kembali berblogging di uitm T'ganu

ohhh..cik blog ku sayang!!lama sungguh tidak merepek di sini kan...dan ayat aku pun dan cam hampeh.bongok je kan tetiba nak buat ayat skema tak hengat..dah hilang dah skill merapu meraban aku yang agak mantap itu.haihhh...

sebenarnya banyak benda nak story tapi banyak benda yang aku dah lupa..cisss!!inilah akibatnya minum air yang ada semut.oleh itu, untuk kembali menguatkan ingatan sila minum Jus TOK GURU berperisa Strawberry ye.wahh3..promote nampak.huhu!!ok mari kita sama-sama recap apa yang berlaku dalam dekat sebulan aku berlagak konon-konon busy ni.

hari tu ada ikut akak aku pergi camping dekat sekolah dia, SMK Persisiran Perdana..biasalah lepak dengan budak2 sekolah menengah yang dulu pun aku lebih kurang diorang jugak cuma aku baik sikit lah.hahaha!!perasan ok..tapi tengok budak2 sekrang ni, diorang cam agak rude ok dengan cikgu.dan adatlah kalau camping tu ada games, malam kebudayaan n so on kan..yang tak best nya, ada sesetengah tu langsung tak nak take part.kira kalau buat tu macam jatuh lah tahap ke'macho'an..ape lah diorang ni, patutnya zaman2 sekolah yang nak kena penuhkan dengan segala macam kenangan yang best2.betul2 tak menghargai lah!!haishhh...
tutuplah cerita pasal budak2 ni sebab saya dah rasa saya membebel macam makcik2 pulak..

ohhh...di samping itu jugak, saya agak rajin ye menonton WC.tapi final match tak dapat tengok sebab hujan lebat maka pilihan yang terbaik pada waktu itu adalah TIDUR!!hehehe...
congrats to SPAIN..yeahhh!!

yea3!!i dah part 6 ok!!dah jadik senior yang di geruni...hahaha!!erkkk..tapi di geruni ke??kena kacau dengan budak2 junior ada lah..mana tak nya, saya ni pemalas nak pakai kat matrix so diorang ingat saya budak part 1 kot.eh,ehh..muka i nampak muda ke??huhu..adik2 junior ni pun kalau nak mengurat pun pergi lah cari yang sebaya, jangan lah mengusha senior.*ok, perasan!padahal budak tu tak tengok pun dekat kau..
haa..dah part 6 ni dapat kolej yang lagi jauh ok.sampai hati tau pihak kolej bagi kami ni kolej jauh2!!kurus lah i macam ni..betul ok!i memang dah kurus balik kot kalau nak compare masa praktikal hari tu.seluar jeans yang sebelum ni berada di kategori ketat sudah menjadi longgar dan perlu asik di naikkan kembali ke pinggang sahaja.jangan nak kata i tak cukup makan dekat sini, terlebih-lebih makan adalah..mungkin sebab jauh berjalan nak ke kelas, tu yang i jadik makin slim melim.di tambah lagi dengan berjongging pada weekend..fuhhh!!memang habis lah segala lemak2 tepu di badan ini.
ohhh...last semester ni saya duduk dengan 2 orang roommate baru ya..tapi kawan2 sekelas jugak.hehe!!nama2 roommate baru saya ialah FAEZNOR AFIEQAH & NABIHAH..*gaya dah macam nak tulis karangan cerita pasal kawan baik untuk karangan UPSR.;p
saya duduk katil atas ok..sangat panas!!setiap kali bangun pagi, dah bermandi dengan peluh..haihh!!VC tolong lah pasang aircond dekat bilik saya ni!!

cerita pasal subject2 yang i ambil pulak..last semester ni i ambil 6 subject ok!ENAM!!kalau course2 lain last sem mesti dah tinggal 4 je tapi kami ni 6 ye..haihh.dah lah subject2 yang sangat menggerunkan ok..
1. FAR 310(Group Accounts)

2. MAF 330(Financial Management)

3. TAX 320(Taxation 1)

4. AUD 370(EDP Auditing)

5. AIS 360(E-Commerce)

6. IPK 211(Asas Perakaunan Islam)

lecturer yang sangat menggerunkan ialah untuk subjek FAR 310 ye..fuhh!!cuak gile ya bila dia dah dok round2 dan start menjerit time tu lah jari2 mula kelam kabut menekan semua butang2 yang ada dekat kalkulator.but i like her style..;) garang2 pun still best bila dia mengajar..
huarghhhh!!kelas audit sangat mengantuk...bila lah nak start masuk lab dan guna software yang ada untuk audit.
untuk e-commerce plak lecterur memang sempoiii sebab lecterur yang agak muda..
hmmm..last sem mestilah ada projek kan??so, same goes to me..project to develope a webpage.best2!!

hmmmm...sudah lah, saya pun dah takde idea nak cerita pasal apa lagi.nanti2 lah saya update entry lagi jika berkesempatan.

bye3..;)

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China