SGD100 Trip to Singapore

Helloooo..its been a while from the last update! Hibernating from the blogger but lively in other social medias.๐Ÿ˜ 
This was my closing trip for 2016, so let me post this short travel entry first since the previous trips were still pending and I need to refresh all the details/photos as well. Lame, Mada! Lame excuse! Padahal cakap je lah malas..hahaha!

Ecewahhhh.. kemain intro in English! Hahaha..no harsh people. Actually, plan untuk ke Singapore ni macam tiba-tiba jugak sebab dah alang-alang attend wedding dekat JB on Saturday, why not masuk Singapore terus kan? Plus, it was a long weekend for Selangor people at that time!

This time aku pergi dengan Syiqa (junior UiTM/tukang jahit/mangsa buli), so we took KTM from JB Sentral to Woodlands at 11.00am. 5 minit je uollsss! Tak sempat nak panas punggung dah sampai ke seberang tambak. Harga tiket pun RM5 jek!

Prosedur biasa, terus ke immigration counter untuk cop passport. Nothing much but for the 1st timer/new passport holder kena isi arrival form ye. Que memang panjang tapi laju je since banyak kaunter yang bukak dan staff immigration pun kacak. Ehhh!๐Ÿ˜…

Kitorang naik public bus to Woodlands bus terminal, since dekat situlah baru boleh nak naik MRT bagai. Nasib baik Syiqa ada small change untuk bayar tambang bus tu. Sejenis takde bagi balance duit ok. Sampai je dekat bus terminal, mari menuju ke kaunter MRT untuk beli Tourist Day Pass yang berharga $10+$10 for deposit.


From the Woodlands MRT station, take the interchange at Newton station then only take the line that have Bugis station.

We didn't book any hostels, just walk in but as expected..quite expensive! Tapi Singapore kot..ada benda murah ke?? So, we checked-in at Five Stones Hostel just for a night. The location is really good which is only 5 minutes walk of Bugis MRT Station and 10 minutes walk from Raffles Place or Chinatown MRT Station. The famous Arab St Haji Lane pun dekat situ jugakkk! Maka apa lagi yang kau mahu??? Bayar saja lah $33+$20 for deposit! *nangis kira SGD yang tinggal*

Settle check-in, masuk bilik and let's take a nap to recharge! Lagipun dekat luar panas kot nak merayau-rayau, tunggu petang sikitlah baru berjalan.

Lebih kurang pukul 4 petang, ayuhhhhh merayau! Misi utama ialah nak pergi cari wafer ice cream yang famous dekat Singapore! Tapi sebelum tu sempatlah merayau area Haji Lane & Arab Street...tak sesak mana sebab awal lagi, ade few shops yang jual souvenirs. Harga pun tak mahal sangat.

Masjid Sultan

Kitorang naik MRT menuju ke area sini, tapi ampunnn lah aku pun tak ingat dah turun kat station mana. Marilah berjalan-jalan dengan tenang sambil mencari waffle ice cream..
Tadaaaaa!! Yeayyy..jom makan ice cream

uncle ni paling murah sebab $1 je, yang lain-lain $1.20/$1.50

Duduk kat tepi tu makan ice cream feeling2 tourist lahhh..apa lagi kann! hahaha... Dah settle makan ice cream, marilah meneruskan perjalanan menuju ke tempat wajib kalau ke Singapore, Merlion Park!

The Merlion (Malay: Singa-Laut) is a well-known marketing icon of Singapore depicted as a mythical creature with a lion's head and the body of a fish. Its name combines "mer", meaning the sea, and "lion". The fish body represents Singapore's origin as a fishing village when it was called Temasek, which means "sea town" in Javanese. The lion head represents Singapore's original name—Singapura—meaning "lion city" or "kota singa".


Penuh sesak dekat area Merlion Park tu, maklumlah weekend kan. Nak selfie pun kemain ramailah makhluk yang photoboom. Cehhh..
Kitorang tak lama pun dekat sini sebab masa tu dah ala-ala mendung, so sebelum hujan baik kita balik dulu!

Merlion Park & Marina Bay Sand

Balik hostel terus? Ishhh..belum lagi! Ayuh..malam ni kita dinner Murtabak Zam Zam yang famous seantero Kota Singa!
Portion memang agak banyak tapi disebabkan masing2 kebulur, memang licin lah pinggan tu! Mintak maaf lah, takde gambar pun murtabak tu sebab kitorang memang dah kebulur macam apa..tau-tau pinggan dah licin je. Hahaha..dah kenyang ayuhlah kita balik ke hostel untuk berehat setelah penat seharian berjalan.

Sampai hostel, mandi apa semua dan zzzzz...

****

Good morning, Singapore!!

Mandi & kemas-kemas barang yang tak seberapa sebab nak check out dah..pulang kunci dekat receptionist, so dapat lah balik deposit kan! Yeayyy!! Jom pergi brunch sebelum meninggalkan kota singa yang serba mahal ni.

Ke mana destinasi kita untuk sesi makan-makan yang terakhir di Singapore ini??
Ayuhhh ke Deen Tiga Rasa yang terletak di 505 Beach Road, Golden Mile Food Centre #B1-16 Singapore 199583 untuk Sup Tulang Merah yang sering diperkatakan itu. Walaupun aku tak makan sangat red meat, tapi saja lah nak try jugak.

i'm not sure whether this is the best one or not.


Sup Tulang Merah FTW!!๐Ÿ˜‹

Sudah semestinya Syiqa yang paling bahagia menyedut hasil-hasil dari gearbox tu. Iollsss tengok kan aje..Mee goreng tu pun warna merah jugak, konsepnya mungkin guna rencah yang sama. senang kerja! 
Verdict : Not bad jugak rasa nya, untuk aku yang bukan penggemar daging ni. Tapi too much food coloring, so kalau sekadar nak mencuba tu boleh lah.

Ok dah kenyang, jom lah kita kembali ke JB..sebelum tu sempatlah beli souvenir sikit dekat kedai area Arab Street, dan terus ke MRT station untuk ke bus station. Sebelum tu return semula ya MRT tourist pass tu, maka akan dapat balik $10. 

Kali ni kitorang pilih untuk naik bus pulang ke tanah air. Gittewwww!
Nampaknya naik bus lebih mahal & leceh berbanding kalau naik KTM! $4 untuk tiket bus dari station bus Woodlands ke immigration check point, then naik bus lagi $4 untuk ke JB Sentral.

Sampai JB Sentral, terus ke parking dan ambil kereta. Balik KL terus? Belum lagiiii..kitorang nak menuju ke pit stop makan-makan yang terakhir iaitu Mr Sam You Char Kway dimana kat sini lah tempat cakoi pelbagai perisa yang viral tak lama dulu. Nampaknya kali ketiga kitorang pergi membuahkan hasil! Yang kitorang pergi sebelum ni mesti dah tutup, asyik salah timing je. 

Haa..pilih-pilih nak perisa apa?

Verdict : Sumpahhhh sedapppp!! Rangup & lembut didalam. Aku pilih flavor original & peanut butter, serius tak lokek diorang letak peanut butter spread tu! Puas hati wehhh..


Maka berakhirlah trip untuk kali ini dengan jaya nya! Walaupun lebih kepada food hunting trip je sebenarnya.. tak banyak pun tips yang aku boleh share. Korang lagi expert kot! Aku sebenarnya kurenggg berminat dengan Singapore ni sebab more or less macam KL kan. Nak shopping pun bukannya aku kaya. Hahahaha!

See you when i see you! 
XOXO





Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China