Backpacking to Chiang Mai, Thailand (Part 2)

Hellooooo..

Yeahhhh!! Aku kembali menulis di sini selepas entry travel bulan Mac yang acah-acah rajin tu. Hahahaha! Bertabah je lah korang kalau dah tak ingat, tapi boleh baca balik Part 1 tu okay?
Wehhh..dah setahun berlalu rupanya trip Chiang Mai ni! Kahkahkah..lama betul aku peram, kalau kawen dah dapat anak dah. Sadis!



Day 2 - Tuesday (03/05/2016)

Good morning!! Aku bangun awal oii..mandi & solat Subuh, lepastu lebih kurang pukul 7 aku dah check out menuju ke Chiang Mai bus terminal. Kemana pulak aku nak pergi ni? Heheheh..ayuhhh kita ke Chiang Rai! Tiket aku beli dekat hostel je tapi lepas tu kena tukar payment receipt dekat convenient store untuk dapatkan tiket bas yang betul.

Berjalan keluar menuju ke jalan besar untuk tahan songthew menuju ke bus terminal. Aku macam dah cuak jugak sebab takut tak sempat nak sampai, bus aku kalau tak silap pukul 8.15 pagi. Fuhhh..nasib baik sempat! Aku sampai bus terminal dekat pukul 8 jugak tu! Apalagi..berlari lah ke kaunter tiket sebab nak tau mana satu bus yang aku kena naik. 

 

Untuk ke Chiang Rai aku naik Green Bus yang memang company terkenal untuk route Northern Thailand. Servis memang terbaik! Perjalanan ke Chiang Rai mengambil masa lebih kurang 3 jam dan benda-benda kat bawah ni adalah complimentary. Yeayyy!

boleh lah buat kunyah-kunyah dikala bosan dalam bas

Bus sampai ngam-ngam pukul 11 pagi, sekarang macam mana nak pergi hostel? Aku tak nampak bayang songthew pulak, yang ade tuktuk je elok beratur. Aku try lah tanya driver dekat mana location hostel aku ni, dia cakap jauh.

"Come..come! Ride tuktuk.."
Aku mula-mula macam refuse, sebab aku tengok maps macam dekat je..cuma tak pasti je macam mana nak menuju ke hostel tu. End up naik jugaklah tuktuk tu.


Ciskekkkk! Dekat je sebenarnya hostel yang aku booked tu dengan bus terminal! Dah lah betul-betul tepi jalan besar je Happynest Hostel ni..huh! Tapi panas hati aku kembali reda bila tengok hostel ni serius sangat cozy and cantik! Aku macam biasalah, mestilah pilih duduk dorm sajorkk! 



Memandangkan masih awal dan belum boleh check in, perut pun lapar..jom kita cari makan! Tapi sebelum tu eloklah sewa motor siap-siap supaya jauh sikit aku boleh merayau. Fuhhh..sampai-sampai terus nak merayau. Maklumlahhh..tak cukup masa! Nasib baik hostel ni ada geng dia yang provide sewa motor, terus receptionist tu call untuk orang hantar motor kat sini. Bagus!

Tapikan yang paling sadis bila sewa motor kat sini, dia bagi pilihan..bagi passport dekat owner motor atau deposit 3000bhat! Puiii..memang takkk lah aku senang-senang nak bagi passport, nyawa tu oii..nyawa! Maka terpaksalah letak deposit 3000bhat, padahal sewa motor untuk sehari 200bhat jek! *nangis*
Aku dah takde cash langsung masa tu, tinggal duit syiling jek. Huh! Nak tak nak terpaksa lah withdraw duit dekat ATM. 

TIPS: Sila activate debit/credit card untuk overseas withdrawal ye! Tak guna kalau ada kad tapi tak activate, tak boleh guna jugak nanti!

Ok cukuplah bermuram durja, perut dah menjerit kelaparan! Mana nak cari makanan halal dekat Chiang Rai ni? 

