Backpacking to Chiang Mai, Thailand (Part 2)
Hellooooo.. Yeahhhh!! Aku kembali menulis di sini selepas entry travel bulan Mac yang acah-acah rajin tu. Hahahaha! Bertabah je lah korang kalau dah tak ingat, tapi boleh baca balik Part 1 tu okay? Wehhh..dah setahun berlalu rupanya trip Chiang Mai ni! Kahkahkah..lama betul aku peram, kalau kawen dah dapat anak dah. Sadis! Day 2 - Tuesday (03/05/2016) Good morning!! Aku bangun awal oii..mandi & solat Subuh, lepastu lebih kurang pukul 7 aku dah check out menuju ke Chiang Mai bus terminal. Kemana pulak aku nak pergi ni? Heheheh..ayuhhh kita ke Chiang Rai! Tiket aku beli dekat hostel je tapi lepas tu kena tukar payment receipt dekat convenient store untuk dapatkan tiket bas yang betul. Berjalan keluar menuju ke jalan besar untuk tahan songthew menuju ke bus terminal. Aku macam dah cuak jugak sebab takut tak sempat nak sampai, bus aku kalau tak silap pukul 8.15 pagi. Fuhhh..nasib baik sempat! Aku sampai bus terminal dekat pukul 8 jugak tu! Apalagi..berlari l...