24 Hours in Dubai, UAE (Part 2)

Haiiii..just in case ada yang mencari atau terlepas pandang cerita Dubai Part 1


Dubai - Day 13 (12/10/2015)

Bukan main lena aku tidur kat surau (Departure Hall) selepas menempuh hari semalam yang maha penat, ada sorang African and sorang minah saleh turut serta tidur dekat surau tu. Masing-masing ambil side tepi je since karang mengganggu pulak orang lain nak solat.

Aku bangun gosok gigi, cuci muka dan ambil wudhuk terus solat Subuh. Sambil tu aku sempat usha few airport staff yang solat, diorang tak ambik wudhuk pun. Mula-mula aku ingat diorang dah memang ada wudhuk kot, tapi bila semua pun aku tengok macam tu...maka aku buat kesimpulan yang mereka ini Syiah. Lagipun diorang solat rilek je nampak kaki.

Lepas dah solat Subuh tu, aku sambung membuta lagi. Hahaha!! Teruk betul.. Dalam pukul 9 macam tu aku bangun dan terus bersiap nak keluar. Tak mandi pun! Sebab aku malas nak mencari shower room. Just tukar baju bersih je dan ayuh kita menakluki Dubai City. Gittewwww!

Try connect wifi kejap, yes boleh! Cisss..rupanya wifi free dekat Dubai Airport ni only 1 hour per day. Dasar kedekut Pak Arab nihhhh! Ok, update segala sosial media yang ada dan whatsapp family bagitau current location aku dan apa aktiviti harini. 
Aku sempat pergi money changer sebab nak tukar balance Omani Riyal, tukar OR6 dapatlah AED51, cukuplah kot untuk expenses harini sebelum fly malam ni. Lagipun aku memang dah ada AED165. 

Beli all day pass dekat kaunter so boleh turun naik metro berapa banyak kali ikut suka. Destinasi pertama ke Naif Road, kononnya nak cari jubah murah. Aku sempat tanya cashier yang jual tiket, macam mana nak ke Naif Road sekadar nak double confirm dengan apa yang aku dah baca. Dia kata dari station airport terminal 1 aku turun kat Union Station.


So aku pun ikut lah, bapak jauh lah aku jalan nak ke Naif Road tu. Tak tau lah aku yang silap jalan ke apa, tapi aku ikut here map okay. Siap singgah breakfast roti canai lagi dekat kedai India/Pakistan. Seriuosly panas gila hoiii...aku main jalan je tapi tetap tak jumpa kedai-kedai yang jual jubah, sudahnya singgah kat satu kedai ni yang ada jual jubah warna hitam. Aku nak belikan jubah untuk mak sebenarnya, maklumlah nak ambik hati supaya boleh travel lagi lepas ni. Hahahaha! Lepas aku dah siap beli jubah, rupa nya Naif Market dekat depan tu je. Cis! Tapi aku tak jumpa pun jubah yang murah seperti yang diperkatakan oleh orang lain. Hmmmm... Range harga pun lebih kurang sama dengan jubah yang aku beli dekat kedai tadi. Tak tau lah kot ada kat belah dalam tu, sebabnya aku pun dah malas nak mencari since duit dirham aku bukannya banyak mana pun. 

Pada aku, Dubai Metro yang paling simple sebab takde line dia tak banyak.

Lepas tu terus naik metro ke Burjuman Station sebab aku nak cari souvenirs. Dekat Dubai Mall ada juga kedai-kedai yang jual souvenirs, tapi mahal! So, kedai yang aku nak pergi ni nama dia Mercado. Keluar dari Burjuman Station tu nanti ambil exit no 3, naik escalator keluar pintu yang sebelah kanan. Jalan kaki dalam 10 minit macam tu. Mercado ni terletak di jalan Khalid Al Waled.

Sumpah Burjuman Station punya interior awesome gilaaaa!! Aku macam ternganga dekat situ sampai lupa nak ambik gambar. Mak aihhhh metro station je kot!!

pic credit : Google

pic credit : Google


Seronok shopping souvenir sampai lari budget!!huuuuuu...

