Backpacking to Phuket
Helloooo helloooo!
Aku kembali bersiaran dengan edisi travel ke pantai...gittewww!
Trip ke Phuket ni memang totally last minute plan acah-acah belated birthday trip. Aku memang takde idea nak pergi mana lepas tu macam biasa dok browse website AA jumpa lah tiket murah. Jadi kita ke Phuket lah walaupun tak pernah termasuk dalam travel bucket list aku. Aku pun memang tak study weather ke apa, main redah je...Nahhhh nantikan apa yang berlaku!
14/09/2018 - Friday
Flight pukul 6.50 pagi, macam biasa aku melepak kat klia2 malam tu. Sudah semestinya surau menjadi pilihan. Masuk boarding gate awal sebab nak Subuh dulu sebelum fly. Dalam flight duduk sebelah perempuan dari KL jugak, dia lagi gamble..beli tiket malam semalam pastu fly pagi ni tak bagitau bos yang dia cuti pun. Main lesap gitu je! Hahaha suka hati dia je..

Safely landed in Phuket International Airport at 7.30am, weather is not so good. Cloudy! Jadiiii..aku dah boleh agak cemana trip ni nanti dengan weather gini. Haihhhh..
Aku beli sim card dekat airport sebelum keluar dari arrival gate. Hasil aku google mengatakan ada minivan yang boleh dinaik untuk ke hostel aku yang terletak di Patong Beach. Ternyata benar! Tapi macam biasa lah kena menunggu penuh baru boleh jalan, takpe lah aku bukannya nak rush pun. Aku pun dok menunggu dengan Hidayah yang duduk sebelah aku dalam flight tadi. Tapi kitorang tak sama van sebab dia punya hotel area lain dan time tu jugaklah ada minah saleh ni tiba-tiba tegur. Tanya aku stay kat hostel mana..random kan? But that's normal when you are solo traveler. Christine is from Germany but currently away from home for almost a year. Best gila! Christine decide nak stay kat Kokotel Phuket jugak since dia memang takde idea nak stay mana. So aku pun ok je lah, yeayy dapat geng!
Lebih kurang 2 jam jugaklah dari airport nak ke hostel tu sebab jalan jammed baru lepas hujan pulak. Aku dengan Christine masing-masing dah lapar, Christine dok korek-korek backpack dia jumpa biskut and gula-gula then dia bagi aku. She is sooo sweet! Sampai hostel tak boleh nak masuk bilik lagi since masih awal tapi kitorang mintak check-in awal sikit since jenuh lah oii nak tunggu pukul 2 petang! Receptionist pun bagi lah check in pukul 12, kira ok lah tu. Kitorang simpan backpack kat hostel lepastu terus keluar mencari makanan tapi banyak kedai tak bukak lagi, sudahnya beli instant noodle lepastu makan kat hostel. Hahaha janji kenyang! Dah settle makan megi, aku pergi merayau dekat pantai depan hostel saja usha kawasan sebab tercongok tunggu nak check in memang tak lahhh..Christine pulak dah tertidur so aku jalan sorang je lah, lagipun time tu cuaca elok jugak. Aku siap makan Nasi Goreng kat kedai tepi pantai lagi. Hahahaha dasar kebulur! Dah kenyang aku balik hostel dan boleh check in. Yeayyy! Apalagiiii jumpa katil dengan perut kenyang = TIDUR!
Dlam pukul 4 petang aku terbangun dan nampak sorang minah Thai yang dok satu dorm tengah siap-siap nak keluar. Aku pun senyum je lah dalam mamai-mamai pastu g masuk toilet. Keluar dari toilet tiba-tiba minah tu ajak pergi beach. Dia kata dia ada sewa motor, aku pun haaa okay layan je lah since orang ajak. Kitorang pergi beach yang jauh dari Patong iaitu Kata Beach, laju okay minah ni merempit walaupun jalan licin baru lepas hujan. Scary jugak lah aku dok belakang ni! Hahahaha
Balik dari beach kitorang pergi dinner dekat area night market Patong, aku makan pulut mangga je since masih kenyang. Pastu minah Thai ni dia dok beli sotong & udang goreng tepung, dia suruh aku makan. Dah kenyang maka kitorang kembali ke hostel dan masa tu Christine takde kat dorm, keluar makan jugak lah kot.
15/09/2018 - Saturday
A wet Saturday morning in Phuket, I walk alone to get a cup of coffee from the nearby coffee shop. That's how I start my day when I am away from home.
Just strolling around to get some food from a Muslim shop that I've google earlier which is quite far from the hostel. Arghhh I just need food!
Aku order banana pancake je, cukup lah kot sementara nak lunch nanti.
