Posts

Showing posts from February, 2016

Backpacking to Kerala, India (Finale)

Sebelum baca last part cerita aku dekat India ni, boleh rewind dulu episod lepas Part 11  Yelah mana tahu bakal rindu ke kan.. Hiks!! Ernakulam - Day 12 (11/10/2015)  Aku tak boleh tido semalam sebab takut tak terbangun, yelah taxi nak datang amek kol 3.30 pagi kot. Pukul 3.15 aku saja lah keluar bilik nak tengok si Rafael Nadal dah bangun ke belum. Aku bukak je selak pintu, terus terjongol muka dia. Hahaha! Aku syak dia pun tak tido mana kot sebab takut aku main blah je tak bayar bilik. Ngam-ngam pukul 3.30 babuji taxi sampai, dengan hujan renyai nya. 1 jam jugak lah nak sampai airport. Nak masuk airport bukan boleh senang-senang masuk, make sure dekat tangan ada passport & boarding pass. Dekat pintu departure hall ada askar yang akan check, then only baru boleh masuk. Aku terus ke kaunter check in Oman Air sebab memang belum buat online check in. Aku drop backpack yang tak seberapa tu sebab malas nak bawak naik atas, dah alang-alang dapat free luggage kan. Lagip

Backpacking to Kerala, India (Part 11)

Image
Yeahhhh!! Mari kita meneruskan perjalanan ke daerah seterusnya yang bakal menjadi pit stop terakhir aku dekat India untuk trip ini. Untuk previous entry sila lah klik link bawah ni : Part 10   Varkala to Ernakulam - Day 11 (10/10/2015) Bangun pagi aku terus siap-siap nak check out sebab nak kena naik keretapi pagi. Tapi tunggu punya tunggu entah mana menghilang owner guesthouse ni. Ini kalau tunggu lagi memang aku terlepas keretapi. Aku letak 500 rupees sebab aku takde duit kecik, sepatutnya harga bilik 400 rupees je. Aku sempat lah tulis note sikit bagitau yang aku terpaksa check out without waiting for him.  Aku terus cari auto rickshaw dan mintak hantar ke railway station. Tambang auto nak ke railway station kali ni harga separuh je daripada yang haritu. Cisss betul! Sampai railway station terus ke kaunter, bagitau nak beli tiket ke Ernakulam Town. Aku naik Cape Mumbai Express, ikut jadual pukul 9 macam tu tapi dekat India memang biasa lah kalau keretapi delay tu.

Backpacking to Kerala, India (Part 10)

Image
Yeayyy sikit lagi nak habis entry India!*lama betul lah peram entry ni* Sebelum tu sila check out  Part 9 Varkala - Day 10 (9/10/2016) Fuhhhh dah masuk episod ke-10 makna nya dah 10 hari aku meninggalkan tanah air yang terchentaaa demi sebuah pengalaman. Gittewwww! Morning Varkala!! Pagi ni cuaca mendung tapi perut aku tetap mintak diisi. Jom breakfast! Kemain American breakfast dekat restoran resort. Pagi ni plan aku nak cari guesthouse yang aku dah book, menurut maps dekat je. Tapi sampai ke sudah tak jumpa pun. Pagi-pagi jalan tepi pantai sambil tengok orang belajar surfing. Kalau nak tau kat Varkala Beach ni memang tempat favorite untuk surf sebab ombak kuat. Tapi beach dia tak bersih sangat, banyak anjing liar berkeliaran. Itu yang aku tak gemar sikit. Pukul 12 aku check out, dan minta receptionist tolong call auto rickshaw untuk hantar aku ke hostel yang aku dah book. Actually tak jauh mana pun jarak antara Clafouti Beach Resort dengan guesthouse tu. Samp

Backpacking to Kerala, India (Part 9)

Image
Haaa..mana yang tertinggal keretapi tu boleh catch up dekat  Part 8  !! Nowwwwww Thekaddy to Varkala - Day 9 (08/10/2015)  Good morning! Moving to next destination, Varkala ! Since aku dah tukar route, I need to catch an early bus to Kottayam ! Sebab lepastu aku kena naik train pulak untuk sampai ke Varkala. Pehhh mencabar sugguh perjalanan harini. Kita tengok je lah macam mana pergi diaaa... Semalam aku dah book bilik, macam biasa mestilah guna booking.com untuk dapatkan point. Hahaha!  Check out, pulang kunci dekat Rasheed yang tengah gigih cuci jeep dia. Mula-mula dia nak hantar pergi bus station, tapi si Cheryl kata boleh naik tuktuk kat depan lorong. Cisss berkira betul si Cheryl nih. Aku pun malas nak kecoh, terus je lah jalan kaki untuk tunggu auto tepi jalan besar. Tak sampai 5 minit, ada auto lalu terus je lah aku tahan walaupun terpaksa share dengan sorang minachi ni. Aku terus bagitau nak ke bus station. Sampai bus station memang ngam-ngam bus ke Kotayyam dah

Backpacking to Kerala, India (Part 8)

