Backpacking to Jogjakarta, Indonesia (Part 1)

Assalamualaikum...

So far macam mana puasa korang? Ada yang terlibat dengan geng plastik hitam ke? Bawak-bawak lah bertaubat oiii.. Hahaha!

Ok, aku kembali lagi dengan travel entry! Kan dekat foot note entry yang lepas aku ada bagitau yang aku baru je balik dari travel 2 hari sebelum puasa kan? Kali ini destination hanyalah ke negara seberang.. Ayuh kita mulakan perjalanan!



DAY 1 - Thursday (11/06/2015)

Macam biasa, airlines yang menjadi pilihan untuk berjimat (baca:miskin) mestilah AirAsia! Aku beli tiket tahun lepas, dapat harga RM107 return! Maunya aku tak beli terus tanpa berfikir panjang.. Hahaha! *beli tiket flight ni dah macam ketagihan untuk aku..>_<*

Flight haritu pukul 3:15 petang dan macam biasa aku park kereta dekat TBS naik ERL terus ke KLIA2. Senang! Trip kali ni aku pergi berdua dengan kakak aku, hmmmm dia memang pantang kalau aku berjalan mesti nak ikut! Padahal minggu sebelum tu dia baru balik dari Bangkok!

Since kitorang sampai agak awal dekat KLIA2, sempat lagi menyinggah Texas Chicken konon-konon nak minum je alih2 menapau makanan bawak naik atas flight! Lebih kurang pukul 3 petang dah boarding, flight boleh tahan penuh dengan warga Indonesia. Mungkin masing-masing balik nak sambut puasa.

Pukul 4:45 petang selamat landing di Adisujipto International Airport. Ingat ya, waktu di Indonesia lambat sejam daripada Malaysia ala2 kat Thailand lah. Airport dia kecik je, macam kat Langkawi/Siem Reap. Customs declaration form diorang akan bagi lepas turun dari flight dan bersesak-sesaklah menulis kat arrival hall tu, dan paling penting sila bawak pen sendiri okay! Kalau tak mereputlah kau nak menunggu guna pen yang disediakan kat situ.
Proses dekat immigration macam biasa, takde yang pelik-pelik lah. Lagipun airport kecik and at one time, satu flight je yang landed.

Aku memang dah plan nak naik bas je untuk ke guesthouse yang aku book kat Jalan Malioboro, since aku dah buat membaca sikit yang mana menurut review TripAdvisor boleh naik public bus dari airport terus ke city.

Ok, aku bagi direction macam mana nak naik bas dari airport. Keluar je dari pintu airport, belok kanan dan abaikan pakcik-pakcik yang offer 'taksi' tapi cakap elok-elok lah. Jalan sikit lepastu belok kanan, masuk macam dekat satu laluan ni untuk ke tempat bus. Tapi kalau macam tak confident, information counter ada dekat luar tu jugak (sebelah Dunkin Donut).



Kalau kau ikut laluan yang betul menghala ke Ruang Ketibaan (arrival hall), akan nampak satu bangunan kecil yang ramai orang dekat situ..itulah bustop untuk TransJogja! Tapi nama yang diorang gunakan ialah Halte. Tiket bus beli dekat situ sebelum naik bus, ada orang yang jaga dan boleh tahan maju sebab guna kad macam naik LRT dulu-dulu. Dan bustop dia adalah selamat okay sebab jenis yang tertutup, possibility nak ada kes ragut kat bustop tu sangatlah tipis.

Kalau Perth ada TransPerth, Jogjakarta ada TransJogja okay!!






TransJogja ni 4 line je (1A,1B,2A,2B,3A,3B) dan untuk ke Jalan Malioboro dari airport haruslah naik bus line 1A. Tapi kalau rasa macam tak confident, tanya je lah dekat 'mas' yang jual tiket tu.
Dalam bus still ada konduktor walaupun bukan bertujuan untuk kutip tiket tapi tugas konduktor ni adalah untuk mengawal berapa orang yang boleh masuk dalam bus dan jugak bagitau hentian seterusnya *macam naik LRT tu* so takdelah kau terpinga-pinga dekat mana nak turun. Bagus!

Ok, jom kita naik bas!
Memandangkan waktu aku landed tu memang waktu2 orang balik kerja, maka dalam bas boleh tahan pack jugak lah. Tapi jangan risau, takde bau kepam sangat sebab dalam bas ada air freshener okay! Dekat Jogja dah gelap walaupun baru pukul 6 petang, so aku pun tak sure nak berenti Halte mana. Jadi aku pun tanya lah dekat sorang mas ni yang boleh tahan segak berkemeja, berapa jauh lagi nak sampai Halte Malioboro 1. Dia bagitau lagi 5 hentian dan masa dah nak sampai Halte Malioboro 1, "Mbak..turun di depan sini ya, di Halte Malioboro 1." Baik betul, siap remind kitorang lagi!



Jalan Malioboro memang meriahhhhh! Tapi memandangkan kitorang baru sampai, mood nak shopping tu belum ada. Nak cari hostel dulu sekarang ni. Macam biasa, aku dah book thru booking.com  sebab aku dapat extra discount. Hehehe!

Dua hari sebelum sampai Jogja, aku ada email owner guesthouse tanya cara paling senang to reach her place. Dannn..ini yang dia attach dekat email

Gigih kau siap lukis peta untuk aku! Hahaha..comel jek!

Dari halte tu kitorang jalan kaki je nak pergi ke guesthouse sebab tak jauh mana pun, cuma kena lalu 'Gang' aka lorong2 kecik yang buat confuse.

Dekat celah2 rumah orang belakang lorong2, ada satu guesthouse yang cantik dengan design ala2 hipster sket. Nice!

Mungkin sebab muka kitorang nampak macam penat gila dan tak terurus, receptionist aka owner guesthouse terus bagi kunci bilik suruh freshen up lepas tu baru settle kan payment. Siap hantar sampai depan pintu bilik lagi. Thanks Mbak Gathi!

*Aku book mula-mula untuk 4 malam, tapi ada changes on plan yang tiba-tiba je datang maka aku amend booking untuk 3 malam. Mbak Gathi pun tak kisah langsung "nggak apa, bisa aja aku amend booking nyaaa". 

Wangi gila bau towel, cadar and bantal kat sini!! Tapi bantal dia tak gebu sangat..

Dah siap mandi and makan Texas Chicken yang selamat ditapau dari KLIA2, takkan nak tido dah kot? Jom lah jalan!!

Jogja memang terkenal dengan batiknya, mostly produk diorang berasaskan batik. Tapi kau takkan jumpa orang jual kain batik lepas macam yang selalu orang perempuan pakai tu. Aneh kan?

Konon takde mood nak shopping, alih2 boleh tahan lumayan rupiah yang berjaya di leburkan. Tapi yang aku paling suka dekat sini, each kedai ada different paper bag as their identity! Paper bag okay, bukan plastic bag!
Cantik pulak tu design nya!

ini ala-ala busker, tapi diorang guna alat muzik tradisional. Rare!


Ok, dah jom balik tido! Esok jauh perjalanan yang bakal ditempuhi kalau ikutkan plan yang aku baru buat masa lepas mandi tadi. Hahaha! Trip ni takde itinerary langsung, pakai plan bila dah sampai and google2 mana yang patut pergi. 




Expenses:
ERL - RM18.60
TransJogja - IDR3600
T-Shirt @ Malioboro - IDR100,000
Guesthouse (IDR1,000,000/2 for 3 nights)  - IDR500,000


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

WINTER TRIP : Switzerland (Part 2) - Mount Titlis & Lucerne