Good morning Phuket yang masih gloomy, matahari pun tak memunculkan diri. Aku lapar makanya kita ke 7e dan mencari makanan. Lepas tu aku jalan-jalan kat Patong Beach sekejap, singgah Family Mart beli kopi pulak. Masa ni nampak macam dah cerah sikit, jadi aku rasa tak patut aku dok kat hostel je. Jadi ayuh sewa motor & pergi ke Big Buddha yang agak jauh dari Patong Beach. Depan hostel aku ada tempat sewa motor, maka senang kerja aku. Then aku beli sekali tiket minivan untuk ke airport esok.
Phuket Big Buddha, or The Great Buddha of Phuket, is a seated Maravija Buddha statue in Phuket, Thailand. The official name is Phra Phutta Ming Mongkol Akenakiri, shortened to Ming Mongkol Buddha. Sitting atop Nakkerd Hill near Chalong, construction began in 2004.
Ayuhhhh merempit ke Big Buddha! Jauh jugaklah dari Patong nak ke sini, naik bukit bagai nasib baik scooter yang aku sewa cukup gagah menuju ke puncak. Confident teruk ni cuaca cerah...tapi hanyalah sementara!

Kata Beach
Konon nak tengok sunset tapi mendung jeeeee
Ni dekat Karon Beach, satu jalan dengan Kata Beach
Ni lah minah thai tu..aku lupa nama dia😅
Balik dari beach kitorang pergi dinner dekat area night market Patong, aku makan pulut mangga je since masih kenyang. Pastu minah Thai ni dia dok beli sotong & udang goreng tepung, dia suruh aku makan. Dah kenyang maka kitorang kembali ke hostel dan masa tu Christine takde kat dorm, keluar makan jugak lah kot.
Malam sikit Christine ajak jalan-jalan kat Bangla Road, dia nak jumpa kawan dia. Pastu kitorang lepak kejap sebelum aku balik hostel sorang sebab diorang nak clubbing.
Good night Phuket!
Expenses:
Sim card - 199bhat
Minivan - 180bhat
7Eleven - 47bhat
Nasi Goreng - 90thb
Pulut Mangga - 100thb
A wet Saturday morning in Phuket, I walk alone to get a cup of coffee from the nearby coffee shop. That's how I start my day when I am away from home.
My kind of coffee either frappe or ice, rarely drink the hot one
Just strolling around to get some food from a Muslim shop that I've google earlier which is quite far from the hostel. Arghhh I just need food!
Aku order banana pancake je, cukup lah kot sementara nak lunch nanti.
Landmark untuk area kedai Muslim
Lepas tu nak balik semula ke hostel boleh pulak hujan renyai, nak tak nak redah je lah. Sampai hostel aku mandi pastu apalagi nak buat sejuk-sejuk camni kalau bukan tidur! Hahaha memang aktiviti aku kat Phuket ni tidur je.
Aku terbangun pukul 3 macam tu pastu nampak Christine buat muka comel depan katil ajak lunch. Lunch apa pukul 3 dahhh..hahaha itu lah balik clubbing pukul berapa ntah minah ni, hangover lettewww!
Maka kitorang pun lunch lah dekat kedai depan hostel dengan kawan-kawan Christine yang jumpa malam tadi, a group of Indian girls from KL. Lepas makan kitorang pergi jalan kat area night market, saja usha-usha apa yang menarik tapi Phuket ni pukul 10 malam baru meriah!*if you know what i mean*
Sempatlah belikan anak buah aku baju sehelai & seluar tidur lepas tu balik hostel sebab dah Maghrib.
Misi aku malam tu nak cari kedai makan HALAL yang sering diperkatakan oleh netizen yang ke Phuket iaitu Kusuma Seafood , lokasi terletak berhampiran jugaklah dengan hostel aku. Jadi aku perlu gigih untuk mendapatkan sesuap nasi pada malam yang dingin itu! Hahaha drama nawww... Aku tapau Chicken Pad Krapow pastu makan kat hostel sambil tengok youtube. Dasarrr takde motif kan trip aku? Mana tak nya masa aku on the way balik dari tapau makanan tu, hujan lagi wehhh.
Dah kenyang, hujan pulak tu...jawapannya jom tidur!
