Winter in Guangzhou, China

Heyyyy aku kembali untuk menulis di sini setelah sekian lama menyepi di blog. Cewahhh! Aku rasa makin lama kosa kata aku semakin berkurangan, maka sebab tu aku tak boleh nak menulis dengan baik lagi. Cehhh..macam lah selama ni penulisan aku kat blog hebat sangat!😝

Jika sebelum ni aku pernah share trip Summer in Guangzhou , kali ini aku repeat lagi ke Guangzhou tapi pada musim sejuk walaupun kat sini tak ada salji pun, sekadar sejuk-sejuk manja gitu.
Trip ni memang takde dalam plan jangka masa panjang pun tapi tiba-tiba China Southern Airlines (CSA) buat end year promo! Apa lagi...aku terus call Syiqa and saja je lah bagitau kot-kot dia nak pergi, ternyata! Masing-masing walaupun ada love hate dengan PRC tehtappp excited untuk kembali ke Guangzhou. Hahaha! Syiqa settle kan flight & hotel booking, aku settle kan visa application..jom terbang!

Trip ni dikira closing trip 2017 & opening trip 2018 since kitorang akan celebrate New Year dekat Guangzhou! Tapiiii...ada ke new year celebration masalahnya? Hahahaha sama-sama kita nantikan.


Day 1 - 30/12/2017

Sebelum Subuh kitorang dah bertolak ke KLIA memandangkan flight pukul 9 pagi. Trip kali ni bertiga, Syiqa ajak kawan dia sorang. Settle check in luggage marilah kita mencari McD untuk breakfast, lapar teruk weh flight pepagi camni.

Hi KLIA, long time no see!


Bila lah nak dapat merasa naik A380 tuuuu..

Let's go!

Masing-masing konon nak bantai membuta tapi dok layan movie, sampai ke sudah tak tidur. 


Untuk food, kena request for HALAL food from airlines at least 1 week before. Email je airlines dengan semua booking details. Flight attendants akan serve passenger yang request specific food dulu, so yeayyy dapat makan dulu! Hahahaha.. 

Zǎoshang hǎo Guangzhou!

Sampai airport Guangzhou terus pergi beli 2 day pass dan mulalah bergaduh baca maps sebab tak tau kat mana hotel. Hahahaha sebenarnya sebab tak tau nak turun station mana. Ok kita redah je lah..macam tak biasa kan!

Aku dah tak ingat kitorang turun station mana untuk ke hotel, tapi kali ni hotel kitorang agak jauh dan terletak depan ferry pier. Boleh tahan jauh jugak berjalan dari station yang kitorang turun tu untuk ke hotel. Sampai hotel dah tengah hari jugak, nasib baik boleh terus check in. Freshen up sikit lepas tu terus keluar mencari makanan! Laparrr.. Destinasi yang dituju mestilah ke kedai Chinese Muslim yang terletak di Beijing Lu. Confident teruk nak pergi cari kedai ni, maklumlah masih segar dalam ingatan lagi jalan menuju ke kedai tu. Hahaha!

Settle makan aku menyinggah beli strawberry sebab geram tengok gemok-gemok nya la haiii time winter ni lepas tu kitorang jalan-jalan kat area Beijing Lu, roh shopping dah merasuk sikit padahal masuk MINISO je kot! Hahaha..aku beli handcream untuk bagi souvenir kat orang office dan sempat jugak sambar sehelai winter coat.;P

It's really a long day for us, so its time to get some rest and sleep before another shopping session!
Good night!



Expenses:
Hotel - RMB300
Metro pass - RMB50
Mineral water - RMB3.5
Strawberry - RMB15
Winter Coat - RMB130
MINISO handcream - RMB170
Dinner - RMB19



Day 2 - 31/12/2017

Good morning Guangzhou! Today is the last day of 2017, so let's make a history. Gittewww! Hahahaha kemain kan..misi pagi ni nak shopping kain, diorang lah bukan aku. Aku lapar pagi tu, nak cari breakfast memang takde lah tapi nasib baik ada coffee shop depan hotel. 


My kind of breakfast

Ayuhhh lah kita pergi shopping sementara matahari belum naik. Walaupun winter, tapi terik matahari tu tetap ada cuma takde lah berlengas sebab cuaca sejuk.

Feeling pelajar di perantauan, nasib tak buat ucapan je..hahahaha

Sejuk-sejuk pun nak aiskrim!

Pilih..pilih..


Masing-masing dah agak puas hati untuk first round ni, lapar tapi tak jumpa tempat makan dekat area sini pulak jadi option yang kitorang ada ialah Mc Donalds. Masing-masing makan fillet o fish je, ok lah tu daripada berlapar kan. Seterusnya kita ke One Link pulak, Syiqa ada nak cari barang yang mak dia kirim dan sambil-sambil tu boleh lah nak beli fridge magnet sikit. Kali ni pergi kedai yang uncle ni paham english, senang lah sikit nak nego walaupun kedekut nak mati bagi diskaun. Ceh! Lepas tu menyinggah beli aiskrim McD pulak sebab rasa dia lain (macam yogurt) daripada yang dekat Msia. 

