Redang Island Excursion

Haiii semuaaa!! Tengok pada tajuk kemain omputih sangat, padahal full entry dalam bahasa ibunda jugek! Hahaha..alaa saje nak bagi nampak exclusive gitu maklumlah trip kali ini boleh dikategorikan mahal untuk aku yang sengkek ini. #duittabungdahnampakdasar





Trip ke Redang ini asalnya untuk bachelorette party Zilla yang bakal berkahwin pada bulan Oktober, tapi end up dia pulak yang tak boleh join sebab busy kerja katanya. Takpe lah, next time kau pergi lah dengan suami, ok Zilla? Disebabkan Zila dah cancel, Kak Fariza menjadi pelengkap island excursion ini. Gittewww..*padahal nak cut cost*




Kitorang (aku, Zana & Suria) plan trip ni lepas masa tengok filem REDHA sebab lokasi yang diorang guna sangat cantik dan unik. Time tu jugak terus google 'Wisana Village' sebab nampak baju yang Namron(the main character) pakai dan pap! Website Wisana Village terpampang indah! Tanpa berfikir panjang, esoknya jugak kalau tak silap Suria terus email manager Wisana Village untuk tanya ada available room tak. Fuhhh efficient kan? Hahaha! Serius wehh, sebelum ni usha trip Redang gitu-gitu je. Dipendekkan cerita, berjaya book pakej 3D2N full board (RM575 + 6% = RM609.50) di Wisana Village! Woot woot..we are soooo excited! Aku siap buat entry khas untuk Wisana Village, makna nya memang worth to stay!


13/08/2016 - Day 1

Zana pick up aku pukul 6, lepas tu pick up Sue dekat Wangsa Maju pulak then kitorang berhenti solat Subuh. Bertolak dari KL lebih kurang pukul 7, konon lah sebelum tu kata nak gerak sebelum Subuh tapi driver yang terlajak tidur! *kuis Zana* Takpe, bukan nak rush pun sebab memang dah bagitau staff sana yang kitorang nak naik bot pukul 1.30 petang macam tu. Sempat tapau McD for breakfast and we are ready for journey to heaven. Gituuuuu..

Lalu LPT so cepat sikitlah sampai, stop by dekat Politeknik Dungun sekejap sebab Zana hantar adik dia then meneruskan perjalanan ke Jeti Merang yang terletak di Setiu. Parking kereta disediakan untuk pengunjung Wisana Village secara PERCUMA! Lepak sekejap tunggu boat sampai.

45 minit masa yang diambil dari Jeti Merang ke Wisana Village dengan menaiki speed boat yang memang dikhaskan untuk guest Wisana Village sahaja. Pehhh..feeling orang 'have-have' sangat! Hahaha...speed boat akan turunkan betul-betul depan pantai sebab dekat sini takde jeti, turun je dari boat dah dapat layanan first class daripada staff dia. Beg kitorang pun siap tolong angkat kan lagi. Kak Fariza dah sampai awal sebab dia naik bus dari Melaka, makanya dia dah feeling-feeling diva sangat mana taknya masa dia sampai staff Wisana Village siap serve mee goreng + telur mata yang memang Chef masak khas untuk dia.*jeles*

the sado pujaan Zana ;P

Kitorang sampai je terus Kak Lini (staff Wisana) suruh lunch dulu, dia macam tau je yang kitorang kebulur. Settle lunch, masuk bilik dan solat lepastu apa tunggu lagi...laut dah memanggil-manggil walaupun masa tu masih panas terik tapi masing-masing tak pedulik! Sudahnya first day dah sunburn teruk. Guest mat saleh memang steady je lepak atas pasir sambil baca novel sebab pantai tak crowded, so masing-masing buat hal sendiri.




Dalam pukul 6 semua dah naik sebab nak tunggu turn masing-masing mandi memang berzaman, lagipun masa tu dah mendung. 

Dinner ready pukul 7 dan masa tu dah hujan, so takde lah makan sambil tengok sunset. The food was good! Maklumlah chef dia produk UiTM Dungun yang memang ambil course Culinary Arts. Hiks!

Lepas habis dinner sambung melepak ramai-ramai dekat communal area (its kinda open air lobby) tengok TV ramai-ramai sambil borak dengan guest lain. Kebetulan tengah Olympic Games, maka masing-masing layan sukan lah pastu dan-dan guest mat saleh sokong team badminton Malaysia. We are just like a big family from different parents! Hahaha.

