Posts

Showing posts from July, 2016

Backpacking to Hong Kong & Macau (Part 2)

Image
25/03/2016 - Day 2 Hari ni bercadang nak ke Macau tapi bangun agak lambat, maklumlah sejuk-sejuk ni syok bergulung dalam comforter walaupun katil sempit. Sisters bonding sangat! Tapi mana boleh bermalasan sangat, yelah dah lah ni short trip je. Bergilir mandi, nasib baik orang lain takde atau diorang memang tak mandi pagi? Hiks! Dah siap masing2 mandi and get dress, ayuh breakfast dulu! Pagi ni kita ada roti with few choices of spread and pisang! Pisang adalah sumber tenaga yang penting sewaktu travel ye kawan-kawan. Konon nak makan Maggi tapi electric kettle pun yillek, camne cerita tu? Agak-agak perut boleh tahan sampai ke lunch, jom kita berjalan.  untuk refer bus schedule, nombor bus & tambang bus Kitorang naik bus je, acah-acah macam dah terer baca bus schedule padahal pakai redah je. Ada certain bus tambangnya murah and ada yang mahal, maybe route dia banyak kot. Kitorang asal ada je destination tu naik je lah. So, we take a bus to Star Ferry by choosing the Cen

Backpacking to Hong Kong & Macau (Part 1)

Image
*tebas lalang, mesin rumput, sapu sampah* Assalamualaikum semuaaaaa!! Hellooooo...Dah ready untuk ke negara seterusnya bersama dengan aku? Hiks! Kali ini trip berdua, dengan siapa lagi kalau bukan loyal travel partner merangkap kakak aku iaitu Kak Jah! Tetiap tahun mesti punya lah aku ada trip dengan dia, actually dia yang selalu sibuk nak travel dengan aku. *flips shawl* *feeling2 diva* 24/03/2016 - Day 1  Aku balik kerja semalam terus kelam-kabut packing baju dan segala barang sebab 3 hari aku stay kat rumah abang. Tidur sejam je itu pun tidur-tidur ayam takut terlajak sebab nak catch JetBus pukul 3 pagi. Mula-mula plan nak tidur kat airport, tapi sebab last bus from TBS to airport pukul 11 malam maka memang tak sempat lah. Lebih kurang pukul 2 pagi dah keluar rumah, macam biasa parking dekat TBS dan terus berlari ke kaunter tiket untuk beli tiket JetBus. Fuhh ngam-ngam sampai 15 minit sebelum bus depart. Dalam bus memang kitorang bantai tidur. Ngantok kot! Disebabk