Backpacking to Kerala, India (Part 1)

Kochi - Day 1 (30/09/2015)

First time tidur kat KLIA2, kena halau dengan pak guard. Cis betul! Maka mencari tempat lain nak tidur, Level 3 depan Maybank & CIMB boleh lah layan tidur sebab ada carpet dan ramai jugak lah tidur dekat situ. Aku tido2 ayam je since sejuk gilosss oii.. pengajarannya sila lah beli sleeping bag.*nangis tepi toilet*

Pukul 4.30 aku dah pergi international departure dan immigration yang check boarding pass tu pandang aku pelik bila tengok destination Kochi. Mesti dia macam 'Pebenda lah perempuan sorang ni nak g India pepagi buta.' Ahh pedulik kan!

Depart on time, 6 pagi dan flight boleh tahan penuh. Ada 1 family Melayu tapi cam biasa, sinis betul diorang tengok aku. Alaaa... pergi India je kot, tak payah nak feeling-feeling macam pergi Istanbul sangat lah. Ok abaikan mereka, tapi seat aku belakang diorang. Since macam dah ada negative vibes di situ, aku cari seat lain. Yeayyy ade window seat yg kosong! Terus sumbat backpack ke compartment atas tu. Tak sempat captain nak announce unfasten seat belt, aku dah selamat membuta. Kahkahkah ngantok teruk woi!

Plan nak beli nasi lemak pun sekadar dalam mimpi. Since steward yang jual merchandise tu comel, aku pun beli Travelling Beruang! Ok tipu, aku memang nak beli since AA launch kempen ni. Tapi sebab masa tu aku takde fly g memana, so tak beli-beli lah. Nak beli online malas. Lepas tu aku sambung tidur lagi sampai lah flight nak landing baru aku kembali ke alam nyata.


Mr Muddy

Smooth landing!


WELCOME TO KOCHI! God's Own Country

Airport Kochi not that bad, ada lah jugak bridge untuk masuk ke airport. Takde lah kena turun tangga flight mcm kat Siem Reap/Jogja/Langkawi. Masuk je airport ada airport staff yang akan bagi arrival card & custom declaration form macam biasa lah kena isi lepastu bagi kat immigration counter sekali masa nak cop passport.

"Please take off your..." immigration officer sambil tangan dia buat gaya untuk bukak yang atas kepala aku.
"But...i'm wearing head scarfs," aku jawab macam confuse sebab apahal nak kena bukak tudung pulak.
"Ohh..i'm sorry!" Cepat-cepat officer tu sengih sambil cop passport aku. Dan aku rasa officer kat Kochi ni antara yang mesra dan good manners macam immigration officer kat Perth. SEA immigation officer memang tak dapat disangkal lagi antara yang rude!

Scan beg pun okay je, takde pape yang sangkut. Ohh by the way, backpack aku 12kg! Entah apa yang aku angkut ntah.

*ehh panjang betul mukadimah*

Keluar airport macam biasa buat muka paling confident yang aku dah terror dengan selok belok kat sini sebab tak nak driver auto rickshaw approach dengan aggressive. Surprisingly, takde pun! Maybe only chartered taxi allowed to be in the airport.

Aku approach local, tanya kat mana tempat nak naik public bus sebab daripada research yang aku buat mengatakan ada public bus yang boleh naik untuk sampai ke town. FYI, mostly orang-orang Kochi fluent in English! So, no worries guys.

Nice! Bus kebetulan dah sampai dan aku terus jump in! KURTC bus warna orange ok! Tambang bus untuk ke Fort Kochi hanya INR80. Bus baru dan ada aircond, tiket bus pulak konduktor bus akan print out style resit credit card camtu.


keluar je dari airport, cari bus ni okay

Jadual perjalanan bus KURTC dari airport


Dekat 2 jam jugak dari airport ke Fort Kochi. Aku siap tertido lagik! Ntah apa yang ngantok sangat ntah, acah-acah jetlag konon padahal beza 2 jam je dgn timing Malaysia.

Sampai Fort Kochi aku tanya konduktor bus mana Immanuel Homestay aku. Tapi dia tak tau dan tetiba ada hero Hindustan bagi direction. Dia suruh ambik auto rickshaw dan siap bagitau harga around INR20-25. Aku pergi lah usha auto rickshaw yang banyak depan bus station, diorang letak harga INR40. Cisss! Nak scam lettewww padahal bukan mahal mana pun, tak sampai RM3 kot. Hahaha tapi aku kan kedek, terus blah dari situ konon nak jalan kaki je padahal tak tau direction pun. Dannnn..hero Hindustan tadi yang bernama Faisal datang dan ajak aku naik motor untuk hantar aku pergi ke homestay. Ecewahhh! Dia siap bagi business card, ohh dia ada homestay jugak. Sorry ahh bro, iollss dah book homestay awal-awal.

