Backpacking to Kerala, India (Intro - Flights & Routes)

Haiii korang...aku kembali lagi dengan solo travelogue. Kali ini negara yang menjadi pilihan ialah India. Kenapa India? Aku dapat banyak soalan tu bila orang-orang terdekat tau destinasi aku kali ini. Kenapa bukan India? Aku soal mereka semula dan selepas itu keluarlah semua perkara-perkara negatif pasal India. Aku cuba chill dan letak jauh-jauh all the negative 'advises' since aku memang dah lama aim nak pergi India (even I only managed to cover part of it).

Sebenarnya sebab utama trip kali ini ialah kerana tiket berharga RM107 (return) dari Cebu Pacific (Dubai-Manila) yang aku beli awal tahun. Masa tu ada promo gila-gila. Since aku macam takde motif semata-mata nak ke Dubai, aku study route yang boleh sampai ke Dubai dengan murah. Yelah kalau direct flight dari KL-Dubai beribu hoiii.. Ahaaa ada flight dari Kochi-Dubai by Oman Air dengan harga RM484 (one way). Nice! Sebelum tu aku ada jugak usha harga tiket Emirates, lagi mahal! Aku memang sengaja ambik flight yang long transit dekat Muscat, Oman sebab konon nak jalan-jalan lah kalau sempat.

Aku beli tiket flight satu-satu, ikut berapa duit yang aku ada masa tu. Hahaha! Budget backpacker memang akan sedaya upaya cari route yang paling jimat. Kebetulan masa tu ada pulak promo Airasia, aku dapat tiket Manila-Boracay cuma RM18 (return) je!! Ohoiiii mana nak dapat tiket murah macam tu! Terus je aku grab tiket tu tanpa berfikir panjang.

Then aku pun beli tiket KL-Kochi dengan harga RM139 (one way), masa ni pun ada promo jugak lah tapi tak power mana promo nya. Last sekali baru lah aku beli tiket Manila-KL yang berharga RM148 (one way) since aku compare dengan direct flight from Kalibo-KL lagi mahal, so ini lah option nya.

Basically routes yang aku buat : 

1. KL - KOCHI (AirAsia)
2. KOCHI - MUSCAT - DUBAI (Oman Air)
3. DUBAI - MANILA (Cebu Pacific)
4. MANILA - BORACAY - MANILA (AirAsia)
5. MANILA - KL (AirAsia)

Korang mesti pening tengok routes aku ni kan? Hahaha! Mungkin aku sorang je kot yang buat routes macam ni. Itinerary aku pun caca merba sebab date untuk semua flight yang aku pilih tu dah terpesong dari plan awal. Maklumlah bila grab tiket promo, flying date memang tak cantik. So, kita redho dan redah je lah! Apedehalll...

3 airlines
4 countries
5 provinces
6 flights
10 pit stops
18 days


KL - KOCHI (30/09/2015)

KOCHI - MUSCAT - DUBAI (11/10/2015)

DUBAI - MANILA (12/10/2015)

MANILA - BORACAY (13/10/2015)
BORACAY - MANILA (16/10/2015)

MANILA - KL (17/10/2015)



Comments

  1. Murahnya tiket...klu sy beli mesti xdpt semurah camtu! Campur pi mai pi mai tetap mahal jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. luck saya kot dapat tiket murah..huhuhu! Tapi flying date/time mengarut sikit lahhh..hahhaha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China