WINTER TRIP : Switzerland (Intro)
Assalamualaikum dan salam 2020 saya ucapkan! Ahhh gittewww... Aku kembali ke arena blog sebab banyak benda nak cerita pasal winter trip ni.
Macam mana boleh plan nak ke Switzerland ni? Kisahnya bermula pada awal 2019 apabila kitorang plan nak travel sesama lepas merasakan trip Brunei & Kota Bharu tidak cukup untuk kami berenam menunjukkan perangai aneh masing-masing. Plan asal nak ke Turkey, dah siap buat roughly route lagi dan dibincangkan semasa kat Kota Bharu. Masa ni memang dah sebulat suara lah untuk trip autumn "Istanbul Aku Datang!" cuma tunggu nak beli flight ticket je. Tapi itu lah orang kata, kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan. *sarung telekung Siti Khadijah*
Tiba-tiba one day tu aku dapat email dari Etihad, ada promo...jadinya malam tu terus jumpa diorang, kecuali Spice yang menarik diri gara-gara dananya dibekukan. Ahhh 5 orang pun kita kasi jadi lah trip ni! Seperti biasa pembelian cemas harus dilakukan terus! Masa tengah browse harga tu lah, Haliah tiba-tiba "Zurich lagi murah, kita pergi Swiss lah!" sebab harga tiket RM2375 je berbanding ke Istanbul yang lebih mahal pada masa itu. Begitu sahaja yaaa...5 orang ni tak fikir panjang tau-tau dah settle booking! Siapa pukau kitorang ni??
1st meeting : Pembelian cemas tiket flight ke Zurich
Tapi bukan mudah ya, masa part nak proceed payment tak boleh pulak since kitorang tak guna credit card dan debit card pun tak boleh walaupun dah increase limit yang sepatutnya. Hmmm...call customer service tak berapa nak membantu. Email untuk tiket confirmation dah dapat tapi nasib baik tiket boleh hold for 24 hours to settle the payment. Few times jugak lah call customer service pastu last-last dia cakap buat bank transfer since ada company lain yang collect on behalf Etihad Airways, kitorang takut kena scam je masa ni. Nak buat malam tu memang cuaklah, amount bukan sikit. Sebab selama ni beli tiket flight lain ok je guna debit card atau online banking. Jadi kitorang decide kena tanya dekat bank, so esoknya aku pergi Maybank dan tanya kat officer. Then officer tu kata memang valid and kena buat bank transfer kat company tu untuk proceed the flight ticket, aku buat transaction tu depan-depan bank officer sebab takut hoii kalau duit tu salah masuk ke!
Alhamdulillah...3 days after dapat email travel reservation daripada Etihad pepagi buta, confirm kita ke Switzerland rakan-rakan!! Tenang sikit hidup aku sebab petang tu aku nak fly ke Surabaya pulak. (Trip Bromo ni entah bila aku nak update)
Bermula lah kehidupan berjimat-cermat 5 orang ni demi Swiss! Berjimat lah sangatttt...aku dgn Kila pergi konsert Dayang Dua Dekad yang tak murah tu, pastu aku dengan Liana back to back pergi stadium layan match bola! Hahaha...adalah part tertentu yang kitorang cut, takkan nak cerita!
Few meetings aka sleepover berlangsung untuk discuss trip ini, to make sure mendapat persetujuan bersama. Discuss dalam group whatsapp pun dah, tapi kena jugak buat booking sama-sama supaya semua alert dan tau flow trip ni.
1st meeting - Premiera Hotel
2nd meeting - Cosmo Hotel
3rd meeting - Prescott Hotel
menjadi Personal Shopper yang berjaya untuk menjana duit makan kat Swiss!
*kalau ada sesiapa yang mencari PS berkaliber, slide into DM*
Macam biasa aku buat itinerary and settle kan bookings, diorang semua okay je. Bagus ye semua travelmates ni! Tapi nak finalize itinerary bukan mudah, sekejap Kila mintak nak pergi Trevi Fountain kat Rome...sekejap lagi Nabilah pulak cakap, rugi lah Swiss Travel Pass tak fully utilized 8 hari. Aku pulak nak pergi Lake Como. Jadi kita capai kata sepakat final itinerary, Italy tu stay kat Milan sahaja dan buat daytrip ke Lake Como & Venice sahaja. Rome tu next time lah ya Kila?
Di pendekkan cerita...tiba lah hari yang ditunggu sejak dari bulan Mac!
10/12/2019 - Day 1
Kitorang semua kerja half day kecuali Kila. Aku gerak sekali pergi KLIA dengan Liana, food luggage paling sengsara ya nak bawak turun dari tingkat 2! Nabilah & Haliah dah sampai dulu kat KLIA dan sempatlah Spice datang untuk meratap kerana ditinggalkan, padahal dia lebih memilih konsert daripada ikut kitorang! Semua konsert sepanjang 2019 ya dia pergi, termasuk konsert Backstreet Boys di Jekardaaa!
Aku & Liana sampai KLIA terus reunite dengan Nabilah & Haliah. Masing-masing wrap luggage sambil berharap food luggage tu selamat tiba ke Zurich dengan jayanya.
Kila the diva sampai paling lambat time semua dah que untuk check in. Dasarrr tak kerja haritu pun lambat! Check in counter as a group booking, but aku dapat seat asing daripada diorang since aku under booking number lain.
Leaving KLIA at 7.15pm with Etihad Airways, journey was smooth. Kecewa betul dengan dinner dalam Etihad, kemonnn kue tiaw goreng jer for dinner? Aku perlukan nasi!! Hmmm..Arrived Abu Dhabi at 10.45pm and transit for 4 hours. Apa yang kitorang buat? Sudah semestinya menjadi anti social sebab dapat wifi! Hahahaha...aku tukar baju, sarung heat tech sebagai persediaan menghadapi cuaca sejuk bila sampai Zurich nanti.
Comments
Post a Comment