Backpacking to Krabi (Finale)
Haiii semuaaaaa!!
Lama sangat la haiii entry Krabi ni aku peram, tak tau lah dah jadik apa. Hahaha!
Mesti ramai yang dah lupa kat mana last kita berhenti, oleh itu sila refer link kat bawah ni ok?
Part 2
Memandangkan dah last day kat Krabi, aku pun macam biasalah buat morning walk. Saja nak usha-usha apa yang menarik kat Krabi Town ni.
Lama sangat la haiii entry Krabi ni aku peram, tak tau lah dah jadik apa. Hahaha!
Mesti ramai yang dah lupa kat mana last kita berhenti, oleh itu sila refer link kat bawah ni ok?
Part 2
Memandangkan dah last day kat Krabi, aku pun macam biasalah buat morning walk. Saja nak usha-usha apa yang menarik kat Krabi Town ni.
mana nak carik warung kopi yang ada tebar roti canai, jumpa coffee place ini pun jadik lah.
Kedai ni betul-betul sebelah Pak Up Hostel, dekat corner jalan.
Memang tak lah aku nak minum air panas, walaupun pepagi ayam.
Ice blended ni sedappppp!! Harga tak ingat tapi murah lah kalau nak compare dengan Starbuck's or Coffee Bean
See..aku jumpa tempat cantik ni!! Itu lah kadang-kadang bila sensorang, dapat discover tempat yang jarang orang pergi.
Ingatkan nak naik atas, tapi banyak anjing pulak yang melepak kat situ.
Ehhh helloooo..aku dah mandi ok masa ni! Kata backpacker, takkan lah nak bergaya sakan kot!
Ahaaaa..inilah mercu tanda Krabi!!
Ok dah, aku kena siap-siap balik ke guesthouse nak tunggu van sampai untuk membawa aku kembali ke Hatyai.
Sampai Hatyai dah agak petang, so aku pun bermalam lah kat Hatyai. Bapak scary lah hotel murah yang aku stay tu. Masuk bilik, terus mandi lepastu baca Yassin seround! Sebab aku rasa lain macam, nasib baik tak kena kacau wehhh..aku ni bukannya kuat semangat sangat pun! Phewww..
Disebabkan tak nak duduk bilik lama-lama, aku pun keluarlah untuk cari makan malam dekat night market.
Dekat Hatyai senang cari makanan halal, so tak payah risau sangat. Harga pun masih okay lagi lah..
Haa..kalau nak nasi lemak pun ada!! Tapi aku tak tau lah rasa dia macam mana sebab aku tak try. Tapi gerai dia memang ramai orang lah yang datang makan, mungkin sedap!
Pulut mangga memang win lah dekat sini!! Manis lemak berkrim disukai aku! hahaha..
Dah agak2 kenyang, ayuh lah balik tido dan malam tu aku tido tak lena langsung! Sebab aku rasa macam diperhatikan... Kejap2 aku terjaga dan sangat jarang okay aku tido tak tutup lampu! Hahaha! Wehh tapi serius, hantu Thailand jangan dibuat main. Creepy dia lain macam sikit!
Esoknya, pepagi ayam aku dah bangun, terus mandi pastu terus check out!
Sempat lah singgah breakfast kat satu kedai makan ni...
Pejabat bas Konsortium Hatyai betul2 depan mekdi.. So, confirm korang akan jumpa punya lah!
Ok, dah jom balik KL!
Nasi lemak dia sedap dan murah! Adoi teringat-ringat..
ReplyDeleteSedap ehh nasi lemak dia? ishhh..nak kena try ni! *usha tiket g hatyai*
Delete