LIMA 2015

Haaa dah petang pun tak habis merungut/komplen lagi pasal GST ke??? Makcik kedai nasi campur bawah office ade charge GST tak? Tenang semua, kau bising lebih-lebih pun govenment dah implement. Dekat resit ade tulis "6% GST charge" semua mula nak kecoh, padahal kalau kau beli McDonald's sebelum2 ni ade je "6% service charge" kot. -_-

Ok lah, itu je short update untuk current issue. Mari lah kembali ke tajuk asal entry hari ni iaitu Langkawi International Maritime & Aerospace 2015.

Sebenarnya takde dalam travel plan pun nak pergi LIMA 2015 ni, tapi tiba-tiba je member aku ajak pergi tengok. Maklumlah kawan dengan Kapten, terkena lah jugak tempias dengan LIMA ni secara tak langsung. Tapi sadis jugaklah cerita trip ni sebab dengan salah date nya, takde tempat tidur pulak tu. *senyum sinis dekat Kapten Rabiatul Adawiyah*




frust tak dapat tengok show Krisakti tapi ada yang lagi best menanti...






he is the pilot for RMAF's latest plane, A400M. Awesome!!





she is the aeronautic engineer for the jet

Memang seharian aku dekat LIMA'15 ni, berpanas serta berlapar sebab sebelum tu tak breakfast pun. Pastu nak lunch punya lah ramai orang, sudahnya beli sandwich Gloria Jean's Coffee sebab boleh tahan kebulur.

Untungnya pergi dengan Kapten ni, dia menggunakan kuasa dia mengerah budak kadet yang jugak merupakan adik member aku sorang lagi untuk duduk dekat VIP room sebab nak dapatkan view cantik serta beraircond! Hahaha!! 
Tapi serius lah aku kagum gila dengan pilot2 nihhhhhh! Massive respect!

dapat jumpa family Dato' Capt Halim Othman je, sebab masa ni Dato pergi main golf. 
Beli official merchandise KRISAKTI lepastu mintak tolong anak dia untuk dapatkan autograf, sambil tu berharaplah kekonon dapat jumpa Dato in person.

Dannnnnn... ia termakbul!!

Esoknya kitorang nak ambil semula baju yang kitorang bagi untuk autograf tu, so pergilah ke One Hotel Helang Langkawi. Timing masa tu memang cantik je sebab kitorang baru lepas tinggalkan backpack dekat locker airport, lepastu anak Dato' whatsapp bagitau yang boleh datang ambik baju.
Sampai je hotel, Dato' pun keluar dari lobi hotel! Homaiiiii kitorang masa tu nervous+excited gila!*insert lagu Terbang Tunduk*
He is very friendly and family dia pun jenis sempoi lepak2 je.

Haaa inilah yang mengubati kekecewaan tak dapat tengok performance KRISAKTI


Kiranya my first experience for LIMA 2015 was totally awesome!!


p/s: untuk entry penuh pasal short getaway aku ni, nanti aku update dekat entry lain yang tak tau entah bila. Hahaha!! Yelah banyak sangat dramanya...*kuis Kapten Ada*

p/s/s: DSLR aku macam dah kamben2 sebab tak pernah servis since beli last 3 years kot! Tapi aku rasa macam tak sempat je nak hantar servis sebab my upcoming trip will be in 3 weeks from now! *jeling2 itinerary yang masih tak complete*


p/s/s/s: aku nak insert video masa dekat LIMA 2015 tapi tak berjaya! Hampehhhhh...



Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China