Expenses :
Banana pancake - 40thb
The Coffee Club - 87thb
Pad thai - 150thb
Mango shake - 60thb
Seluar - 280thb
Baju zhafran - 200thb
Dinner at Kusuma - 70thb
16/09/2018 - Sunday
Good morning Phuket yang masih gloomy, matahari pun tak memunculkan diri. Aku lapar makanya kita ke 7e dan mencari makanan. Lepas tu aku jalan-jalan kat Patong Beach sekejap, singgah Family Mart beli kopi pulak. Masa ni nampak macam dah cerah sikit, jadi aku rasa tak patut aku dok kat hostel je. Jadi ayuh sewa motor & pergi ke Big Buddha yang agak jauh dari Patong Beach. Depan hostel aku ada tempat sewa motor, maka senang kerja aku. Then aku beli sekali tiket minivan untuk ke airport esok.
Phuket Big Buddha, or The Great Buddha of Phuket, is a seated Maravija Buddha statue in Phuket, Thailand. The official name is Phra Phutta Ming Mongkol Akenakiri, shortened to Ming Mongkol Buddha. Sitting atop Nakkerd Hill near Chalong, construction began in 2004.
Ayuhhhh merempit ke Big Buddha! Jauh jugaklah dari Patong nak ke sini, naik bukit bagai nasib baik scooter yang aku sewa cukup gagah menuju ke puncak. Confident teruk ni cuaca cerah...tapi hanyalah sementara!
Langit dah mendung masa ni
Ini sebelummmm....
Awan mendung berarak
Cisss memang 10 minit je aku sempat merasa cuaca cerah kat sini sebelum hujan lebat gila dan terpaksa aku berteduh kat pondok tepi tu. Lama jugaklah nak tunggu hujan reda sebelum aku decide nak balik semula ke Patong. On the way balik hujan lebat gila dan sadisnya aku tak jumpa tempat berteduh makanya aku cuma berhenti tepi jalan dan redhooo mandi hujan. Sejuk nak mampos!
Walaupun dalam kebasahan & kesejukan melampau, perut aku tetap perlu di isi makanya aku pun singgah tapau lunch kat Saveena (kedai yang aku makan banana pancake). Lepastu terus merempit laju ke hostel sebelum hujan makin lebat. Sampai hostel memang basah lencun, aku terus mandi & makan. Christine tanya aku pergi mana, agaknya dia cari aku kot nak ajak lunch. Memang nasib baik weh aku sempat sampai hostel sebab lepastu memang Phuket macam dilanda ribut. Siap flight cancel sebab cuaca sangat teruk. Aku check weather, memang Phuket kena tempias typhoon yang melanda Taiwan masa tu! Christine dah risau je sebab dia nak flyback to Taiwan lusanya.
Petang tu memandangkan nak keluar pun tak boleh dan kitorang takde kudap-kudapan, aku dengan Christine gigih pergi 7e mencari tidbits. Pastu duduk kat katil masing-masing & borak sambil makan jajan. Begitulah kehidupan solo traveller yang di hostel. Tiberrr...
Malam tu perut aku mintak nasi lagi, jadi sekali lagi aku pergi tapau kat Kusuma. Aku terus pulang motor sekali sebab esok pagi memang tak sempatlah. Betul-betul bercuti aku kali ni, tidur & makan banyak betul.
Marilah kita tidur memandangkan esok pagi-pagi nak balik dah!
Expenses:
7e - 30thb
Coffee - 45thb
Minivan to airport - 200thb
Rent motor - 250thb
Minyak motor - 40thb
Lunch at Saveena - 80thb
7e - 67thb
Dinner at Kusuma - 70thb
7e - 30thb
Coffee - 45thb
Minivan to airport - 200thb
Rent motor - 250thb
Minyak motor - 40thb
Lunch at Saveena - 80thb
7e - 67thb
Dinner at Kusuma - 70thb
17/09/2018 - Monday
Pukul 6 pagi aku dah chow dari hostel menuju ke airport, minivan datang menjemput seperti yang dijanjikan. Dan macam hampeh minivan tu pergi drop aku dekat domestic terminal! Aku dok lah tengok screen kenapa tak ada flight ke KL lepastu aku rasa tak puas hati, aku tanya airport staff then dia kata ni domestic terminal. Cisss! Tanpa berlengah aku pun berlari lah ke international terminal sebab masa tu dah pukul 7 tapi aku belum masuk boarding gate. Dannnn...sekali lagi masalah sebab boarding pass nak kena validate kat kaunter untuk document check. Ahhh damn! Nasib baiklah kaunter AirAsia kosong, terus aku hulur boarding pass & passport untuk staff tu validate. Haihhh nak balik pun susah!
Phewww sempat semuanya untuk aku berjalan sedikit tenang menuju ke depature gate sambil berdoa flight tak delay.
Bye Phuket!
p/s: Handphone aku tahap kritikal masa ni, makanya memang tak banyak gambar aku ambik plus cuaca tak cantik. Mood kelaut lahhh
Comments
Post a Comment