cinta pantai pearl 16
“Alia, kenapa tak jaga keselamatan budak-budak tu masa riadah tadi? Kan mak dah banyak kali pesan,jaga diorang,” ujar Pn Fauziah memulakan bicara di dalam bilik Alia.
“Alia minta maaf mak.. Tapi bukan Alia yang cadangkan explorace tu,” Alia cuba membela dirinya.
‘Ni semua salah Zafril!’ gumam Alia geram.
“Habis kalau bukan Alia, siapa? Zafril? Alia, jangan nak salahkan orang lain. Budak-budak tu semua di amanahkan ALLAH untuk kita jaga. Kalau apa-apa terjadi pada Syafiq tadi, mak yang akan ditanya di akhirat nanti… dah lah Alia, mak harap perkara macam ini tak berulang lagi,” panjang lebar Pn Fauziah berbicara sebelum keluar dari bilik penginapan Alia.
Alia terduduk di birai katil dan tanpa di jangka setitis mutiara jernih jatuh ke pipinya.
‘Ya ALLAH, ampuni aku. Aku tidak berniat untuk meyakiti Syafiq dan mengecewakan emakku,’ rintih Alia di dalam hati.
Ketukan di pintu membuatkan Alia tersentak dan segera menuju ke pintu untuk membukanya. Sebaik di buka, kelihatan sebatang tubuh yang membuatkannnya terasa ingin di siat-siat sahaja muka tetamu yang tak diundang tersebut.
“Alia, kenapa nangis ni?” tanya Zafril.
‘Hah? Aiseh, kantoi… aku lupa nak lap ke?’ pantas tangan Alia bergerak ke pipinya namun belum sempat di sapu air mata itu, ada tangan kasar yang terlebih dahulu berbuat demikian.
“En Zafril!” jerit Alia segera menepis tangan Zafril.
“Err… sorry Alia. Ril tak sengaja,” jawab Zafril.
Saat itu juga, Alia menutup pintu. Bunyi loceng dan ketukan bertalu-talu di pintu tidak dihiraukan Alia.
“Alia, buka pintu ni. Ril ada hal nak cakap,” ujar Zafril agak kuat. Mujur bilik tersebut hujung sekali, kalau tidak sudah tentu mengganggu pengunjung-pengunjung hotel yang lain.
“Alia nak bukak ke tak pintu ni? Kalau tak, Ril guna master card yang Ril ada ni,” ugut Zafril lagi selepas tiada balasan dari Alia.
“Alia!!” jerit Zafril sambil mengetuk pintu berulang-ulang kali.
‘Adoi, sakit tangan aku!’ gumam Zafril sambil melihat tangannya yang sudah merah.
Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam…
“Nak apa ni jerit-jerit?” tanya Alia sebal.
“Suka hati la nak jerit, ni hotel Ril,” balas Zafril selamba.
‘Sengal betul la!’ ujar Alia di dalam hati.
“Ei, nanti jap… Ril ada benda nak cakap,” sambung Zafril apabila dilihatnya Alia ingin menutup pintu.
“Ril minta maaf pasal tadi dan kat kolam petang tadi. Ril tau, Ril salah. Alia jangan risau, nanti Ril jelaskan dekat Pn Fauziah,” bersungguh-sungguh kata-kata yang lahir dari mulut Zafril.
“It’s ok. En Zafril tak payah la susah-susah,” balas Alia.
“Ok lah, saya nak solat dulu,” sambung Alia terus menutup pintu.
“Hish, aku tak habis cakap lagi dah tutup pintu! Takpe-takpe, tunggu la malam ni Alia,” Zafril berkata-kata sendirian. Kepalanya sudah penuh dengan rancangan…
salam..
ReplyDeleteslamat hr raye..actly sy da lame tggu n3 bru CPP ni.mula2 dlu bce kt penulisan2u..tp bler jmpr blog awk trs follow CPP.best.suker sgt!.tp..da lmer sgt tggu xde n3 bru..tp sy btul2 bhrap awk akn up date sooner or later..rindu kt zafril n alia..plzzz.. :D