cinta pantai pearl 12

Hari yang ditunggu telah tiba, seawal jam 8.00 pagi semua anak-anak yatim yang terlibat dengan seminar kecemerlangan di Hotel Pearl telah berkumpul di perkarangan Darul Syuhadah. semuanya seperti tidak sabar-sabar untuk mengikuti seminar di hotel mewah tersebut. sedikit taklimat mengenai tatatertib ketika di hotel tersebut diberikan oleh Alia selaku penasihat program.
“Nanti bila sampai dekat hotel, jaga adab dan kelakuan masing-masing. Akak tak nak dengar ada komplen daripada pihak hotel dan juga pengunjung-pengunjung hotel. Ok?” pesan Alia.
“Ok!!!” jawab mereka semua serentak.
beberapa minit kemudian, bas yang akan membawa semua anak-anak yatim yang terlibat dengan seminar tiba di hadapan pintu pagar Darul Syuhadah. Alia tidak turut sama naik bas kerana pada waktu tengah hari dia perlu kembali ke hospital, pleh itu dia memandu keretanya ke hotel.
sebaik sahaja sampai di Hotel Pearl, anak-anak yatim itu disambut mesra oleh pekerja-pekerja hotel. Syed Zainuddin dan Zafril juga turut menyambut kedatangan mereka.
“Terima kasih Tn Din kerana sudi menyambut kami,” ujar Pn Fauziah.
“Sama-sama. Haa, puan kunci-kunci untuk bilik penginapan semua sudah berada di kaunter, puan boleh lah berikan kepada mereka,” balas Syed Zainuddin.
Tanpa berlengah, Pn Fauziah terus menuju ke kaunter pendaftaran untuk mengambil dan memberikan kunci-kunci kepada peserta-peserta seminar. Dua orang untuk satu bilik dan bilik penceramah turut disediakan.
“Eh Tn Din kenapa ada extra kad ni? Kami cuma tempah untuk 35 buah bilik je termasuk bilik saya dan penceramah,” ujar Pn Fauziah hairan apabila dia menerima satu lagi kad untuk akses masuk ke bilik daripada pekerja yang berada di kaunter.
“Satu lagi tu untuk Dr Alia. Saya kira-kira, tengok takde bilik pulak untuk Dr Alia. Itu yang saya tambah lagi satu bilik,” ujar Syed Zainuddin.
“Eh, tak payah Tn Din sebab sepanjang seminar ni saya kadang-kadang je ada. lagipun saya kan kerja,” Alia menolak.
“Takpe Alia, mana tau nanti masa Alia tak kerja, Alia perlukan bilik jugak. takkan nak kongsi bilik dengan Pn Fauziah dan Pn Rasyidah,” balas Syes Zainuddin.
“Err… terima kasih Tn Din,” Alia berkata teragak-agak.
“Baik-baik, bilik awak tu dulu ada kes bunuh. haha!” Zafril sempat menyakat Alia.
‘Hei, dia ni tak boleh ke tengok aku senang!’ bentak Alia didalam hati.
“Jangan percaya dengan cakap Zafril tu Alia,” tukas Syed Zainuddin. zafril sekadar tersengih mendengar kata-kata ayahnya itu.
“Kalau takde apa-apa lagi, saya minta diri dululah. lagipun sekejap lagi ceramah pertama akan bermula kan?” tanya Syed Zainuddin.
“Ha’ah tuan, mengikut jadual pukul 9.30 ceramah akan bermula,” jawab Pn Fauziah.

Ketika jan menunjukkan ke angka 12.00 tengah hari, semua peserta diberi masa untuk rehat selama 2 jam.
“Eh, Alia nak pergi mana?” tanya Syed Zainuddin yang kebetulan berada di lobi hotel.
“Nak pergi hospital tuan,” jawab Alia.
“Tak makan dengan budak-budak sekali ke?”
“Takpe lah tuan, saya makan dekat hospital je,” balas Alia. Kemudian dia meminta diri daripada Syed Zainuddin.
Ketika berada dipintu hotel, Alia telah berselisih dengan Zafril.
“Doktor, petang ni jangan takde pulak masa riadah budak-budak tu,” pesan Zafril.
“Err… saya tak pasti la En Zafril coz saya kerja sampai malam hari ni,” balas Alia.
“Mana boleh macam tu doktor! Kan kita sama-sama organise untuk aktiviti riadah ni,” bentak Zafril.
‘Hei, dia ni tak faham ke kerja aku macam mana? Ingat hospital tu aku punya ke nak main kerja bila-bila masa yang aku suka!’ desis Alia geram.
“Saya tak kira, saya tau petang ni doktor ada masa futsal!” putus Zafril.
‘Peh, dia ni sesuka hati je. Tak bagi langsung aku peluang nak bercakap, semua ikut dia je!’ Alia mulai geram.
“En Zafril, saya tak boleh janji petang ni saya ada kat sini. kalau susah sangat, betulkan aje aktiviti petang ni,” balas Alia.
“Senangnya doktor cakap nak batalkan! Saya dah reserved gelanggang futsal tu untuk budak-budak tau, orang lain tak boleh guna,” ujar Zafril.
“Ok, ok… saya cuba untuk datang,” akhirnya Alia terpaksa bersetuju.
“Ingat doktor, petang ni pukul 5!” Zafril mengingatkan Alia lagi.
“Ya, En Zafril,” balas Alia malas. Kemudian tanpa pamitan Alia terus berjalan keluar dari hotel meninggalkan Zafril yang masih tercegat dihadapan pintu hotel.
‘Ei, tak sopan betul! Boleh dia main blah je tinggalkan aku,’ omel Zafril sendirian.