Masing-masing kaki rasa dah nak tercabut, jadi eloklah kiranya kita semua balik ke hotel dulu. Rehat kejap kat hotel, solat, makan kudap-kudapan yang ada dan ayuh kita keluar lagi untuk early dinner serta celebrate New Year.

plan asal nak naik ferry tapi cancel sebab full

kalau dah nampak IKEA ni makna nya kitorang dinner dekat kedai makcik belakang ni lah

Boleh tahan sejuk jugak malam ni, balik dari dinner (siap tapau) kat kedai muslim favorite kitorang aku berhenti beli strawberry dan cis pakcik jual tu cuba nak tipu aku. Mula-mula letak harga lain pastu time nak bayar harga lain pulak. Menipu je kerja diorang nih! Dah lah tak paham english, aku pun terus cakap melayu je lah dengan pakcik tu. Pebendaaa lah jual buah pun nak scam orang!
Kitorang plan nak celebrate New Year kat Canton Tower, alih-alih train tak berhenti dekat station tu due to high traffic of passengers. Hampehhh betul! Dah tu cemana kitorang ni?? Banyak station yang train skip sempena malam new year ni, terpaksa lah kitorang dok tukar-tukar train dan malam new year disambut dalam train! Cisss hampehhh..jangan kata fireworks, bunga api kecik pun takde.😔

Sumpah penat gila seharian ni, memang nampak katil je sekarang ni. Nak mandi pun sejuk kemain! 

Good night.


Expenses :
Coffee - RMB31
McD - RMB26
Souvenirs - RMB45
Ice cream McD - RMB3.75
Dinner - RMB32.5



Day 3 - 01/01/2018

Hari pertama untuk tahun 2018 haruslah lebih bersemangat! Ayuhhh bangkit anak muda! Hahaha tetibaaa...

Harini plan memang nak jalan-jalan je, takde nak shopping bagai. Nak pergi cari sate kambing sebenarnya tapi dah sampai masjid tu takde pulak orang jual. Cisss! Rupanya yang ada jual-jual kat luar masjid tu only on Friday je. Huwaaaa pastu lapar ni cemana??

kemain pergi taman bunga di pagi tahun baru

Then kitorang menuju ke Sun Yat-sen Memorial Hall yang terletak berdekatan dengan metro station Sun Yat-sen.

Located at the southern foot of Yuexiu Mountain, Sun Yat-sen Memorial Hall is the biggest hall among all the halls in memory of him all over the world, with an area of 6.6 hectares (16 acres). It’s also one of the landmark buildings in Guangzhou. 

Stepping into the area from the south gate, you can first catch sight of a Bronze Statue of Sun. It’s 5.5 meters (18 feet) high and 3,900 kg (3.8 long tons). The statue is shaped from the pose in which Sun was making a speech in Sun Yat-sen University. Under the Bronze Statue is the supporting foundation made of white granite which was carved with the content of one of Sun’s important written works.

The most noticeable building in Sun Yat-sen Memorial Hall is the Main Building, this building is mainly blue and red. On the top of the whole building stands a golden and oval globe. In the middle of the building hangs a horizontal inscribed board, written with four Chinese characters by Sun Yat-sen meaning the whole world is as one community. The Main Building is an ancient octagon house. The top is decorated with bright blue glazed tiles, the foundation and steps are made of white granite, and eight huge pillars are made of red terrazzo. The five bronze droplights hanging in the passage add more antique flavor to the whole building.

The Octagonal and Ancient Palace Style Main Building

Bronze Statue of Sun Yat-sen

Dah settle pose acah-acah tourist sangat, marilah kita mencari makan. Then balik hotel untuk recharge since malam ni nak pergi Beijing Lu sekali lagi. Last shopping session lah konsepnya!

Beijing Lu

Ok done with shopping, balik hotel masing-masing kemas luggage. Make sure tak lebih ye dari allocation yang diberikan!

Good night.


Expenses :
Lunch - RMB13
Choc & banana milk - RMB11
MINISO - RMB30


Day 4 - 02/01/2018

Time to go home! Mintak tolong receptionist book taxi untuk ke airport memandangkan kalau nak naik metro macam leceh je dengan luggage masing-masing yang terlebih muatan. Hahaha!

luggage sis walaupun cabin size tapi berat gilosss!

Aku dengan Syiqa macam biasa lah, mesti pepagi dah kelaparan. Jadi dah alang-alang sampai airport awal marilah kita makan apa yang boleh makan. Pergi McD yang ada pork burger je, bila tanya takde fillet o fish ke? Dengan muka ketat & kerek terus geleng kepala. Cehhh! 


Nasib baik Starbucks memberikan sinar harapan kepada 2 orang budak kebulur ni dengan menghidangkan sandwich tuna! Cukuplah sebagai alas perut sementara menanti makanan dalam flight. Hahaha!
teruk sangat tu sis laparnyaaaa..hahahha!


Jom balik!

Yeayyy makanan! Hahaha

Bye, Guangzhou!!


Expenses :
Teksi - RMB57/person
Starbucks - RMB53









Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei