Bridesmaid on Duty

Assalamualaikummmmm...

As per title, when one of my BFF is getting married of course I'm very honored to be her bridesmaid! 
5 of us are really close but we rarely get a chance to gather around. The last time we gather was at Fatin's Babyshower but also incomplete when Ada was not there. Dia lah yang paling susah nak ajak lepak disebabkan tugasnya mempertahankan negara. Gittewww!!

Sebelum wedding Sue kemain banyak drama, antaranya aku lah yang menyumbang kepada drama tersebut. Kebetulan minggu yang Sue nak kahwin tu aku pergi travel! Nasib baik aku cuma ada one way ticket je, so bila confirm je date Sue kahwin terus aku decide cari tiket balik. Yang Ada pulak sampai ke last minit tak tau boleh balik Muar ke tak sebab sejak-sejak dekat MINDEF, busy dia lain macam! Yang Syira pulak ditugaskan untuk buat hantaran Sue, guna fresh flower hoiii..maka dia bergigihlah shopping fresh flower dekat Floristika penuh satu kereta! Yang Fatin dekat Pontian pun busy jaga anak sensorang, maklumlah laki dah pindah Seremban.

Sue nikah hari Jumaat (06/05/2016) while aku Khamis malam tu baru touch down KLIA2, Syira lah tukang pick up then terus shoot ke Muar! Sempat singgah Seremban sebab nak ambil baju bridesmaid Syira yang tailor dia baru je siapkan. Gila kelam-kabut! Aku punya baju bridesmaid pun tak tau apa cerita sebab tailor aku dah poslaju tapi tak sampai-sampai pun. Pftttt!!

Sampai Muar dah tengah malam, terus membuta lah masing-masing. Nak menyinggah rumah Sue pun dah tak larat.

Esoknya dalam pukul 8 dah pergi ke rumah Sue untuk mula buat hantaran, sebagai seorang PA yang baru dilantik maka tugas aku adalah untuk memastikan bunga-bunga itu segar bugar kembang mekar! Dalam pada itu aku jugak sibuk keep track barang dari poslaju aku yang langsung takde update. Jangan buat pasal lahhhh, kang esok aku sorang je pakai kain batik! Nasib baik aku ada kawan yang kerja dekat POSLAJU, dia lah yang bersungguh make sure aku dapat barang aku  jugak on that day.

dah macam hantaran retisss kau!!

nampak tak berkembang mekarnya bunga ros ittewww?
Ohhh btw, hantaran ni aku yang buat chuollsss..gigih melipat duit mas kahwin jadik kipas

Setelah berhempas pulas, maka siaplah kesemua hantaran! Fuhhh puas hati betul..walaupun aku cuma jadik ala-ala florist tukang gunting bunga je. Hahaha!! Settle hal hantaran, Syira kena teruskan dengan sesi melukis henna pulak, time ni lah aku cabut sekejap pergi pejabat pos untuk ambil parcel yang mengandungi baju bridesmaid aku! Akhirnya berjaya jugak...


untuk majlis nikah kitorang tibai sarung jubah hitam jek!

Yeayyyy!! Sue dah kahwinnnnnn

Sabtu (07/05/2016) adalah hari majlis resepsi, jangan ingat kerja aku dengan Syira dah settle! Pagi tu sempat lagi pergi breakfast sate dekat tepi Sg Muar tajaan Syafiq laki Fatin. Wehhh! Shawl takde lagi, nasib baiklah ada jugak kedai bukak pagi-pagi terus aku dengan Syira sapu je shawl yang agak-agak boleh masuk dengan warna baju bridesmaid. Lepas tu terus pergi rumah Sue sebab Syira nak betulkan sikit inai dekat tangan Sue. Aku pulak ditugaskan untuk buat hand bouquet. Pehhh nervous jugak, maklumlah aku ni bukannya berseni mana pun.

Dan inilah hasilnyaaaaa...

Pengantin suka gilaaa! Terharu iollsss..

Masa ni lah Ada bagitau yang dia on the way ke Muar! Yeayyy!! Kali ni complete 5 geng rempit berkumpul dengan bajet2 ayu. Hahaha! Walaupun lepas tu Ada kena rushing balik KL sebab boss dia dok call untuk meeting. Pftttt sangat!

3 down, 2 more to go!!

Ini je lah geng menggila dari zaman sekolah sampai sekarang







PA & Boss sign out!


"AS WE GROW UP, WE REALIZE IT BECOMES LESS IMPORTANT 
TO HAVE MORE FRIENDS AND MORE IMPORTANT 
TO HAVE REAL ONES"


Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China