Posts

Showing posts from December, 2014

Backpacking to SIEM REAP - PHNOM PENH - HO CHI MINH (Part 6)

Image
Banyak jugak siri perjalanan aku ni..mungkin boleh buat drama tapi tak cukup power lah sebab takde scene kena kawen paksa! Ehhh.. Part 5 Day 5 - Friday (10/10/14) Aku bangun agak awal sebab harini nak ke Killing Field. Apa itu Killing Field? Haaa japgi aku cerita okay! *berlari masuk ke shower room* Nasib baik roommate aku yang sorang tu dah siap mandi, yang lagi 2 orang minah salih masih membongkang sebab semalam diorang balik lambat rasanya. Entah, aku pun tak sedar. Haa minah yang duduk katil atas aku ni, dia dari California tapi bukan minah saleh. Nak kata chinese pun bukan, ermmm lebih kurang macam Lana Lang heroin Superman tu. Aku tak sempat borak panjang dengan dia sebab masing-masing tak lekat kat bilik. Apa yang aku tau dia dah 3 bulan travel lepas habis belajar. Fuhhhhh! *errr dekat entry sebelum ni aku macam dah cerita kan? nampak sangat entry dah simpan kat draft lepas tu edit je. Aku malas nak edit dekat previous post!;P* Lepas dah siap-siap, a

Backpacking to SIEM REAP - PHNOM PENH - HO CHI MINH (Part 5)

Image
Part 4 Day 4 - Thursday (09/10/14) Lebih kurang 7 jam melalui perjalanan yang penuh onak ranjau berduri, akhirnya sampai jugak ke Phnom Penh! Sebenarnya jarak Siem Reap ke Phnom Penh tak jauh mana pun lah. Kiranya kalau lalu highway kat Malaysia dalam 4 jam je dah boleh sampai tapi sebab dekat sana takde highway, driver yang bawak penuh berhemah (baca:lembab nak mati) serta jalan yang macam laluan lori balak sebab itu lah lama gila. Aku berapa kali dok terbangun sebab rasa macam dah lama tidur tapi tak sampai-sampai.  Dah sampai kat Giant Ibis punya bus station, aku rilek dulu sebab rasa macam 'wehhh aku dah sampai kat second pit stop untuk trip ni!!' Ok sekarang jom cari hotel yang aku dah book thru Agoda iaitu One Stop Hostel . Menurut Waze tak jauh mana pun dari bus station tu, tapi aku still jugak tanya staff Giant Ibis kat mana lokasi hostel aku, dan dia pun bagilah direction. Ohh tak jauh mana pun lah! Sebenarnya abang si Siraj kononnya nak datang ambik aku tapi e

Backpacking to SIEM REAP - PHNOM PENH - HO CHI MINH (Part 4)

Image
Hollaaaa...lama betul aku berhibernasi kan.*tunjuk muka celah-celah selimut tebal* Errr marilah kita menyambung perjalanan yang tergendala dek kemalasan aku.. Sebelum tu bagi yang dah lupa kat mana kita berhenti, boleh lah klik link dibawah. Part 3 DAY 3 - WEDNESDAY (08/10/14) Bangun agak lambat sebab harini takde plan nak ke mana-mana..just nak pusing-pusing town Siem Reap naik basikal sambil cari jodoh. Kehkehkeh!! *mandi and sembahyang oii* Semalam aku siap basuh baju lagi since aku tak bawak banyak baju pun (baca:kedekut nak beli luggage AirAsia). So pagi ni pergi jemur jap dengan harapan tak hujan, langit pun nampaknya macam cerah pagi ni. Aku l epak kejap dekat lobi sambil merangka perjalanan untuk harini. Walaupun dah ada itinerary tapi aku ni jenis suka ikut kaki melangkah je. Lepastu makcik ni nak buatkan aku breakfast sebab harga bilik memang termasuk sekali dengan breakfast cumanya semalam aku tak breakfast. Yelah, keluar pepagi ayam kannnn. Yeahhh nas