cinta pantai pearl 2

“Abang, are you okay?” pertanyaan Syed Zainuddin itu membuatkan Zafril tersentak.
“Ok ayah,” balasnya pantas.
“Baiklah, Tuan Syed Zainuddin saya kenalkan dua orang yang saya bawa bersama ni. Ini Puan Rasyidah, setiausaha Darul Syuhada dan yang seorang lagi, Dr Alia. Alia ni penasihat untuk Darul Syuhada sebab sebelum ini, dia pernah menjadi salah seorang penghuninya,” terang Puan Fauziah.
“Dan saya rasa, tak payah la saya nak perkenalkan diri saya lagi sebab kan saya dah selalu sangat berurusan dengan Hotel Pearl,” sambung Puan Fauziah sambil tersenyum.
“Yelah, memang dah kenal sangat pun dengan puan maklumlah, sejak hotel ni dibuka 10 tahun dulu kan Hotal Pearl dan Darul Syuhada selalu berganding,” balas Syed Zainuddin ramah.
“Ini setiausaha baru ya Puan?” tanya Syed Zainuddin.
“A’ah Tuan Din. Setiausaha yang lama dah letak jawatan. Katanya dah sampai masa untuk berehat sahaja dirumah melayan anak cucu,” jawab Puan Fauziah.
“Dr Alia bertugas dekat hospital mana?” tanya Syed Zainuddin kepada Alia.
“Dekat Hospital Pantai tuan,” jawab Alia.
Beberapa ketika kemudian, mereka berlima pun memulakan perbincangan mengenai seminar kecermelangan yang akan diadakan di Hotel Pearl. Seminar selama dua 3 hari 2 malam itu diadakan untuk anak-anak yatim di Darul Syuhada yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Perbincangan mereka adalah mengenai kos yang perlu dibayar oleh Darul Syuhada. Syed Zainuddin sebagai pemilik Hotal Pearl hanya menetapkan bayaran sebanyak 50% sahaja daripada bayaran yang sepatutnya dan beliau turut bermurah hati untuk memberikan ganjaran kepada kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan. Sepanjang perbincangan itu, Zafril hanya mencelah sedikit sahaja. Dia sebenarnya risau jika Alia menceritakan tentang perbuatannya di tempat letak kereta.
“Abang, are you okay?” tanya Syed Zainuddin. Dia berasa agak pelik kerana selalu anaknya itu mempunyai banyak idea-idea menarik yang ingin di kongsi.
“Yes,dad.”
“Abang ada apa-apa idea tak untuk seminar ni?” tanya Syed Zainuddin.
“Erm, apa kata pada sebelah petang kita adakan waktu riadah untuk mereka. Mungkin kita boleh buat sukaneka dan explorace. Yelah lepas mereka penat belajar, kenalah refresh balik otak. Kalau tak nanti stress.. Sebab tu buat di hotel, supaya mereka rasa suasana baru dan dapat semangat baru untuk belajar lebih gigih bagi menghadapi peperiksaan,” luah Zafril.
“Saya sokong dengan cadangan Zafril tu,” sokong Puan Fauziah.
“Tapi siapa yang nak organise sukaneka tu?” tanya Puan Rasyidah.
“Saya cadangkan Zafril dan Alia sebab orang muda ni panjang akal mereka untuk buat aktiviti macam tu. Macam mana?” cadang Syed Zainuddin.
“Ok!” jawab Alia dan Zafril hampir serentak.
Dari jam 9.30 pagi hingga hampir jam 1.00 tengah hari mereka berbincang mengenai seminar tersebut, akhirnya semua selesai.
“Let us have our lunch at the coffee house. Everything already served for us,” ajak Syed Zainuddin.
“Saya tak dapat join lah tuan. Saya kena balik semula ke hospital,” balas Alia.
“Are you sure Alia?” tanya Syed Zainuddin inginkan kepastian.
“Ya tuan.. Saya minta maaf sangat,” jawab Alia.
“Tak mengapalah kalau macam tu. Saya faham tugas awak sebagai doktor.”
“Saya minta diri dulu tuan,” ujar Alia sopan.
“Sekejap Alia. Ni, saya ada voucher makan tengah hari untuk dua orang. Nah, saya bagi awak,” sempat Syed Zainuddin mengambil 2 keping voucher didalam failnya untuk diberikan kepada Alia.
“Oh, terima kasih tuan. Nampaknya tuan betul-betul nak suruh saya rasa makanan dekat hotel tuan ni,” seloroh Alia sambil menyambut voucher yang dihulurakn kepadanya.
“Mestilah! Nanti awak boleh cadangkan dekat kawan-kawan awak untuk datang makan di sini. Saya jugak yang untung. Haha!!” balas Syed Zainuddin.
“Tuan ni betul-betul otak bisnes,” balas Alia sambil tersenyum manis.
“Ok lah tuan, saya dah lambat ni,” sebelum pergi Alia sempat bersalaman dengan semua.
“Eh, Alia naik apa? Mak tak nampak pun kereta Alia,” pertanyaan dari Puan Fauziah itu menyebabkan Alia mematikan langkahnya.
“Alia naik kereta merah putih, mak,” jawab Alia berlucu.
“Kereta merah putih?” jawapan Alia itu membuatkan Puan Fauziah terpinga-pinga sebentar.
“Teksi lah. Alia malas nak drive,” balas Ali. Dia langsung tak menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Malas nak panjang-panjang kan cerita.
‘Nasib baik dia tak buka cerita.. Mungkin dia tak perasan kot aku yang kenakan dia pagi tadi. Fuhh…selamat!!’ desis Zafril penuh kelegaan.
“Abang, pergi hantar Alia boleh? Dekat sini kan susah nak dapat teksi,” usul ayahnya.
“Abang tak kisah tapi Alia nak ke? Nanti karang boyfriend dia tau, habis abang kena belasah,” selamba sahaja Zafril berkata.
“Abang takut boyfriend dia ke, abang takut girlfriend-girlfriend abang nampak?” sindir ayahnya.
“Ish, apa pulak abang!” sangkal Zafril.
“Dah, pergi sana hantar Alia. Kesian ayah tengok dia berdiri dekat situ macam tiang tengah-tengah panasni,” ujar ayahnya.
“Ayah, nak voucher lunch,” Zafril sudah menghulurkan tangannya.
“Voucher lunch apa?”
“Yelah, tadi kan ayah bagi dekat Alia. Abang pun nak jugak coz kan abang tak dapat join lunch,” sempat dia mengenakan ayahnya.
“Ahh, abang jangan nak mengada-ngada! Abang hari-hari boleh makan free dekat sini. Dah cepat, pergi hantar Alia. Ish, budak ni…,” balas Syed Zainuddin. Puan Fauziah dan Puan Rasyidah sekadar tersenyum sahaja melihat gelagat dua beranak itu.
“Yess, sir!” sahut Zafril sebelum berlari menuju ke arah Alia.

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China