Good night! *tarik duvet tebal* 


14/08/2016 - Day 2

Gooood morning beautiful beach, Redang!! *jerit depan pantai*

We woke up quite early, perform Subuh and went to the jetty waiting for the sunrise to show up. No, actually we went to the jetty to find the phone signal. Jangan kata nak dapat 4G/3G, EDGE pun susah gila nak dapat. Maybe betul-betul nak bagi semua guest kat Wisana Village ni appreciate the nature around and forget all the gadgets. Ehhh tapi iollss nak buat live feed dekat insta kot! Hahaha.. Ohh ya, WiFi is available tapi itu lah, sama kes jugak..kejap ada kejap takde. Itu yang sampai Kak Fariza meroyan tak boleh upload gambar!;P

We had kue tiaw goreng for the breakfast dan menu itu Zana yang request malam semalam dekat encik chef masa diorang lepak tengok TV. Sue punyalah bengang sebab dia tak makan kue tiaw dan Zana langsung tak ingat pasal tu. Hahaha!! Bertabahlah Sueeeee..kau makan je lah roti bakar diam-diam. Ohh bubur nasi with all the gravies pun ada jugak pagi tu. 

Settle breakfast dok borak-borak dengan Kak Lini (receptionist) tanya pendapat dia samada pagi ni patut pergi hiking ke snorkeling. Menurut Kak Lini elok pergi hiking dulu sebab tak panas sangat dan pagi tu laut pun tak berapa cun. So, ayuh kita... menuju puncak gemilang cahaya, mengukir cita seindah rasa! *masing-masing ikut nyanyi lagu AF lettewww..;P*

Since nak start hiking pukul 10, sementara tu kitorang pi main beach volleyball dulu. Lagipun belum ada guest yang mula berjemur, maka elok sangatlah kitorang yang buat kecoh kat pantai ni.


ini dua orang atlit yang tak lepas nak pegi Brazil! hahahaha...

Tepat pukul 10 pagi, Mizan (staff Wisana) & Ali dah panggil kitorang untuk get ready hiking. Diorang berdua lah yang jadik guide. Untuk trekking ni, Sue memang awal-awal dah bagitau tak nak ikut. Dia rela duduk dalam bilik je. Aku pulak 50-50 sebab aku memang totally out / tak fit untuk aktiviti hiking ni. Apa, kau ingat kurus tu fit ke?? Hahahaha!! Aku tak kisah kena berjalan berapa kilometer pun but hiking is totally not for me! Tapi disebabkan nak tengok view pulau yang cantik from top of the hill, aku gagahi jua. Half way hiking aku memang dah give up dan menyesal, patutnya aku bersenang-lenang dalam bilik aircond atas katil empuk! Arghhh! But, they keep motivate me to continue until reach the top. Ali dengan playlist lagu yang entah apa-apa konon nak boost me up tapi hampehhh..hahaha! Kesian Zana yang sangat excited nak sampai atas dengan jayanya. 

After almost 45 minutes of hiking (pit stop entah berapa kali)....

Fuhhhh...view lawa gilaaaa!!

seorang Mada yang tak fit happy akhirnya sampai puncak bukit..

From left : Zana, Ali, Mizan, Kak Fariza & yours truly

Lama jugaklah kitorang lepak atas tu, salah satunya adalah kerana line laju kat atas ni!! Berdesup masing-masing upload gambar. Hahaha! 
Aku dok borak dengan Ali si Iranian yang dah takde rupa orang sana. Borak pasal plan nak travel (update: dah beli tiket flight ke Tehran, Iran) ke Iran. Kitorang mula-mula kinda annoying dengan Ali ni sebab ingatkan dia local yang poyo nak speaking, rupa-rupanya memang tak reti  boleh cakap sikit je bahasa Melayu walaupun dah bertahun duduk Malaysia. Apedaaa Ali Brader nihhh! Tapi dia boleh paham Mizan cakap walaupun bunyi Ganu pekat. Aneh-aneh je si Ali ni.

Turun dari bukit tu, aku dengan Zana terus pergi makan! Hahaha..Lapar teruk weh, nasib baik lunch dah siap. Chef masak nasi lemak okayyy! Sedap gilsss...