Sebelum tu aku sempat singgah Carrefour depan Burjuman Station, nak beli air dengan apa-apa yang boleh di makan. Ehh ada nasi ayam murah! AED10 tu kira murah okay dekat sini, lagipun dapat half chicken kot. Dekat KL pun tak mungkin boleh dapat harga macam ni.

Aku excited sebab nampak benda nihhh! Pehhh..power2


Ayam tu tak habis, so aku tapau buat makan sebelum naik flight

Masa nak bayar dekat kaunter, cashier tu sempat borak2 lagi. 
"Where are you from?" 
"I'm from Malaysia." 
"Your English is very good! Did you speak English in Malaysia? English is the 1st language there? You didn't speak Malay?" banyak pulak soalan dari pakcik cashier yang aku rasa berasal dari Pakistan ni.
"No, I still speak Malay with my family and friends. It's just that English is like our 2nd language because in university we learn everything in English." 
"Ohh really..how to say 'Thank you' in Malay?" 
"Terima kasih." 
"Ok, terima kasih. Please come again," kemain excited cashier kat Carrefour tu. 

Ok, sekarang marilah kita makan dulu. Aku dengan selambanya makan kat tepi jalan besar, nasib baik ada macam tempat duduk gitu. Pedulik kan ada orang yang pandang, aku lapar wehhh! Dah settle makan, time to buy some souvenirs! Memang murah compared to Dubai Mall (aku sempat usha semalam masa nak pergi tengok Dubai Water Fountain), tapi takde t-shirt yang best pulak. So aku just beli FM dgn keychain je untuk family dan kengkawan yang sentiasa dihati. Gittewww!

Dah settle shopping souvenir, aku macam dah tak tau nak ke mana lagipun masa tu dah dekat pukul 3. Naik metro pergi ke Emirates Station, tapi macam takde apa so aku patah balik ke airport. Nak ke Dubai Mall macam malas sebab bukannya kaya pun nak shopping bagai. Dalam itinerary kemain beriye aku list down tempat-tempat yang nak pergi tapi bila dah dekat Dubai ni baru tau tempat tu semua jauh antara satu sama lain. Huuuu..


Sampai airport, aku decide nak collect backpack sebab aku nak susun balik barang-barang dalam tu. Nak sumbat souvenir yang baru beli ni lagi. Walapun tak sampai 24jam aku simpan backpack tu, tapi sebab dah lebih 12 jam dia tetap charge untuk 24jam. Nasib baik aku dah tukar extra dirham, kalau tak memang tak cukup lah duit aku.

Settle collect backpack, masuk surau marilah kita mengemas! Dah nak next flight ni aku takde beli luggage, memang mereput lah nak angkut backpack yang berat nak mati ni. Dah siap mengemas, aku solat lepas tu lepak jap kira duit yang tinggal. Hahahaha! Line agak clear dekat surau, aku pun bedal balance ayam tadi sebelum golek-golek konon nak tidur tapi tak berjaya pun. Tunggu masuk waktu Maghrib, terus solat lah.

Pukul 8 malam, saja lah usha check in counter nak tengok dah bukak ke belum. Sekali hamek kau! Line memang dah panjang gila. Ini tak boleh jadik! Aku masuk surau terus angkut backpack, sebab nak que untuk check in jugak. Naya je kalau check in counter dah tutup tapi aku masih berlenggang-kangkung usha Pak Arab. Hahaha!
Kenapa tak online check in? Aku try jugak buat tapi tak boleh, mungkin sebab aku just nak check in untuk outbound flight. Sejam lebih aku beratur untuk check-in dekat counter, akhirnya tiba giliran aku...dan di sinilah drama bermula!!

Macam biasa, aku hulur passport dengar airlines itinerary dekat ground staff. Dia click sana click sini, lepas tu panggil ticketing supervisor (kot) yang memang dok sibuk ke hulu ke hilir depan kaunter. 

