WINTER TRIP : Switzerland (Part 1) - Interlaken & Lake Brienz
Ayuh kita sambung perjalanan menuju ke Zurich!
11/12/2019 - Day 2
Second leg flight at 2.45am dan sekali lagi seat aku terpisah dengan diorang tapi best sebab I got the whole row for myself! Business class in economy seat gittewww..
11/12/2019 - Day 2
Second leg flight at 2.45am dan sekali lagi seat aku terpisah dengan diorang tapi best sebab I got the whole row for myself! Business class in economy seat gittewww..
Aku tidur tak sedar apa, bangun untuk breakfast itu pun stewardess yang kejutkan. Then freshen up sikit sebelum landed and hello Zurich! Rupanya captain dari Malaysia, dia tegur masa kitorang nak keluar plane. Mungkin tengok 5 orang gadis yang peghak bila asap keluar dari mulut!Hahahaha.. Immigration tanya benda basic kat Kila eg stay mana, berapa lama kat Swiss & mana tempat yang nak pergi kat Swiss nanti. Then yeayyy all cleared! Paling penting food luggage tak kena tahan!
Luggage oren itu paling penting untuk kami semua!!
Kitorang terus ke Zurich train station yang across the airport, Zurich Flughafen station untuk ke Interlaken Ost. Mula-mula macam blur juga sebab tak tau nak kemana plus wifi kat airport ni leceh sebab nak kena scan barcode dari boarding pass baru boleh dapat password. Jadi eloklah kiranya kita bertanya dekat SBB customer service. Very helpful ya staff kat counter tu, dia siap search kan connection untuk train. Jadi untuk ke Interlaken : Sila turun ke platform 3 then take train to Bern, change to platform 4 to continue journey to Interlaken Ost.
Tengah tengok schedule train, masa ni masih di landasan yang betul
Penat ke tewww salah naik train dan berkejaran dengan luggage?
Sadis yaaa masa di Bern station, salah naik train padahal dalam schedule dah ada timing untuk naik train yang betul menuju ke Interlaken! Kila yakin ajak naik train yang aneh menuju ke mana ntah! Dah satu kerja mengangkut luggage yang berat tu dok berkejaran balik semula ke Bern station dan tunggu train yang sepatutmnya dalam kesejukan. Haliah mesti dah maki dalam hati masa ni sebab kena angkut food luggage yang berat tu! Betul tak Haliah? Hahahaha!
Akhirnyaaa selamat sampai Interlaken Ost dan sambung naik bus 104 untuk ke Airbnb. Satu hal jugak mencari Airbnb ni sebabnyaaa kitorang salah turun bus stop padahal host airbnb dah bagitau nama bus stop! What a dayyy...gigih lagi menolak luggage bersama backpack 13kg kat bahu, sado sis hari ni!
Tadaaaa...sampai airbnb semua mintak nyawa! Rest kejap pastu masing-masing kebulur. Unpack food luggage dan cari apa yang boleh dimasak dengan pantas. Cukuplah hari ni masak nasi je, makan dengan sambal tempe ikan bilis yang Kekcha bekalkan, sambal segera & serunding yang Nabilah bawak. Alhamdulillahhh kenyang!
Maggi adalah sumber makanan paling penting!
Lengkap ya bawak semua barang makanan
Dah kenyang kita pergi COOP pulak untuk groceries shopping. Nasib baik depan hidung je. Tapi nak berjalan sejuk-sejuk ni mencabar woii! Settle shopping sikit (sikit apanyaa 100 jugak habis!) hantar barang balik airbnb pastu jom lah kita cuci mata dengan keindahan Interlaken!
Ngantuk sangat ke tu Nabilah sampai tidur berdiri?
Sumpahhhh cantik gila view kat Interlaken ni!
Kitorang jalan kaki je dari airbnb ke train station dan masa ni jugaklah kaki Haliah cramp! Mungkin kaki terkejut sebab banyak sangat jalan, turun naik flight & train pulak. Tapi nasib baik kejap je kejangnya tu, boleh lah kitorang meneruskan langkah menuju ke train station.
Naik train dari Interlaken Ost to Brienz dan tadaaaa! Lake Brienz terbentang cantik depan station. Fuhhhh! Cantik yang amat wehhh.. Disebabkan musim sejuk jadinya feri tak beroperasi kat Lake Brienz ni, alahh rugi. Kalau tak dapatlah menyelusuri Lake Brienz yang cantik ni. Kitorang sampai pun dah agak lewat, jadinya tak lepak lama pun sebab dah nak gelap.
Nak balik semula ke Interlaken Ost pun salah naik train! Ni semua kes cemas nampak train dah sampai walaupun bukan departure time yang sepatutnya lagi. Nasib baik lah ada Swiss Travel Pass, jadinya takde isu lah tiket kena beli lain lagi. Haihhh...dengan diorang ni memang geng mudah cemas! Takpe lah, esok yakin kita akan expert dengan segala train kat Swiss ni janji ikut timing yang betul.
We are done for the first long day in Switzerland. Balik rumah semua mandi sebab last mandi kat KL kot, tapi kesian kat Nabilah bila turn dia air panas dah habis! Kahkahkah mandi air sejuk lah dia sambil membebel-bebel seperti biasa. Kitorang lupa air panas dekat airbnb ada limit berapa liter at one time before boiling again for the next usage. Untuk dinner Haliah masak sup telur & kentang! Yummsss...kenyang lah makan nasi sehari dua kali, dah macam dekat Malaysia je gayanya.
Ok marilah kita berehat untuk aktiviti esok yang pastinya lebih mencabar tahap kesejukan masing-masing. Kita tengok siapa yang mampu bertahan dan yang kecundang paling awal!
Good night Interlaken!
Good night Interlaken!
Comments
Post a Comment