cerita di sebalik bangun awal

heyyy...morning u'olls!!teruja tak tengok saya post entry pagi2 ayam dimana saya sepatutnya masih berlingkar seperti ular sawa di atas katil sebab kelas hari ni pukul 10.30pg...tapi disebabkan bunyi mesej daripada telefon kesayangan, maka tidur saya pun terganggu.padahal selama ni kalau bunyi call pun x pernahnya sedar, alih2 bunyi mesej yang cam bunyi cicak je boleh t'sedar.

ok, tujuan sebenar penge'pos'an entry ini adalah kerana kandungan mesej yang diterima..mesej tersebut daripada kakak saya.i summarized je ok...

mak saya bermaksud mak kakak saya juga maka ia adalah mak kami (ape jadah ko mengarut ni??) telah meminta nombor telefon bf kakak saya drpd kakak saya dan dalam keterpaksaan kakak saya pun bagilah.dan sekarang ni saya di suruh mesej bf kakak saya dengan mengatakan bahawa nombor telefonnya diberikan oleh saya kepada mak saya,(ok sekarang korang paham ke tak aku cerita ape ni?mengaku cepat!) sebab kakak saya tak nak bf dia misundertand dengan dia kerana pergi mengadu kepada emak mengenai relationship mereka seperti budak 5 tahun pergi mengadu dekat emak dia.dan seperti yang anda semua sedia maklum, saya adalah seorang adik yang baik...(sila muntah sekarang!!) maka, saya pun terus lah mesej bf kakak dengan menyatakan sayalah yang menjadi dalang (ehhh...bukan tok dalang dalam wayang kulit tu tau!) pemberian no telefonnya kepada emak. adakah bf kakak marah saya sampai saya terkencing2 dalam seluar??tidak sama sekali!tengok orang la beb...ayat manis punya...hehe!tapikan i rasa kalau my sis yang cakap dia yang bagi nombor confirm perang besar mehh!!

sekarang kita pergi kepada punca emak minta nombor telefon bf kakak...i rasa sebab mak i macam dapat rasa lah yang relationship diorang ni bermasalah.mungkin sebab tahap keserabutan kakak saya sudah ditahap maksimum..mother insticnt kan, so kalau sorok macam mana sekalipun tetap tak berhasil jugak.lagipun sebelum ni mak pernah tanya dekat saya tentang mereka, dan saya pun cerita lah serba banyak yang saya tahu.hehehe!!mak i ni tau aje nak korek rahsia tau and dengan mak i memang mulut ni tak reti nak simpan2 lagi dah.habis semua i cerita.huhuhu!tapi seriously, mak saya memang sangat menjaga relationship anak2 dia.before ni abang saya perang dengan awek (sekarang dah jadi isteri) dia pun, mak saya yang tolong settle..so, now my sis punya turn.errrr, mak..adik punya mak tak nak tolong settle ke??*cettt...sibuk je lah kau!

kesimpulannya di sini, mak saya sangat mengambil berat perihal anak2 dia ok!bukannya menyibuk, tapi membantu mana2 yang di rasakan perlu.

ok lah, bye2 semua!have a happy weekend...minggu ni saya balik rumah lagi sebab medical check up tak siap lagi.haihhh...harap2 keputusan blood test minggu lepas, ok2 saje.cuak dowhh!!

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China