Darun Aman Mosque, Chiang Rai


TIPS: Cari masjid, pasti ada restoran/kedai makan HALAL berdekatan.

lupa nama makanan ni..tapi dia lebih kurang macam dumpling. Sedappp!

Alang-alang dah dekat masjid tu, masuk dalam lah tunggu nak solat Zohor dulu sambil berteduh dari cuaca panas Chiang Rai ni. Masjid ni besar dan bersih, lengang masa ni sebab belum masuk waktu. So, aku berehat-rehat dulu sementara itu.


Dah siap solat, aku meneruskan perjalanan menuju ke White Temple yang famous dekat Chiang Rai ni. Receptionist kat hostel bagitau dekat je temple tu dalam 20 minit camtu naik motor. Gigih okay tengok waze sambil bawak motor. Tapi..entah ke hujung daerah mana yang waze ni bawak aku! Siot betul! Sesat tak tau kemana wehhh..jauh gila tapi tetap tak jumpa-jumpa temple tu. Sumpahh! Aku masa ni rasa macam nak menangis, sebab naik motor sorang tak tau ke ceruk kampung mana. Aku isi minyak kat petrol station dan kebetulan budak yang jaga pam tu boleh cakap Melayu Kelantan, aku pun tanya lah mana White Temple tu tapi dia pun tak tau! Ahhh..sudah! Nak marah siapa sekarang ni?? Hmmm..marah kat diri sendiri je lah nampaknya. Entah berapa puluh kilometer yang aku sesat, memang dah give up masa tu. So, nak patah balik lah ke hostel..frust jangan cakap lah. Tapi aku macam, lantaklahhh..aku dah penat gila so memang nak balik hostel mandi and tidur! Nak dijadikan cerita masa on the way balik tu nampak pulak signboard "White Temple", ok one last time lah..let give it a try. Kalau tak jumpa jugak temple nya, nak buat camne kan.

Dannnnn...tadaaaa!

terimalah muka busuk yang gigih ini!

Sedikit daripada wikipedia:

Wat Rong Khun (Thai: วัดร่องขุ่น), perhaps better known to foreigners as the White Temple, is a contemporary, unconventional, privately owned, art exhibit in the style of a Buddhist temple in Chiang Rai Province, Thailand. It is owned by Chalermchai Kositpipat, who designed, constructed, and opened it to visitors in 1997.





Aku rasa ada hikmahnya aku sesat barat entah kemana tu..sebab aku datang time ni dah nak sunset, view memang cantik! Orang pun tak ramai sangat..Pukul 5.30 tempat ni dah tutup. So, memang just nice lah timing tu. Langit pun dah mulai gelap, maka eloklah kiranya aku pun beransur balik ke hostel.

Masuk dorm, ada 2 orang je dalam tu..yeayyy! Ayuh kita mandi setelah seharian berlengas, lepastu solat Maghrib dan sempat masak maggi! Hahaha kebulur wehh..dah kenyang melingkarlah atas katil sambil melayan segala social media sementara tunggu malam sikit nak pergi night bazaar yang berdekatan je dengan hostel.



Banyak lah jual souvenir tapi takde pulak stall jual makanan halal yang aku jumpa, end up beli fruit juice je. Lagipun kenyang lagi makan maggi cuma terasa nak menguyah. Yeayyy!! Jumpa stall thai pancake yang HALAL. Ayuh lah kita melayan tekak! Akak yang jual ni tak faham english sangat pulak bila aku tanya dekat mana nak cari kedai makan halal. Takpe lah kak, esok saya pergi masjid je lah untuk beli makanan.


Dah settle beli pancake, menapak balik lah ke hostel dengan riang gembira sebab ada makanan. Hahaha!

Masuk dorm terus re-pack backpack sebab esok nak kembali semula ke Chiang Mai.

Good night! xoxo







Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China