cinta pantai pearl 13

Sebaik sahaja tiba di hospital, Alia berlari-lari anak untuk segera sampai ke biliknya. dia tidak mahu Dr Nurul menunggunya lebih lama.
“Assalamualaikum… sorry kak, terlambat,” ujar Alia sebaik membuka pintu biliknya. ketika itu jam telah menunjukkan hampir pukul 8 malam
“Takpelah Alia, akak tau jalan jam waktu-waktu macam ni,” ujar Dr Nurul sambil tersenyum.
“Thanks a lot kak,” Alia mengucapkan terima kasih.
“Welcome. Eh ok lah, akak balik dulu ya kak,” balas Dr Nurul.
Tanpa membuang masa, Alia terus melakukan pemeriksaan akhir memastikan semua pesakitnya berada dalam keadaan yang memuaskan. Selesai melakukan pemeriksaan, Alia kembali ke biliknya semula. Tiba-tiba perutnya berbunyi minta diisi.
‘Hmm, lapar lah pulak… tu lah tadi tak nak makan dekat hotel terus,’ omel Alia sendirian.
baru sahaja memikirkan apa yang hendak di makan, telefon bimbitnya berlagu nyaring menandakan ada panggilan.
“Assalamualaikum,” ujar Alia.
“Dr Alia, turun bawah sekarang,” balas si pemanggil.
“Siapa ni? Tiba-tiba je suruh turun,” bidas Alia.
“Ni Zafril. Turunlah cepat!” desaknya.
“Awak buat apa dekat hospital malam-malam macam ni? Nak buat apa suruh saya turun?” tanya Alia.
“Hei, banyak tanya lah doktor ni. Doktor nak turun ke tak nak? Kalau tak nak turun, saya naik atas kang,” Zafril membalas.
‘Gila apa dia ni nak naik atas! Karang semua nurse pandang semacam. Hish, dia ni…,’ desis Alia.
“Dr Alia sayang, awak nak turun ke tak?” tanya Zafril.
‘Ewah, sesuka hati je panggil aku sayang!! Loya aku dengar!’ detik Alia lagi.
“Yelah, kejap lagi saya turun,” putus Alia malas.
Beberapa ketika kemudian, Alia sampai di lobi hospital. Matanya mencari Zafril.
“Dr Alia,” panggil satu suara. Alia terus menoleh dan dia dapat melihat Zafril sedang duduk di sofa.
“Hah, ada apa ni?” tanya Alia malas. Alia sekadar melihat sekali lalu penampilan Zafril yang hanya berseluar pendek dan memakai sweater Adidas hitam.
‘Wah, sombongnya dia ni,’ desis Zafril.
“Jom, kita pergi makan,” ujar Zafril bersedia untuk pergi.
“Hah, pergi makan?” tanya Alia kembali.
“Yelah, pergi M.A.K.A.N,” balas Zafril.
“Tak payah la,” tolah Alia.
“Jomlah cepat. Buat penat je saya datang sini semata-mata nak ajak doktor pergi makan,” ujar Zafril lagi.
“Saya tak suruh pun awak datang,” balas Alia perlahan tapi sempat di dengari Zafril.
“Memanglah doktor tak suruh saya datang, tapi saya datang ni atas dasar perikemanusiaan.”
‘Banyak la dia punya dasar kemanusiaan!! Ingat aku ni kebulur sangat macam orang kat Afrika tu ke?’ omel Alia sendiriran.
“Saya naik dululah En Zafril, saya banyak kerja,” ujar Alia dan ingin segera berlalu kerana kelihatan tidak manis dia berdua dengan Zafril malam-malam begitu. Beberapa orang jururawat yang kebetulan lalu di situ sekadar tersenyum kepada Alia.
“Nanti dulu doktor! Jomlah kita pergi makan sekejap. Dekat depan tu je. Saya tau doktor belum makan lagi,” ujar Zafril tidak berputus asa.
“Ok, ok… kalau doktor tak nak makan, kita just bungkus je. Ok?” tambah Zafril.
Tanpa sempat Alia menjawab Zafril sudah mencapai tangan Alia dan menarik Alia memasuki keretanya.
