Pulau Tioman - Part 1
*melangkah masuk ke blog dengan penuh bergaya
Haii semua! Rindu tak? Rindu tak?
Saya kembali kali ini untuk entry percutian bersama perempuan-perempuan sekelas yang gila..ehh bukan gila yang perlu masuk hospital mental tu!
Percutian ini dirancang secara express apabila tiba-tiba Suria (organizer) mengeluarkan ayat 'Jom kita pergi bercuti kat pulau!' sewaktu kami semua tengah merapu-rapu tanpa pedoman di group Whatsapp. Maka yang lain pun dengan pantasnya membalas 'Jom!' secara serentak..great minds think alike huh?*senyum senget
Cik organizer memang efektif, tau-tau dia dah survey tempat iaitu ke Pulau Tioman!!yeehaaaa.. time tu yang confirm nak pergi 9 orang, maka dia pun book lah bilik untuk kami semua di Panuba Inn Resort.
3,4 hari sebelum bertolak cuaca dah start tak berapa nak elok..Mersing dikhabarkan hujan lebat, kalau hujan memang tak dapatlah nak ke Pulau Tioman sebab laut bergelora kuat. Iqa pun bagitau lah yang dia tak dapat nak pergi sebab parents tak bagi since cuaca tak elok. Hmmm..nampaknya tinggal 8 orang perempuan yang hati kering (baca: degil) ingin meneruskan misi ke pulau. Sehari sebelum bertolak ke Mersing, Kak Fariza pulak tak dapat ikut sebab kena chicken pox!! There you go 7 girls..
Kami bertujuh daripada merata-rata negeri, tapi yang penting meeting point dekat jeti Mersing sebab nak naik feri dari situ..and another drama! Fida & Siti yang gerak dari Melaka akan sampai lambat, so tak dapatlah naik feri pukul 11 pagi. Makanya yang akan naik feri kat jeti Mersing pukul 11 pagi cuma 5 orang..
Kitorang bertiga (aku, Zana, Sue) overnight kat rumah Reen..Isnin pagi gerak pergi Mersing.
Aku : Muar - JB - Mersing
Reen: JB - Mersing
Zana: Putrajaya - JB - Mersing
Suria: Putrajaya - JB - Mersing
Syakirah: Rompin - Mersing
Tiket bas dari JB ke Mersing ialah RM10..Kitaorang naik bas Causeway Link
Tiket bas dari JB ke Mersing ialah RM10..Kitaorang naik bas Causeway Link
Makanya kami berlima pun naiklah feri (RM70 untuk pergi & balik) selama 2 jam setengah dari Jeti Mersing ke Panuba Inn Resort, Pulau Tioman!
Tadaaa!!Kami dah sampai..hilang segala pening2 rasa nak muntah atas feri bila tengok view kat sini wehhh...
ini view dari balkoni bilik..pehhh!!
Area Panuba Inn Resort ni memang private area, sebab cuma ade resort ni aje..takda kedai2 atau apa2 yang sewaktu dengannya kat sini.
Harga bilik kat resort ni pun not bad jugaklah..yang ni bilik aku dengan Reen (Twin sharing = RM85)
Lepas dah settle unpack barang sket, salin baju dan tanpa berlengah terus menuju ke pantai!!weeee...
ini kekonon terer lah nak snorkel, padahal masing2 tak reti berenang!hampehhh...
Tapi lepas tu kitorang semua betul2 dapat snorkeling petang tu dengan bantuan brader2 kat Panuba..diorang yang dengan rela hati guide kitorang untuk snorkel, mungkin sebab kesian tengok kami ni acah2 main air kat tepi je..sejam lebih jugaklah petang tu snorkel, time tu entah berapa liter telan air laut sebab tak reti nak breathing lagi.
Haa..masa ni lah kaki Zana terpijak landak laut! Brader2 tu dah pesan, jaga kaki sebab kat area kitorang snorkel tu banyak 'bulu mata'..kitorang pun ya kan aje lah sebab tak tau ape benda yang diorang dok cakap tu. Sekali hamek kau! kaki sibuk nak pijak dasar, tak sedar yang tak pakai fin..kan dah terpijak landak laut tu!
inilah landak laut! pehhh..dia punya bisa boleh buat kau meninggal!