Owner Immanuel Homestay ni baik, tanya aku dari Malaysia ke terus dia bagi kunci bilik. Aku nak bayar pun dia kata masa check out je nanti. Sempat aku mintak password wifi, yelah untuk mengkhabarkan kepada orang kampung bahawa aku sudah selamat sampai di India. Gittewww! Lagipun aku macam tak berniat pun nak beli sim card dekat India ni. 

*sambung tido lagi*

Hahaha aku pun tak tau lah apahal mengantok teruk gila! Ahh tak boleh jadik ni kalau layan mata memang tak kemana. Freshen up dan terus siap-siap nak keluar. Mari kita jenjalan Kochi dengan penuh yakin dan bergaya. Owner homestay bila nampak aku nak keluar cepat-cepat dia bagi list of interesting places around Kochi. Dia cakap dekat-dekat je tempat nya, sehari je boleh khatam bandar Kochi ni.

Sebelum keluar tu aku sempat lah download HERE maps offline, yelah kot aku sesat entah ke mana boleh lah jugak mencari jalan pulang.
Dan cabaran bermula bila setiap auto rickshaw akan datang dan offer untuk bawak pusing ke tourist spot. Diorang offer tak mahal pun INR50 je. Tapi aku memang nak jalan kaki je sebab nak ambik gambar. Seriously rimas tapi tolak elok-elok lah, jangan kau tetiba nak tengking-tengking pulak! Itu sangat rude okay, lagipun locals dekat sini suka senyum dan mesra. Soalan wajib diorang bila nampak orang luar/foreigner ialah "What is your name? Where are you coming from?" Then diorang akan automatik bagitau nama diorang. 


beratur auto rickshaw menunggu penumpang/tourist

Ada satu auto rickshaw ni dok lah gigih follow aku, ajak naik auto FREE! Cuma kena pergi ke tempat government preserved. Macam kedai-kedai souvenirs yang made by locals. Bila driver auto bawak tourist kat situ, driver akan dapat point yang nanti boleh redeem untuk dapatkan beras dan barang dapur dari government. Aku dengar pun kesian jugak, ok lah kita win-win situation. Aku naik auto free dan berlakon konon-konon tengok souvenir kat setiap kedai lepastu driver auto bawak aku pergi tourist spot kat area Kochi. Settle!


Chinese Fishing Nets
They are fixed land installations, which are used for a very unique and unusual method of fishing. Operated from the shore, these nets are set up on bamboo and teak poles and held horizontally by huge mechanisms, which lower them into the sea. They look somewhat like hammocks and are counter-weighed by large stones tied to ropes. 

Dhobi Khana Fort Kochi - the traditional hand-washed and sun-dried laundry


 Princess Street
One of the earliest streets to be constructed in Fort Kochi. Princess Street with its European style residences still retains its old world charm.



Tapi dalam pada aku berlakon tu tak memasal aku pergi beli necklace batu amethyst dengan harga USD25. Takpe lah anggap je lah reward untuk diri sendiri. Gittewww! Harga yang dia quote tu murah sebab sebelum tu aku bagitau aku baru habis belajar, so dia kata "I give you the best price since you are a student that travel and don't have a lot of money." Kahkahkah! Bagus gak ni act as a student.

Dah seharian aku berjalan, marilah balik ke homestay lagipun dah start hujan masa tu. Malam aku malas nak keluar sebab ada sikit scary gitu.Sudahnya aku tak makan apa pun seharian, nasib baik before naik flight aku sempat beli roti. Maka roti je lah menjadi santapan aku.

Day 1 in India survived!

*lights off*


TIPS: 
1. Pastikan beli mineral water instead of drinking water! 
2. Simpan duit dekat banyak tempat. Aku simpan duit dalam stokin/selit tepi panadol/selit dalam plastik panty liner.



EXPENSES:

Roti - RM3.00
Travelling Beruang - RM65.00
Air mineral on board - RM3.00

Air mineral - INR20
Necklace - INR1600
Tiket bus (Airport - Fort Kochi) - INR80




Comments

  1. Replies
    1. boleh tahan bersih lah, tapi still ada jugak yang kencing kat tembok! hahaha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China