Backpacking to SIEM REAP - PHNOM PENH - HO CHI MINH (Part 3)
Part 2
DAY 2 - Tuesday (07/10/14)
Ok, setelah seharian maka dengan ini berakhirlah Angkor Complex tour!
Aku memang dah get ready lah nak mengayuh balik ke hostel, tapi si Riska yang baik hati ni mintak driver tuktuk angkut basikal aku masuk ke dalam tuktuk.
"Nggak apa-apa lah, udah sekalian mau pulang ke hostel," Riska ni betul-betul buat aku terharu tau!
DAY 2 - Tuesday (07/10/14)
Masih hari yang sama, mari kita sambung penjelajahan seterusnya ke kota batu! Lepas dah habis pusing Bayon Temple, bergerak ke temple seterusnya. Lagipun Bayon ni kecik, kejap je pusing dah settle. Kitorang gigih okay panjat sampai ke atas!
Untuk ke temple seterusnya kitorang berjalan je sebab driver tuktuk tunggu kat hujung penjelajahan. Fuhhh dengan cuaca panas, tak pakai sunblock memang aku sengaja nak bagi sunburn!*nangis celah-celah batu*
ini jalan nak menuju masuk ke temple, kat depan tu ada pak guard yang mintak kau tunjuk entry pass
aaaa...aku lupa nama dia apa!
kau mampu nak panjat? Ini Batu Caves pun kalah!
Untuk pengetahuan, aku tak breakfast pun dari pagi aku mengayuh basikal tu. Dok teguk air masak je, lepas panjat tangga ni aku dah macam nak pitam! Chocolate pun takde nak lahap sebagai energy source, nasib baik ade biskut Tiger! Tapi betul lah, bila travel kau takkan kisah sangat pasal makan. Ermmm tapi itu aku lah, engkorang aku tak tau lah kan!;P
Temple ni pun kecik je, so tak lama mana pun lah habiskan masa kat sini. Cuma yang mencabar ialah tangga yang curam! 90 darjah oiii..
Next kita pergi ke Elephant Temple!
aaaa..mana kepala, tangan dengan kaki awak nihhh??
Masa ni jangan cakap lah macam mana berjurai-jurai nya peluh yang membasahi bumi! Kalau ada siapa yang cakap ketiak dia tak berlecak time menjelajah Angkor Complex ni, memang pembohong!
Aku dengan Riska memang dah flat habis sebab masing-masing tak makan dari pagi. So, we decided to have our lunch! We need energy to continue this tour!
Dah settle makan, mari meneruskan perjalanan ke satu lagi temple yang selalu menjadi sebutan sebab menjadi lokasi penggambaran filem Tomb Rider yang Angelina Jolie berlakon tu!
Here we go, Ta Phrom Temple!
Ta Prohm has been left in much the same condition in which it was found: the photogenic and atmospheric combination of trees growing out of the ruins and the junglesurroundings have made it one of Angkor's most popular temples with visitors. UNESCO inscribed Ta Prohm on the World Heritage List in 1992. Today, it is one of the most visited complexes in Cambodia’s Angkor region.
Serius oiii..pokok dekat sini besar-besar dengan akar yang menjulur keluar!
Cukuplah rasanya tengok batu-batuan, muak pulak rasanya!hihihi..padahal dah penat nak mampos! Terbayang syok nya kalau dapat mandi lepas tu membuta kat tilam yang empuk..perghhhh! We had enough with all those temples for a full day tour.
Tapi kan dah cakap, driver tuktuk tu nak kitorang betul-betul rasa berbaloi pergi Angkor Complex ni! Dia bawak pulak pergi tempat local menjala ikan sungai. Haaa ini pun memang rezeki kitorang lah agaknya, sebab aktiviti menjala ikan ni cuma boleh dibuat bila hari sebelumnya hujan lebat! Maka banyaklah hasil yang diorang boleh dapat.
ikan fresh yang baru dijala terus dibakar!
Aku dok merungut kenapa semalam hujan, rupanya hujan tu bawa rezeki kepada orang lain dan secara tak langsung aku pun dapat tengok scene ni. Kalau tak hujan, takdelah diorang menjala macam ni dan takde lah diorang dapat merasa makan ikan.*insaf*
Masa ni boleh nampak macam mana happy nya muka masing-masing bila ada ikan yang tersangkut dekat jala diorang. Aku memang bertuah gila lah bila dapat driver tuktuk yang rajin nak share benda-benda rare macam ni, dia siap guide kat mana tempat/timing yang cantik nak ambil gambar.
Lepas tu driver tuktuk ni bawak kitorang dekat last temple dan sebelum tu dia suruh kitoang ambil gambar dekat pelantar tepi tasik ni.
seriously memang cantik gilosss view dekat sini!!
Dekat last temple ni tak ramai orang, mungkin sebab temple yang tak famous dan ada yang under renovation.
Aku memang dah get ready lah nak mengayuh balik ke hostel, tapi si Riska yang baik hati ni mintak driver tuktuk angkut basikal aku masuk ke dalam tuktuk.
"Nggak apa-apa lah, udah sekalian mau pulang ke hostel," Riska ni betul-betul buat aku terharu tau!
itulah driver tuktuk untuk hari yang penuh adventure di Kompleks Angkor Wat
Malamnya kitorang keluar pergi dinner lepas tu cari souvenir dekat Night Market sebab Riska dah nak gerak ke Phnom Penh!
The owner is an Indian uncle from Ipoh
Portion adalah sangat banyak, sesuai lah dengan harga nya. Aku share je dengan Riska.
tak dapat best price sangat pun lah, even dah bargain kaw-kaw
Dah settle beli souvenirs, aku pun hantar Riska balik ke hostel dia and aku pun sambung merayau naik basikal sebelum balik hostel.
Dah jom balik tidooooo!!
Ohh lupa nak bagitau, aku tak payah pindah ke dorm since orang yang sepatutnya check out tu dia extend stay. Yeayyyy!! Seronok betul dapat private room without additional pay!
Expenses:
Angkor Day Pass - 20USD
Postcards - 1USD
Fridge magnet (3 pcs) - 1USD
Seluar gobos - 2.5USD
Souvenirs at night market - 12USD
Lunch - 7USD
Dinner - 6.75USD
P/S: Aku nasihatkan if nak beli fridge magnet, beli dekat budak-budak yang jual dekat Angkor Wat. Serius kau boleh beli 3 pieces for 1USD senang-senang je compared kalau beli dekat night market. Seluar gobos(harem pants) pun dekat Angkor harga 2.5USD je! Dekat night market, yang paling murah boleh dapat 3USD itu pun if beli banyak.
Salam,
ReplyDeleteBoleh x emailkan sy itinerary perjalanan awak.ni email sy haohaizi_94@yahoo.com.my...tq
salam kenal..
ReplyDeletenak pergi siem reap esok ni..thanks for the info..