cinta pantai pearl 14

Ketika jam menghampiri pukul 11 malam, pintu bilik Alia diketuk seseorang. Dia yang menyangka jururawat bertugas menyuruh masuk.

“Masuklah,” ujar Alia. Ketika itu dia sedang leka melihat laporan pesakit-pesakitnya.

“Tau lah sibuk kerja, tapi janganlah tak makan pulak,” tegur seseorang.

Teguran itu membuatkan Alia terkejut kerana suara lelaki yang kedngaran.

“Ya Allah, En Zafril rupanya!” ujar Alia sambil mengurut-ngurut dadanya.

“Apasal, Alia ingat hantu ke?” tanya Zafril. Ketika itu dia sudah duduk di hadapan Alia walaupun tanpa disuruh.

‘Dia nak apa ni datang hospital malam-malam?!’ desis Alia pelik.

“Kenapa tengok Ril macam tu?” tanya Zafril.

“Err…takde apa-apa,” balas Alia.

“Ril datang coz nak ajak Alia makan, tapi kali ni kita tak payah keluar coz Ril dah beli pun. Yelah, nanti karang kalau Ril ajak Alia keluar, Alia sepit lagi tangan Ril,” tutur Zafril separuh menyindir. Dia telah siap meletakkan dua bungkusan makanan di atas meja Alia.

“Dah, dah… tak payah nak cakap apa-apa lagi,” sambung Zafril apabila dilihat Alia seperti tidak selesa dengan kehadirannya yang tiba-tiba itu.

Mahu tak mahu, Alia terpaksa mengambil tempat duduk dihadapan Zafril. Kertas-kertas di atas mejanya pantas disusun agar tak berselerakan.

“Ril, tak tau Alia suka makan apa tapi Ril belikan Alia nasi goreng padprik,” ujar Zafril sambil menghulurkan bekas yang mengandungi makanan tersebut kepada Alia.

“Erm, thanks,” balas Alia perlahan.

Kemudian mereka mula menghadap hidangan masing-masing. Ketika sedang makan, Alia terperasan Zafril memegang sudu menggunakan tangan kiri sedangkan setahunya Zafril bukan seorang yang kidal. Kemudian Alia mengalihkan matanya melihat tangan kanan, barulah dapat dilihat dengan jelas di tangan Zafril terdapat satu jaluran merah dan telah membengkak akibat tersepit pintu kereta tadi.

‘Ya Allah, bengkak teruk sampai macam ni sekali tangan dia!’ Alia terasa bersalah.

“Kenapa tak makan? Tak sedap ke?” tanya Zafril apabila dilihatnya Alia sekadar merenung makanan itu.

“Eh, sedap…sedap,” balas Alia cepat dan terus menyambung suapan. Sesekali dia memerhatikan Zafril yang kekok menggunakan tangan kiri menyuap nasi goreng pattaya.

Selepas menghabiskan makanan masing-masing, Zafril ingin terus pulang kerana tidak mahu mengganggu Alia.

“En Zafril, tunggu sekejap. Erm, saya nak tengok tangan yang tersepit tu boleh tak?” tanya Alia teragak-agak.

“Takde apa-apa la, sikit je ni,” ujar Zafril sambil menunjukkan tangannya kepada Alia.

“Sekejap ya, saya pergi ambil bandage sebab bengkakk macam ni tak boleh terdedah. Nanti kalau masuk angin lagi susah,” balas Alia kemudian mencapai peti kecemasan yang terletak di dalam almari dibelakangnya.

Dengan penuh berhati-hati Alia membalut tangan Zafril. Sementara itu Zafril sibuk menilik wajah kuning langsat doktor muda itu. sekali imbas wajah Alia seperti selalu dilihat dan menyerupai seseorang.

“Esok encik kena datang hospital. Buat x-ray, yelah mana tau tulangnya retak,” kata-kata Alia menyedarkan kembali Zafril kea lam nyata.

“Erm, yelah doktor,” balas Zafril.

“Saya mintak maaf En Zafril coz secara tak sengaja dan mencederakan encik,” bicara Alia.

‘Apasal doktor ni buat jantung aku berdegup laju ni? Macam la aku tak biasa dengan perempuan cantik, yang lebih cantik dari doktor ni pun ada. Tapi dia ni lain la,” desis Zafril.

‘Takkan aku suka dekat dia kot? ish, tak mungkin lah!’ jerit hati Zafril.

“And thanks coz belanja saya makan,” sambung Alia.

“Err..tak kisah, benda kecik je. Ok lah, saya balik dulu,” Zafril pantas keluar dari bilik Alia.

“Wah, pakwe doktor siap bawakan makanan untuk doktor. lepas tu siap amakn sekali tu!” teguran dari seorang nurse itu membuatkan Alia agak terkejut.

“Ish, mana ada pakwe! Banyaklah akak!” bidas Alia.

“Kalau bukan pakwe, takkan lah tadi dia beria-ia nak masuk wad ni walaupun akak dah cakap waktu sekarang tak boleh masuk wad. lepas tu dia siap cakap, ‘ nurse, saya bukan nak melawat pesakit tapi saya nak hantar makanan dekat doktor Alia.’ dia macam tau-tau aje doktor tak makan lagi,” ujar nurse itu lagi sambil menggayakan cara Zafril bercakap.

“Haha!!! Akak ni kelakar lah,” balas Alia sambil tergelak melihat nurse itu mengajuk gaya Zafril bercakap.

“Ish, doktor ni… akak cakap betul-betul, dia boleh gelakkan pulak,” ujar nurse tersebut sambil menepuk perlahan lengan Alia.

“Abang dari mana ni? Tengah-tengah malam macam ni baru balik,” tanya Pn Noraida kepada anak bujangnya.

“Err… abang keluar makan dengan kawan,” balas Zafril.

“Keluar makan ke pergi tempat-tempat yang tak sepatutnya?” tanya Pn Noraida lagi. dia cukup faham dengan perangai Zafril yang suka ke disko dan tempat-tempat hiburan.

“Ish, mama ni… tak baik tau main tuduh-tuduh,” sangkal Zafril.

“Betul, tadi abang pergi makan je. tadi kana bang dekat hotel sampai pukul 10 lebih, lepas tu abnag terus pergi makan,” cerita Zafril.

“Lagipun, takkan la abang nak pergi disko dengan pakai seluar pendek dan sweater,” tambah Zafril lagi untuk meyakinkan mamanya.

“Yelah abang tu… eh, tangan abang yang berbalut tu kenapa? Abang bergaduh ke?” soal mamanya.

“Mana ada gaduh, tangan ni tersepit pintu kereta la,” jawab Zafril.

“Oo… ok lah abang, mama nak masuk tidur dulu,” ujar Pn Noraida terus menuju ke tangga.

“Ok. Night, mama.”

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China