Ketika jam menunjukkan angka 4.00 petang, Alia sudah mula gelisah memikirkan siapa yang boleh menggantikannya untuk tempoh 2 jam.
“Aduss… siapa ni yang nak ganti aku?” otak Alia ligat memikirkan beberapa nama pegawai perubatan yang mungkin boleh menggantikannnya.
“Hah! Got it,” ujar Alia sedikit kuat sambil memetik jarinya. Mujurlah dia di dalam biliknya maka takde siapa yang mendengar suaranya. Segera dia mencapai handphone Motorola V3xx yang berada didalam beg tangan jenama Guess.
“Assalamualaikum… kak Nurul masih dekat hospital ke?” Alia memulakan bicara.
“Waalaikumsalam… a’ah akat dekat cafeteria ni. kenapa?”
“Nak mintak tolong dekat akak sikit boleh tak?” tanya Alia.
“Apa dia?” Dr Nurul membalas dengan pertanyaan juga.
“Gantikan Alia dekat wad ni boleh tak? dalam 2 jam je, lepas tu Alia datang balik,” ujar Alia.
“Kau nak ke mana?”
“Alia ada seminar untuk anak-anak yatim. boleh tak akak?”
“Erm, boleh lah. Lagipun akak takde nak buat apa pun,” jawab Dr Nurul.
“Thanks kak!”
“Ok, 5 minit lagi akak datang bilik Alia.”
seperti yang dijanjikan, 5 minit kemudian Dr Nurul tiba di bilik Alia.
“Thanks again kak. Alia balik dulu tau, kalau ada apa-apa akak call Alia tau,” sempat Alia berpesan.
“Yalah, Alia jangan risau,” balas Dr Nurul. dia hanya menggeleng-geleng melihat Alia yang agak kalut. dia memang faham benar dengan perangai Alia yang takkan sesuka hati meninggalkam kerjanya dan meminta orang lain menggantikannya. Sememangnya Alia seorang yang bertanggungjawab dalam kerjanya cukup kagum dengan Alia.

Lebih kurang pukul 5.00 petang, Alia tiba di loi hotel. dia bergegas ke lif untuk menuju ke biliknya untuk menukar pakaian sukan dan bersolat asar. setengah jam selepas itu, Alia turun menuju ke gelanggang futsal. Ketika tiba, dia dapat lihat permainan tersebut telah dimulakan Zafril turut kelihatan di tepi gelanggang memerhatikan peserta-peserta seminar bermain.
“Cuba doktor tengok jam saya ni sekarang pukul berapa?” tanya Zafril sambil menunjukkan jam berjenama Tag Heuer di pergelangan tangannya.
‘Wei, dia ni dah tak reti tengok jam sendiri ke? Atau sengaja nak tunjuk jam dia yang mahal tu kat aku?’ desis Alia.
“Pukul 5.30,” nak tak nak sahaja Alia menjawab.
“Hah, tau pun pukul 5.30!” suara Zafril yang kuat itu menarik perhatian beberapa orang peserta seminar.
“Doktor patutnya ada dekat sini pukul 5 petang. Ni lah janji ,Melayu…,” sambung Zafril sinis.
‘Ala, lambat setengah jam pun dah kecoh!’ omel Alia didalam hati.
“Saya bukan kerja macam En Zafril, masuk 9 pagi pukul 5 petang dah balik. saya kerja tak tentu masa. Ni pun saya terpaksa minta kawan gantikan tempat saya,” Alia menjawab.
‘Eh, sempat pulak tu dia bandingkan aku dengan dia,’ detik Zafril.
Tanpa pamitan, Alia berlalu ke gelanggang futsal pertama untuk melihat peserta-peserta seminar bermain. terpancar kegembiraan di wajah mereka ketika bermain futsal. Tepat jam 6.30 petang, Alia mengarahkan semua peserta seminar berhenti bermain dan mandi. Kemudian mereka akan menikmati makan malam selepas selesai menunaikan solat maghrib. Sesi ceramah malam yang seterusnya, dijangka bermula pada jam 8 malam.
Sementara itu, Alia juga ingin bergegas pulang ke hospital. dia tidak sedap hati menyerahkan tugasnya kepada orang lain walaupun sahabatnya sendiri. Dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan ke atas orang lain.
Zafril yang perasan Alia sedang kelam kabut ingin pergi segera menegur.
“Doktor, nak pergi mana? Kan dah nak Maghrib, tak elok keluar,” tegur Zafril.
‘Ee, menyibuk je dia ni! apa, ingat aku nak pergi dating ke!’ omel Alia geram.
“Saya nak balik hospital,” ringkas sahaja jawapan Alia.
“Tak makan sekali dengan budak-budak? Tengah hari tadi pun Alia tak makan jugak kan? Buat rugi je pakej yang Alia dapat tu. Yelah, kan pakej tu including lunch and dinner,” ujar Zafril.
“Erm, takpelah En Zafril. Saya dah lambat ni,” balas Alia.
‘Hei, siapa suruh bagi pakej yang macam tu? aku tak minta pun,’ desis Alia.
“Ok lah, saya minta diri dulu,” sambung Alia sambil memaniskan muka.
“Ok,” jawab Zafril. dia sekadar memerhatikan Alia pergi dari situ dengan ekor mata yang sukar ditafsirkan maknanya.

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China