Masing-masing excited untuk snorkeling trip! Yeahhh..ini kira private trip jugak sebab dalam bot cuma kitorang plus satu couple omputih yang stay dekat Wisana jugak. Takde lah bersesak-sesak nak terjun laut lepastu snorkeling nampak kaki orang lain je. Hahaha!! Tapi dalam pada eksaited snorkeling tu, aku sekali lagi tertewas di lautan biru! Kenyang lah ikan-ikan tu makan muntah berperisa nasi lemak daripada aku kemudian disusuli Zana! Kahkahkah.. 3 point snorkeling trip ni tapi aku boleh layan 1st point je, selebihnya melepak atas bot. Abang bot beriye suruh turun tapi pening wehhh...hahaha! 3rd point snorkeling dekat area Long Beach Redang boleh tengok baby shark berenang-renang manja, so memang sesak lah dan abang bot pun suruh aku pergi lepak kat tepi pantai. Dia suruh beli air kelapa bagi kurangkan sikit mabuk tu, siap bagi pinjam duit lagi memandangkan kitorang memang tak bawak 1 sen pun. Hahaha!! Abang bot terbaikkkk!

Lebih kurang pukul 5 kembali semula ke Wisana tapi bukannya reti masuk bilik, sambung lagi jadik dugong tepi pantai. Dekat pukul 6 barulah masing-masing berebut masuk bilik nak mandi. -_-"

Early dinner sambil menghadap sunset..cantikkkk! *mata keluar love love*

Dah habis dinner, melepak kat common hall tengok TV kejap sambil berusaha gigih nak connect wifi tapi bertabahlahhh..hahaha! Zana dok tunggu match Liverpool vs Arsenal, yang lain melepak tepi pantai sambil stargazing. Cantik sangat!!
Kak Fariza & Sue masuk bilik katanya penat plus mengantuk yang amat! Cehhh..sudahnya aku melepak dengan Mizan dekat tepi communal area borak hal duniawi. Gittewwww! Zana dok layan match Liverpool dia dengan budak2 Wisana siap betting dengan Encik Chef. Aku tumpang melepak tengok match 1st half je sebelum balik ke bilik untuk membuta. Zzzzz...



15/08/2016 - Day 3

Good morning!! It's our last day here. Huuuu tak nak balik!! *kalau kaya sangat, boleh lah sembang nak sambung lepak kat sini. Hahaha!* 

Zana sempat jogging 5 round tepi pantai, konon Ali semalam janji nak jogging sekali tapi haremmm... Aku cari spot tunggu nak tengok sunrise memandangkan pagi ni cuaca agak cerah. 

Penat jogging ke tewww? Hahaha!

Matahari pagi dah muncul..=)

Malas nak mandi, terus pergi breakfast! Yeahhh...4 menus for breakfast disebabkan kekalahan En Chef betting dengan Zana game Liverpool semalam. Hahaha! Bahagia betul perut pepagi camni.


Pancake, roti canai, kari ayam, maggi goreng

Settle breakfast duduk melayan perasaan kejap tepi pantai, lepas tu macam...ehh tak boleh jadik ni, kena masuk laut for the last time! Maka aku dengan Zana terus berlari ke pantai dengan gembiranya, maklumlah pagi-pagi takde orang pun.
Kak Fariza sebelum breakfast lagi dah masuk laut, cubaan untuk mencari penyu katanya tapi gagal. Suria pulak jadik life guard kat tepi pantai padahal dia sendiri tak reti berenang. Chaittt!

Lebih kurang pukul 10 pagi, masing-masing settle kan packing bag sebab pukul 11 dah kena check out. Boat yang akan membawa kitorang kembali ke daratan adalah pada pukul 1.30 petang, maka sementara itu ayuhlah melepak dekat communal area main jenga dan tunggu lunch siap.

3 round aku kalah main benda ni..pfttt betul!!

melepak lepas habis lunch, maklumlah dah takde bilik.

Ngam-ngam pukul 1.30 petang boat pun sampai, punctual betul! Langsung tak bagi can kitorang nak berlama-lam kat Wisana. Haihhh... 

Staff Wisana semua hantar kitorang sampai dekat boat, kan dah cakap servis diorang memang terbaik!! Alalala..rindu weyhhh!

Kak Lini yang rajin melayan pertanyaan kitorang



Thank you Wisana Village for all the good memories!! For sure we will come back in 2017! Weehuuuu...















Comments

  1. Wahh jelesnya dah book flight je Tehran

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab haritu dapat tiket murah..terus je book! hahahaha

      Delete
  2. Hensem jgk si Ali tu hehe..bilalah nk sampai Redang ni..halus je pasirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii sempat usha Ali. hahaha!! Yes, you should go to Redang!

      Delete
  3. Yours truly tu slim je kan...untung la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slim tapi tak fit!! naik bukit pun mengah..hahaha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China