Backpacking to SIEM REAP - PHNOM PENH - HO CHI MINH (Part 5)

Part 4

Day 4 - Thursday (09/10/14)

Lebih kurang 7 jam melalui perjalanan yang penuh onak ranjau berduri, akhirnya sampai jugak ke Phnom Penh! Sebenarnya jarak Siem Reap ke Phnom Penh tak jauh mana pun lah. Kiranya kalau lalu highway kat Malaysia dalam 4 jam je dah boleh sampai tapi sebab dekat sana takde highway, driver yang bawak penuh berhemah (baca:lembab nak mati) serta jalan yang macam laluan lori balak sebab itu lah lama gila. Aku berapa kali dok terbangun sebab rasa macam dah lama tidur tapi tak sampai-sampai. 
Dah sampai kat Giant Ibis punya bus station, aku rilek dulu sebab rasa macam 'wehhh aku dah sampai kat second pit stop untuk trip ni!!' Ok sekarang jom cari hotel yang aku dah book thru Agoda iaitu One Stop Hostel. Menurut Waze tak jauh mana pun dari bus station tu, tapi aku still jugak tanya staff Giant Ibis kat mana lokasi hostel aku, dan dia pun bagilah direction. Ohh tak jauh mana pun lah! Sebenarnya abang si Siraj kononnya nak datang ambik aku tapi entah tak nampak bayang pun. Come on, aku boleh survive kot!*baling telur tembelang sebab riak!*

Lebih kurang 5 minit aku jalan, tadaaaaa!!

Aku ingat belum boleh check in sebab kan aku sampai awal, alih-alih staff One Stop Hostel tu cakap, "Come, i'll show your room." Sambil angkat backpack aku. Yeayyyy boleh sambung tidur atas tilam yang empuk!
Aku kan pilih untuk stay dorm, so 3 katil dah fully occupied dan 1 katil yang kosong tu aku punya lahhh!! Tanpa berlengah aku terus sambung tidur tapi tak lama pun sebab lepas tu abang si Siraj tu bagi Facebook messenger bagitau yang dia dah sampai area situ.

*terus pergi cuci muka dan berus gigi*
Ahhh aku takde mood lagi nak mandi time ni..;P

Mari merempit pergi cari breakfast yang halal. Aku pun tak tau dia bawak pergi area mana tapi jauh jugaklah. 

Ini memang area muslim sebab mostly kedai-kedai makannya halal dan ramai jugak aku jumpa orang Melayu dekat sini.


Lepas breakfast, aku mintak tolong Bahrudin hantar balik hostel semula sebab aku kan tak mandi lagi.Aku bagitau dia lagi sejam boleh lah nak pick up aku untuk pusing-pusing bandar Phnom Penh ni. Bahrudin menjadi tour guide tak bertauliah untuk first day aku kat Phnom Penh yang kering dan tandus. Gittewww! 

Dekat Phnom Penh aku takde nampak mat saleh pun naik basikal, mungkin sebab jalan kat sini agak sibuk tak macam dekat Siem Reap yang tenang tu. 

Mula-mula pergi Central Market, cari souvenir! Loser jugaklah baru sampai terus cari sovenir.*facepalm*
Ahaaa..jumpa ramai Malaysian tapiiiiii...semua berlagak oii! Gua nak tegur pun terus tak jadi.=(
Dah habis jelajah Central Market tu, ayuh kita meronda ke tempat lain pulak!

Aku tak ingat nama temple ni apa..if local masuk free je, tourist kena bayar 1USD.


Time ni memang panas gilaaaa!! 





Next, kita menuju ke Royal Palace. Aku tak masuk dalam pun, ambil gambar dari luar je. Lagipun masa aku sampai ni tutup untuk lunch break lah lebih kurang.



Royal Palace, Phnom Penh


Dramatik jugaklah tiba-tiba ade burung-burung berterbangan!


Lebih kurang pukul 4 aku balik hostel, tiket bus untuk ke Ho Chi Minh City pun aku dah beli. Kali ni naik Mekong Express sebab review dari Riska, not bad service nya. Siap ade free transfer lagi untuk ke bus station! I loikeeee! Penat gila hoiii..dah lah baru sampai lepas tu terus merayau dengan tak lunch nya lagi. 
Lepas mandi aku terus tidur, untuk recharge energy! Sebab aku nak jalan jauh untuk cari tempat dinner yang aku dah list down dalam itinerary. Dorm mate aku pun tak sempat nak bertegur sapa lagi sebab diorang pun takde kat bilik time aku balik.

Aisehhh hujan pulak time aku nak keluar. Lepak kejap kat lobi sambil borak-borak dengan mamat receptionist tanya pasal plan aku esok. Lepas tu dorm mate yang duduk katil atas aku balik, nampak je aku dia yang tegur dulu. Borak-borak kejap sebab aku pun nak keluar dah. Errr aku lupa nama dia tapi dia dari US, dah 3 bulan travel lepas graduate. Esok dia nak balik dahhh..Time to search for a job katanyaaa.

Hujan dah agak reda, aku terus keluar dan berpandukan Waze untuk cari kedai makan tu. Tapi kan aku dah cakap waze ni kadang-kadang boleh tahan gila! Entah ceruk mana direction yang di baginya, aku dah stress.*asal nak makan je stress* Ok, masuk convenient store kejap beli air sebab aku dah kebulur tahap tak boleh berdiplomasi lagi. Mula-mula macam nak give up dah tapi aku ni jenis ehh kena jugak cari! Sama lah kesnya masa aku mencari Artisans Angkor and Muslim Family Restaurant kat Siem Reap haritu. Harap bertabahlah bakal travel partner aku nanti.;P

Yess!! Jumpa pun Restoran Asmak 81 seperti yang dibaca dekat blog entah siapa. Masa aku sampai dalam restoran ada 2 orang je customer tapi ada few tables yang diorang dah reserved. Mungkin rombongan cik kiah yang nak datang makan. Terus aku order menu yang aku nak try sangat, tunjuk gambar dari google je sebab dalam buku menu tu lain macam je gambarnya. Kehkehkeh!

Hujan renyai sambil makan mee sup ni, bergenang gak ahh airmata sebab teringat kampung halaman.*starlight kat dahi*


Dah siap makan aku terus merangka plan yang seterusnya, yelah takkan nak balik hostel? Malam masih muda okay!

Tengok orang-orang Cambodia yang gigih bersenam/bersantai sambil main badminton malam-malam. Patut lah semua kurus-kurus je! Ermmm terasa macam nak mengopi lah pulak dimalam yang dingin ni. Jom cari The Blue Pumpkin branch Phnom Penh!! haaa ini pun masalah jugak, menurut waze aku dah sampai ke destinasi. Toleh kanan nampak disco, toleh kiri sungai. Celah mana pulak kedai kopi nya?? *campak S5 dalam sungai Mekong*
Aku pun jalan ikut instinct dan tadaaaa! The Blue Pumpkin is on your left!

Mari bergolek-golek sambil minum kopi!!




Haihhh ngantuk pulak dok melepak cenggini, balik tido lah jom! Esok nak keluar awal pagi jugak.
Sempat singgah farmasi beli plaster sebab kaki aku dah start melecet dengan gelembung yang kalau pecah tu memang sedap dia punya pedih!

Balik hotel sempat jugak melepak kejap kat living hall yang super awesome ni.



Good night! XOXO!





Expenses: 
Breakfast - 5USD (2 org)
Souvenir - 9USD
Bus tix to HCMC - 13USD
Dinner - (3USD)
Coffee - (2.75USD)

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China