cinta pantai pearl 15
“Alia, petang ni pukul 5 sharp last aktiviti untuk budak-budak seminar,” Zafril memberi peringatan kepada Alia ketika menelefonnya tengah hari itu.
“Erm…yelah, en Zafril,” balas Alia kemudian terus memutuskan talian.
“Ish,aku belum habis cakap lagi dia dah letak telefon pulak!” omel Zafril sendirian.
“Abang, apa yang di omel kannya tu?” Syed Zainuddin bertanya kepada Zafril.
“Eh, ayah… takde apa-apa yah,” balas Zafril.
“Hah, malam ni kamu jangan tak datang pulak majlis penutup seminar tu,” Syed Zainuddin mengingatkan anak bujangnya itu awal-awal kerana dia tahu Zafril pada waktu malam memang ligat tambah-tambah malam minggu.
“Alaa, yah… abang ada hal la malam ni. Ayah dengan mama je lah yang datang. lagipun petang ni abang terlibat jugak time riadah budak-budak tu,” Zafril beralasan.
“Abang jangan nak mengada… nanti apa pulak kata Pn Fauziah bila dia tengok abang tak ada. lagipun ini kan malam last diorang dekat hotel,” tegas Syed Zainuddin.
“Tapi ayah…,” belum sempat Zafril menghabiskan kata-katanya, Syed Zainuddin sudah memotong.
“Tak ada tapi-tapi lagi! Yang ayah tau, malam ni pukul 8.30 abang dah ada dekat hotel,” tanpa kompromi Syed Zainuddin memberi arahan sebelum dia keluar dari bilik Zafril.
“Aduss… cancel lagi malam ni aku nak pergi disko dengan Sherry. Mesti mengamuk perempuan sorang tu,” kelus Zafril sendirian mengenangkan aktivitinya malam ini terpaksa di batalkan bersama Sherry, anak kacukan Melayu-Australia itu. Tanpa berlengah, Zafril terus menelefon Sherry untuk memberitahu yang dia tak dapat keluar dan seperti yang dijangka kan Sherry mengamuk. Terpaksalah Zafril menahan telinganya mendengar bebelan daripada Sherry. dia berkenalan dengan Sherry beberapa minggu yang lepas ketika menghadiri party harijadi Zana, yang juga merupakan salah seorang teman wanitanya. Zafril memujuk Sherry dengan pelbagai janji manis termasuk membelikan apa sahaja untuknya. Apabila mendengar Zafril berjanji demikian, terus sahaja Sherry terpujuk. Setelah selesai berbicara dengan Sherry, Zafril meneruskan kerja-kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.
Kelekaan Zafril meneliti projek pembangunan sebuah taman perumahan elit yang baru berjalan telah menyebabkan dia terlewat ½ jam untuk bersama-sama didalam aktiviti riadah seperti yang dijanjikan. Zafril hanya tersedar apabila setiausahanya masuk untuk memberitahu yang dia ingin pulang.
“En Zafril,saya nak balik dulu. Is it ok?” tanya Suzanna lembut.
“Hah? Nak balik dah? Bukan awal lagi ke?” tanya Zafril tanpa memandang muka setiausahanya.
“Apa yang awalnya bos? Dah pukul 5.30 ni. My fiancée dah tunggu dekat bawah tu,” balas Suzanna.
“What? 5.30??” tanya Zafril gelabah sambil melihat jam tangannya.
“Erm, yup… yang bos macam terkejut kenapa?” pelik Suzanna melihat tingkah Syed Zafril.
“Alamak! Mati saya!! Kenapa awak tak ingatkan saya??” ujar Zafril sambil menjegilkan mata ke arah setiausahanya.
“Ingatkan apa pulak bos? Setahu saya, lepas pukul 4 bos dah takde apa-apa meeting or temujanji,” jawab Suzanna tenang.
“Aiseh!! Saya lupa nak suruh awak masukkan program untuk anak yatim dalam jadual saya,” balas Zafril sambil menepuk dahinya.
“Tu lah, bos ni dah tua sangat sampai boleh terlupa benda-benda macam tu. Nasib baik bos tak kahwin lagi, kalau tak agaknya bini bos pun bos boleh lupa,” sempat Suzanna mengenakan bosnya.
“Hish, awak ni Su! Dah, dah… you may go now and I pun nak pergi tukar baju,” balas Zafril.
“Jangan lupa solat asar bos,” sempat Suzanna berkata sebelum melangkah keluar. Dia yang sudah hampir 3 tahun menjadi setiausaha Zafril sudah masak benar dengan perangai bosnya itu. Jarak umur 5 tahun diantara mereka menyebabkan dia tidak kekok untuk menegur Syed Zafril Hamzi yang dianggap seperti abangnya. Pada mulanya keintiman mereka berdua menimbulkan pelbagai gosip tetapi apabila Suzanna mengambil keputusan untuk bertunang, semua gosip itu senyap dengan sendiri.
‘Eh, secretary aku ni! Laser betul mulut, sama macam Alia’ cebik Zafril geram.
“Alamak, Alia!!” Zafril separuh menjerit apabila teringat yang tadi dia bukan main lagi menyuruh Alia tiba tepat jam 5. Alih-alih dia sendiri yang terlewat. Tanpa berlengah, dia menuju ke suite di hotel yang memang khas untuknya. dia menukar pakaian pejabatnya kepada pakaian sukan dengan pantas sebaik sahaja masuk ke suitenya itu.