Image
Haaa..siapa belum baca Part 7 ??!! Pergi baca dulu okay sebelum sambung membaca entry ni! Thekkady - Day 8 (09/10/2015) Good morning!! Pagi ni kan dah janji dengan babuji Rasheed nak pergi Nature Walk  dengan 2 orang awek Germany bilik sebelah. Maka haruslah bangun awal dan siap-siap since kena turun bawah around pukul 7 macam tu. Aku breakfast biskut je dengan air chocolate instant. Rasheed pun dah get ready dalam jeep dia untuk hantar kitorang dekat Periyar National Park   tapi sebelum tu kena singgah national park punya office untuk register dan beli tiket since aku takde tiket lagi.  Mari kita teruskan perjalanan! Rasheed hantar sampai depan pintu masuk Periyar National Park. Periyar National Park and Wildlife Sanctuary (PNP) is a protected area in the districts of Idukki and Pathanamthitta in Kerala, India. It is notable as an elephant reserve and a tiger reserve. The park is often called the Periyar Wildlife Sanctuary or Thekkady. Nak masuk ke dalam tu

Backpacking to Kerala, India (Part 7)

Image
Hellooo..entry back to back Kerala nampaknya!! Hahaha..berkurun lama ku rahsiakan *tetiba nyanyi lagu Tomok!* Jangan lupa baca previous entry okay! Part 6 Munnar to Thekaddy - Day 7 (06/10/2015) Morning Munnar!! Aku dah bangun awal tapi macam biasa dok bergulung lagi dalam selimut sejuk-sejuk macam ni sambil scroll IG/Twitter/FB and reply email office dulu, lepas dah lapar baru reti nak bergerak! Harini nampak matahari sikit, tapi still sejuk jugak. Aku decide nak breakfast dekat Rapsy Restaurant , saja nak jalan jauh sikit pepagi ni sambil cuci mata tengok babuji2. Hahaha! Lengang Rapsy! Semua orang dah breakfast awal nampaknya.  Dah siap order, aku perasan ada orang masuk kedai ni. OMG! OMG! Si kacak mata biru semalam yang aku selisih masa balik dari breakfast tu! Terus tersekat rasa poratta yang aku makan! Dan lebih dramatiknya dia duduk belakang aku! Nebes mak nokkkk! Sempat lah aku curi-curi  terdengar yang dia dari US masa dia borak dengan owner restoran. 

Backpacking to Kerala, India (Part 6)

Image
Macam biasa untuk refresh previous entry boleh klik : Part 5 Munnar, India - Day 6 (05/10/2015) Morning Munnar!! Ohoiiii sejuk gilosss ni! Padahal bilik takde kipas/aircond. Aku gosok gigi+cuci muka je, lepas tu jom kita keluar pergi breakfast. Restoran pilihan ialah yang semalam. Aku makan dosa lagi... Dah siap breakfast, balik guesthouse lah..kan nak pergi tour area Munnar kejap lagi. Masa nak mendaki bukit, berselisih dengan sorang mat saleh kacak yang mampu buat aku jatuh tergolek ke bawah! Sempat lah senyum dan greet 'Good morning' Hihihi. Pagi-pagi dah cuci mata tau! Sampai bilik terus mandi ala-ala je sebab sejuk gila ok, ada water heater pun suam-suam kuku. Pukul 9 Kapilan dah ketuk pintu bagitau yang auto rickshaw dah sampai. Alih-alih rupanya babuji Kapil yang jadi tour guide/driver. Cehhh..bukan main lagi semalam Kapilan kata kawan dia yang nak datang. Cakap je lah babuji Kapil kan senang. Cuaca macam mendung gloomy2 gitu. Tapi tak hujan pun,

Backpacking to Kerala, India (Part 5)

Image
Mungkin ada yang dah lupa cerita sebelum ni kan? So untuk refresh boleh klik Part 4 Gittewwww!! Ayuh teruskan dengan hari seterusnya... Alleppey to Munnar - Day 5 (04/10/2015) Hujan renyai-renyai tapi aku bangun awal sebab kan plan nak naik bus pergi ke Munnar pukul 9.30 pagi dari Alleppey. Gigih okay mandi sejuk-sejuk camtu, kalau dekat rumah..time weekend/cuti jangan harap lah nak mandi awal pagi, selagi belum azan Zohor memang tak nampak bayang kat bilik air tu.  Aku dah siap semua, turun bawah terus bagi kunci kat Gobi sementara tunggu babuji datang jemput. Padahal patutnya aku kena lah pergi sendiri since dah check out kan, tapi babuji tu yang gigih nak hantar pergi bus station. Haaa babuji datang dengan Honda City gitu, yelah kan hujan. Sampai ke kaunter bus dia hantar aku dan siap tanyakan bus, alih-alih bus pukul 9.30 cancel dan bus yang ada pukul 2 je. So aku macam ok lah, takpe je kalau nak mereput kat bus station tu. Tapi uncle tu kata, balik semula ke homestay