Posts

Showing posts from November, 2015

Backpacking to Kerala, India (Part 3)

Image
Haiii...masih ingat dengan cerita South India aku? Hahaha..berbulan jugak tertunggak, untuk memberi laluan kepada entry trip Jogjakarta. Maka, ayuh lah kita ke India!*pasang lagu Janam Janam sambil menari depan bilik bos* Untuk yang nak refresh entry sebelum ni, boleh lah ke Part 2 Kochi - Day 3 (02/10/2015) Aku bangun kemain awal lagi sebab takut kena tinggal bas, mandi dan siap-siap. Aku cari wife owner sebab nak bayar sewa bilik. Lepastu terus keluar pergi jalan besar tahan auto rickshaw. Tak kuasa nak memikul backpack 12kg jalan pepagi camni. Babuji!!*tahan dengan penuh bergaya* Bus station how much? 25 rupees mam. Chalo bete!*campak backpack ke dalam auto rickshaw* Dah sampai bus station dan nampak KURTC bus yang berwarna oren sudah siap sedia. Aku bagi driver rickshaw tu INR30. Alahaii extra 30sen je jangan berkira sangat pepagi camni.  Terus naik bus dan bus dari Fort Kochi ke Alleppey akan bertolak pukul 8.15 pagi . Phewww...nasib baik aku awal, ...

Backpacking to Kerala, India (Part 2)

Image
Berkurun nya lah aku nak habiskan entry pasal Kerala ni...hihihi sorry guys! Mood nak menaip memang kelaut habis. Part 1 Kochi - Day 2 (01/10/2015) Aku keluar agak lambat since semalam lagi aku dah settle pusing area Fort Kochi. Dalam pukul 9 lebih baru aku keluar selepas puas bermalas-malasan, sempat singgah breakfast kat satu budget hostel ni Happy Camper . Tempat ni siap ada review dari Trip Advisor lagi tapi tak perasan pulak ada dalam booking.com. English breakfast je yang available dekat sini, so bedal je lah daripada kebulur.  Sebenarnya plan pagi ni aku nak pergi usha houseboat tour kat Alleppey, so terperasan lah ada satu tourist information center betul-betul depan bus station. Cisss sekali travel agency rupanya! Giler mahal dia quote harga, memang tak lahhh. Lepas tu aku tanya ada ke tak direct bus dari Kochi ke Alleppey, dia cakap takde. Huh! Aku macam rasa dia cuba nak scam sebab aku dah google kot, memang ada direct bus pergi Alleppey! TIPS: Haa...

Backpacking to Jogjakarta, Indonesia (Part 2)

Image
Assalamualaikummmmm... Lama dah rasanya entry Jogja ni terbengkalai kan..maklumlah balik dari Jogja sibuk beraya lepas tu aku sibuk dengan preparation nak ke India. Terus terlupa pasal nak share Kota Tua Yogyakarta yang bagi aku experience dekat sini tak kurang best nya! Part 1 DAY 2 - Friday (12/06/2015) Memandangkan waktu Subuh awal dekat sini, maka aku pun bangun agak awal lah jugak. Guesthouse ni provide breakfast tapi start pukul 8 pagi, so sementara tunggu nak breakfast tu aku pun pergilah morning walk dulu. Saja nak tengok Jalan Malioboro pepagi macam mana, busy jugak ke macam waktu malam. Sambil tu aku sebenarnya nak cari tempat untuk sewa motor, semalam aku tanya ada dekat satu kedai ni tapi motor dah habis lah pulak. Hmmm..kenapa aku nak sewa motor?? Jogjakarta memang terkenal dengan seni, dekat Jalan Malioboro ada banyak sculpture unik yang dibuat daripada barang-barang recycle. Ini daripada botol plastik. Creative! Jalan Malioboro agak tenang p...

Review: Pawon Cokelat Guesthouse

Image
Ini adalah review free sebagai guide untuk korang if nak cari guesthouse yang affordable dan selesa semasa travel ke Jogjakarta. Aku memang sangat recommend PAWON COKELAT GUESTHOUSE !! Kalau nggak rekomen masakan aku gigih buat satu entry khas kayak gini lohh.*tetiba masuk slang Indo* I just love the ambiance even though the room is not that spacious, but for me its just fine. Mbak Gathi the owner sangatlah baik serta welcoming. Lokasi jugak adalah sangat strategik iaitu dekat dengan tempat shopping Jalan Malioboro dan jugak bus stop Halte Malioboro 1. Gang = lorong Inilah lorong nak masuk ke Pawon Cokelat Guesthouse Petang-petang dekat tepi lorong ni ada mbak jual sate ikan yang dia bakar dekat situ jugak. Entrance Boleh duduk2 minum kopi The dining area cum lepak area siap ada peta Jogjakarta lagi. Kalau takde exact plan, boleh refer dekat sini je mana nak pergi the ID is perfect! ohhh itu bukan model ta...