cinta pantai pearl 15
“Alia, petang ni pukul 5 sharp last aktiviti untuk budak-budak seminar,” Zafril memberi peringatan kepada Alia ketika menelefonnya tengah hari itu. “Erm…yelah, en Zafril,” balas Alia kemudian terus memutuskan talian. “Ish,aku belum habis cakap lagi dia dah letak telefon pulak!” omel Zafril sendirian. “Abang, apa yang di omel kannya tu?” Syed Zainuddin bertanya kepada Zafril. “Eh, ayah… takde apa-apa yah,” balas Zafril. “Hah, malam ni kamu jangan tak datang pulak majlis penutup seminar tu,” Syed Zainuddin mengingatkan anak bujangnya itu awal-awal kerana dia tahu Zafril pada waktu malam memang ligat tambah-tambah malam minggu. “Alaa, yah… abang ada hal la malam ni. Ayah dengan mama je lah yang datang. lagipun petang ni abang terlibat jugak time riadah budak-budak tu,” Zafril beralasan. “Abang jangan nak mengada… nanti apa pulak kata Pn Fauziah b...