubai Part 1 Dubai - Day 13 (12/10/2015) Bukan main lena aku tidur kat surau (Departure Hall) selepas menempuh hari semalam yang maha penat, ada sorang African and sorang minah saleh turut serta tidur dekat surau tu. Masing-masing ambil side tepi je since karang mengganggu pulak orang lain nak solat. Aku bangun gosok gigi, cuci muka dan ambil wudhuk terus solat Subuh. Sambil tu aku sempat usha few airport staff yang solat, diorang tak ambik wudhuk pun. Mula-mula aku ingat diorang dah memang ada wudhuk kot, tapi bila semua pun aku tengok macam tu...maka aku buat kesimpulan yang mereka ini Syiah. Lagipun diorang solat rilek je nampak kaki. Lepas dah solat Subuh tu, aku sambung membuta lagi. Hahaha!! Teruk betul.. Dalam pukul 9 macam tu aku bangun dan terus bersiap nak keluar. Tak mandi pun! Sebab aku malas nak mencari shower room. Just tukar baju bersih je dan ayuh kita menakluki Dubai City. Gittewwww! ...