Tiga rentung dalam kemalangan di highway

Mungkin anda2 semua sudah sedia maklum mengenai berita ini, cuma mungkin anda2 tidak tahu bahawa salah seorang mangsa yang rentung itu ,Mohd Azrul Syafiq adalah adik kepada kawan saya...

Pada tengah hari tu, saya terima mesej dari kawan saya itu yang mengatakan adiknya meninggal kerana terlibat dalam kemalangan, pada mulanya saya ingat kemalangan yang biasa2 sahaja.tak sangka langsung sampai rentung. Dalam pukul 3 petang macam tu, kawan saya cakap dia dah sampai ke Hospital Seremban untuk pengecaman mayat dan dia cakap yang mayat adiknya rentung. Ya Allah...saya tak dapat bayangkan macam mana family dia nak terima kenyataan itu.

Malam itu, saya lagi terkejut sebab berita kemalangan itu sampai menjadi tajuk utama dalam Buletin Utama..Perodua MyVi yang mereka naiki remuk dan hangus terbakar..

untuk berita yang lebih lanjut, sila baca:

Al-Fatihah untuk ketiga-tiga mangsa...

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

WINTER TRIP : Switzerland (Part 2) - Mount Titlis & Lucerne