Hampir jam 6 petang, Zafril turun ke lobi hotel. Kelihatan peserta-peserta seminar sudah berkumpul dan tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan treasure hunt. di suatu sudut lain, Alia sedang asyik membaca majalah yang disediakan.
“Sorry, I’m late,” ujar Zafril betul-betul di telinga Alia.
‘Oo, mak kau!!’ latah Alia tetapi nasib baik didalam hati sahaja.
“Assalamualaikum,” ujar Alia sinis.
“Erm, waalaikumsalam,” jawab Zafril tersengih.
‘Cis, sempat lagi dia kenakan aku!’ geram Zafril dengan Alia.
“Jam saya rosak rasanya. tu yang awal-awal lagi dah ada dekat lobi. Erm, jam En Zafril sekarang sharp pukul 5 petang ea?” tanya Alia selamba.
‘Peh, kena sebijik lagi! Padan muka kau Zafril!’ ejek suara hati Zafril.
“Ala, bukan lama sangat pun Alia tunggu. Budak-budak tu pun ok je” jawab Zafril.
“Ok guys… kita start treasure hunt sekarang,” kata-kata Zafril itu menyebabkan peserta-peserta seminar tersenyum girang.
“For the first clue, take it from the counter. Each group just send your leader ok?”
“Ok!!!” balas mereka serentak.
“Then, read the instruction to find the next clue until the end. Remember, jangan main tipu and we’re just for fun ok. Take care of yourself,” pesan Zafril.
“You all may start now!” sebaik sahaja Zafril selesai berkata demikian, 10 ketua dari setiap kumpulan berlari menuju ke kaunter. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang.
“Sorry ya Dr Alia, saya bukannya sengaja nak datang lambat. Saya banyak kerja,” jelas Zafril.
‘Eleh, macam la dia seorang je yang kerja. Abis aku ni? Dah lah baru habis on call, tak sempat rehat lagi tau!’ omel Alia geram.
“At least, saya dah siap arrange semuanya, checkpoint, clue,” sambung Zafril lagi.
“Correction, bukan En Zafril pun yang buat kan. Pekerja-pekerja encik yang buat,” bidas Alia.
‘Ish, dia ni ada aje yang tak puas hati dengan aku,’ bebel Zafril sendirian.
“Ok, ok…pekerja saya yang buat tapi atas arahan saya. So, consider saya yang buatlah,” ujar Zafril tidahk mahu mengalah.
“Hmm…what ever,” balas Alia malas mahu melayan Zafril.
Mereka berdua sekadar menjadi pemerhati dan menunggu di tempat penamat iaitu di tepi kolam renang hotel. Alia sibuk dengan novel inggeris bertajuk Breaking Dawn yang merupakan sequel terakhir Twilight manakala Zafril sekadar duduk merenung kolam renang dan sesekali memerhati peserta-peserta seminar yang sedang bertungkus-lumus untuk menyudahkan acara itu. Beberapa ketika kemudian, kelihatan salah satu kumpulan sedang berlari menuju ke check point penamat di tepi kolam renang iaitu ditempat Zafril dan Alia menunggu. Ketika ahli-ahli kumpulan itu sedang berlari, tanpa diduga salah seorang daripada mereka tergelincir dan jatuh ke dalam kolam renang yang dalam.
“Ya Allah!!” jerit Alia sebaik sahaja terdengar bunyi deburan yang kuat. tanpa berlengah, Alia terus berlari ke tepi kolam. Zafril turut sama berbuat demikian.
“Syafik!” laung Alia tatkala melihat muka peserta terbabit.
“Kak Alia, Syafik tak tahu berenang,” jelas seorang ahli kumpulan terbabit. Sebaik sahaja terdengar kenyataan dari mulut Zulaikha, Alia seperti mahu pitam. Belum sempat Alia berkata apa-apa, terdengar bunyi orang terjun ke dalam kolam.
‘En Zafril?’ desis Alia.
Zafril terus berenang menuju ke arah Syafik, kemudian dia memaut leher Syafik dan membawanya ke tepi kolam. Dengan dibantu oleh beberapa orang pekerja hotel, Syafik dibawa naik. Dia dibaringkan di tepi kolam. alia bertindak pantas untuk memberikan bantuan pernafasan. Tidak berapa lama kemudian, Syafik sedar semula.
“Alhamdulillah…,” ujar Alia tanda bersyukur.
“Syafik ok?” tanya Zafril.
“Ok, bang. Jangan risau,” balas Syafik. Zafril kemudian mengarahkan 2 orang pekerjanya menghantar Syafik balik ke bilik.
“Alia, I’m sorry. Kalau Ril tau nak jadi macam ni, Ril tak buat kat tepi kolam,” ujar Zafril. Dia perasan air muka Alia agak keruh, mungkin marah dengan apa yang berlaku.
‘Abis kau ingat kalau aku tau nak jadi macam ni, aku nak bagi ke kau buat treasure hunt?’ bebel Alia geram tetapi didalam hatinya sahaja.
Alia berlalu pergi meninggalkan Zafril yang masih berada di tepi kolam tanpa membalas kata-kata Zafril. Sebenarnya dia masih terkejut dengan peristiwa yang berlaku tadi.
Fiance is the man to be married and Fiancee is the woman to be married.
ReplyDeleteu should use fiance than fiancee.
correct me if i was wrong mada.