"Miss, your name is not in the system because we didn't receive any payment for the ticket," supervisor tu bagitau aku.
Aku macam blur sekejap, lepas tu cepat-cepat aku keluarkan payment receipt yang airlines email dekat aku.
"But, I did not receive any email saying that my payment was rejected. In this itinerary also stated that the payment is 'Confirmed'. How can you say that I didn't made payment? My PayPal account also have been deducted."
"Your name is not in the list. Either you pay cash over the counter or you cannot fly." Nada suara dia sangat annoying time ni. Sumpah aku rasa nak terajang je!

What??? 
Like seriously??? 
Aku memang dah gelabah teruk masa ni! Gila! Takkan aku nak stranded dekat Dubai?? 
Wehhh..ini tak kelakar langsung! 
Dah lah aku sorang...
Rasa nak menangis jangan cakap lah, tengok sekeliling dengan harapan tiba-tiba ada muka yang aku kenal dan tolong tenangkan aku. Tapi, hampaaaaa..ini bukan drama dekat tv, ini realiti! Aku kena jugak hadap sensorang.

*tarik nafas...hembus*
*tarik nafas...hembus*
*tarik nafas...hembus*

Aku cuba bertenang dan baca ayat few ayat Al-Quran yang sempat melintas dalam kepala. Sekarang nak buat macam mana? Aku berlari mencari supervisor tu yang dah kat counter lain.

"How much I should pay?" 
"You have to pay in dirham, 160."
"I don't have enough cash right now. Can I pay using card?"
"Cannot. Pay in cash. You can withdraw at the ATM over there."
"Ok. Then I have to que again??" Mampos lah nak que balik!!
"No, after you have the cash meet me directly at the counter."

Aku pun terus berlari mencari ATM dan withdraw AED200. Nasib baik lah harga tiket tu ikut harga yang masa aku purchased, kalau tak memang nampak gayanya aku kena mintak sedekah dekat Dubai ni. Yelah, dalam akaun bank aku bukannya ada banyak sangat pun duit!

TIPS: Sila activate overseas withdrawal/usage untuk debit card korang!! Call bank atau boleh buat sendiri dekat ATM machine (Maybank)


Aku terus bagi AED160 dekat supervisor tu, sebelum dia suruh ground staff kat kaunter tu key-in nama aku dan print boarding pass.
Once staff kat kaunter check-in tu hulur balik passport dan boarding pass, serius aku rasa nak menangis! Aku terus blah dari check-in kaunter dan terus menuju ke immigration counter sebab masa tu dah dekat pukul 10. Kang kalau aku meleceh memang kena tinggal flight!

Immigration officer Pak Arab yang kacak tu pun aku dah tak mampu nak teruja, sebab cuak aku masih tak habis. Aku dok terbayang, kalau lah aku stranded...

Dari immigration check point nak ke boarding gate gila jauh! Yelah, Dubai International Airport ni is the world's busiest airport by international passenger traffic. Maka kau boleh imagine lah betapa besarnya airport ni. Aku dah memang tak larat langsung nak berjalan, tapi kena gagahkan jugak. 

pic credit : Google

kau mampu dalam airport ada pokok kurma?? 

Gila apa ni nak masuk boarding gate pun kena beratur panjang!! Masa ni memang aku dah rasa nak mengamuk. Tapi pada siapaaaaaa? *drama*
Penuh orang dekat boarding area tu, menandakan flight penuh malam ni. Ahhh pedulik lah janji aku boleh fly out from Dubai. Tak lama lepas tu, time for boarding!!

Dalam flight kali ni seat aku dekat aisle, maka tak dapat lah tengok view Dubai diwaktu malam from above. Disebabkan air semua dah buang masa dekat scanning point, terpaksa lah jugak aku beli mineral water on board untuk penerbangan 8 jam memang boleh buat aku dehydrated. Pejam mata je lah bayar AED5!

Thank you for all the dramas and the heart attack moment, Dubai!
Good bye, Dubai!! 



Expenses :
Metro tix (1 day pass) - AED22
Jubah - AED85
Carrefour - AED21.7 (VISA)
Mineral Water - AED1.5
Souvenirs - AED132 (VISA)
Mineral Water - AED1
Luggage storage - AED40
Ticket Flight - AED160

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China