Nasib baik Zana kena sikit je, tapi brader2 Panuba tu dengan pantas bertindak untuk mengelakkan kaki jadi bengkak. so, caranya ialah dengan mengetuk tempat yang kena duri landak laut tu since tak boleh nak tarik keluar durinya. tujuan ketuk tu ialah untuk menghancurkan duri2 tu. Jangan main2 dengan benda ni tauuuu..
yaa..akhirnya 2 orang yang ketinggalan feri telah tiba!cukup korum nak enjoy..wiwiwiwi
bes ke panuba ni macam haram adelah
ReplyDeletebilik air kotor, bilik super durian bodoh, lantai berminyak,bilik air tersumbat, berkerak,ade pasir n rambut customer sebelumnye
ReplyDeleteapesal pekerja bodoh duduk lepak tengok tv main phone,ketawa mengekek mengeji pelanggan yg datang aku tak faham,makanan yg buruk aku boleh terima,pantai yg konon2 private aku boleh terima walaupun bodoh penuh serpihan coral yg boleh buat tapak kaki berlubang,plastik botol mineral,kaca botol minuman keras berselerak,pukul 3 petang ke atas tak boleh mandi sbb air surut,yg tgl lumpur dgn batu,boleh mndi belah pagi je,air naik ke atas,ade la tmpt berpasir sikit
ReplyDeletebos dgn adik bos mmg macam tu eh perangai,so village people.yang baik wak indon sorang terketar2 bawak bot,bawak order makan,uruskn snorkelling gear,sapu n bersihkn pantai,pg beli barang,tanya keadaan customer...one man standing alone...nasib la wak jawa.
ReplyDeletesampai2 terus rasa tak dialu alukn kt panuba,pekerja lelaki yg melepak tgh2 restoran asyik ketawa mengekek tak tau apebende nk ketawa sgt...cakap kasar,takde hospitaliti,bile tanya buat mika macam menyusahkn....second day pagi nk tgu bot nk pg snorkel (dlm pakej) sampai pukul 10 ade seorang pekerja cakap dgn nada kurang ajar 'eh..bot tu dah nk sampai,takkn bot nk tgu awak' ehem yes,bot mane satu tah ...ade 2 bot kat jeti...bile tanya..yg tu ke bang...dijawab 'itu bot nelayan'sambil ketawa mengeji mcm kite ni bodoh sgt....mmg la tak tau sbb bukan penduduk situ nk cam bot nelayan ke bot snorkel...tanye baik2 sentiasa dapat jawapan sinikal atau agak kurang ajar
ReplyDeletemakanan jangan cakap la,nasib aku jenis boleh telan semua,makanan kantin sekolah lagi okey,nasi goreng rencah bawang,nasi putih keras batu,ikan masak kicap,ayam masak kicap,sayur kobis + sawi setiap hari,hotdog rebus sejuk,fries goreng pg punya agak, air sejuk ade je kumbang la,semut la....tak faham aku,teh n kopi pekat yg amat...bile campur susu tak bertukar warna pun............
ReplyDeletepercutian yg membawa kemarahan...okey bile keluar dr panuba sbb bipe pg coral island,monkey bay n salang rase tenang, balik je panuba rasa hangin...malam pertama kul 9 dag sunyi nk mampus,malam kedua adik bos buat bising memekak ape tah...boleh kedengaran sampai ke bilik...masyarakat takde civic.tak bertamadun.
ReplyDeleteoh ye,tv bilik SD tak berfungsi,bagus betul....
ReplyDeletekahkahkah!!seriously kau ni lawak okayyyy..kau gigih sangat komen dekat sini kenapa?maaplah akak ni tak bukak kaunter aduan! lain kali kalau nak selesa sangat2, pergi duduk Berjaya sana!
ReplyDelete