Di dalam kereta,
“En Zafril nak bawak saya pergi mana? Saya masih on duty la!!” ujar Alia geram.
“Tu lah, tadi Ril ajak baik-baik, Alia tak nak,” bidas Zafril selamba.
“En Zafril, saya tak boleh sesuka hati nak tinggalkan wad. Saya on duty lagi!” protes Alia.
“Bukan lama pun. Lagipun waktu-waktu macam ni patient kan dah nak tidur. Buat apa Alia sibuk-sibuk nak ganggu diorang,” ujar Zafril.
‘Ewah, ewah… senangnya dia bercakap! Dia tak faham tugas aku macam mana!’ omel Alia.
suasana di dalam kereta Toyota Vios itu hening. Yang kedengaran hanyalah celoteh daripada deejay di radio.
“Ok, kita dah sampai!” ujar Zafril mematikan lamunan Alia.
Zafril sudah keluar dari kereta namun Alia tidak menunjukkan tanda-tanda untuk keluar dari kereta juga.
‘Ewah, nak suruh aku bukakan pintu kereta ke?’ Zafril mengomel.
“Dr Alia, cepatlah keluar. Bukan senang saya nak bukakan pintu kereta untuk perempuan tau,” ujar Zafril sebaik sahaja pintu di tempat duduk penumpang dihadapan di buka.
‘Aku tak suruh pun kau buka kan pintu!’ hati Alia menjerit geram.
Dengan tiada apa-apa amaran, Alia menutup semula pintu kereta. Namun tanpa disangka tangan Zafril tersepit di pintu kereta.
“Adoii!!” jerit Zafril kuat. Alia yang terpinga-pinga mendengar jeritan Zafril segera menolak kembali pintu kereta. Dia ternampak Zafril mengibas-ngibas tangan kanannya.
“Kalau marah dengan saya pun, janganlah sampai sepit tangan saya!!” ujar Zafril dengan marah dan geram.
‘Alamak, aku ke yang buat? Tapi siapa suruh letak tangan tu dekat pintu. Mana lah aku tau,’ omel Alia dan terus keluar dari kereta kemudian berdiri menghadap Zafril.
“Sorry En Zafril, saya tak sengaja,” Alia meminta maaf.
“Alia memang sengaja kan buat Ril macam ni!” suara Zafril tinggi. Tangannya pula semakin berdenyut-denyut.
“Betul En Zafril, saya tak sengaja. Saya tak perasan tangan En Zafril ada dekat situ,” jelas Alia.
“Dah lah!” balas Zafril terus memasuki keretanya kembali.
“Masuklah dalam kereta cepat!” arah Zafril apabila dilihatnya Alia masih tercegat di luar kereta.
“Ril tau lah, Ril salah coz bawak Alia keluar dari hospital! Tapi Ril tak sangka Alia sanggup sepit tangan Ril.”
“Hilang dah selera Ril nak makan! Alia tau tak dari tengah hari Ril tak makan, dan sebab tu malam ni Ril nak ajak Alia teman Ril makan. Tapi, Alia buat Ril macam ni!” sambung Zafril lagi.
Alia hanya mendiamkan diri sahaja. Malas ingin membalas kata-kata Zafril. terbit juga rasa bersalah dihatinya kerana menyakiti Zafril. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di hospital. Ketika mahu keluar dari kereta, Alia sempat menjeling tangan kanan Zafril yang tersepit tadi. Terdapat kesan merah dan sudah mulai membengkak.
“En Zafril, saya minta maaf,” ujar Alia. namun Zafril langsung tidak mengendahkan kata-kata Alia bahkan langsung tidak memandang muka Alia.
Sebaik sahaja Alia keluar, Zafril terus memecut laju keretanya manakala Alia kembali semula ke wadnya.
“Doktor pergi mana tadi? Tadi saya cari takde pun,” tegur seorang nurse.
“Saya jumpa kawan kejap. Ada apa cari saya?” tanya Alia.
“Takde apa-apa, tadi saya letak laporan patient dalam bilik doktor. ingatkan doktor ada dekat dalam, tapi tengok-tengok takde,” jelas nurse tersebut.
“Ohh… erm, kalau takde apa-apa saya masuk bilik saya dulu lah ya,” Alia meminta diri.

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China