Backpacking to Kerala, India (Part 2)
Berkurun nya lah aku nak habiskan entry pasal Kerala ni...hihihi sorry guys! Mood nak menaip memang kelaut habis.
Part 1
Kochi - Day 2 (01/10/2015)
Part 1
Kochi - Day 2 (01/10/2015)
Aku keluar agak lambat since semalam lagi aku dah settle pusing area Fort Kochi. Dalam pukul 9 lebih baru aku keluar selepas puas bermalas-malasan, sempat singgah breakfast kat satu budget hostel ni Happy Camper. Tempat ni siap ada review dari Trip Advisor lagi tapi tak perasan pulak ada dalam booking.com. English breakfast je yang available dekat sini, so bedal je lah daripada kebulur.
Sebenarnya plan pagi ni aku nak pergi usha houseboat tour kat Alleppey, so terperasan lah ada satu tourist information center betul-betul depan bus station. Cisss sekali travel agency rupanya! Giler mahal dia quote harga, memang tak lahhh. Lepas tu aku tanya ada ke tak direct bus dari Kochi ke Alleppey, dia cakap takde. Huh! Aku macam rasa dia cuba nak scam sebab aku dah google kot, memang ada direct bus pergi Alleppey!
TIPS: Haa itu lah gunanya kau study route dulu sebelum travel, part nak redah memang takde hal tapi at least get some knowledge! Takde lah buta-buta je kau kena tipu. Locals ni ada yang baik dan betul-betul nak tolong, tapi ada jugak yang nak ambik kesempatan bila dia tau kita orang luar.
Aku terus blah dari travel agency dan sambil jalan tu aku dok fikir the best option untuk dapatkan houseboat tour. Sebab bila travel solo ni, salah satu masalahnya ialah kau tak boleh nak share the cost with others. Aku adalah sikit frust masa tu, mana tak nya...the main reason aku pergi Kochi sebab nak naik houseboat cruising the backwaters!
Takpe-takpe kita try option lain. Sambil-sambil aku jalan ambik gambar tu, ternampak lah sorang aunty duduk dekat tour desk satu guesthouse ni dengan Macbook dia. Aku pun try lah tanya dia pasal package houseboat kot dia ada. Borak punya borak, dia kata kalau sorang memang susah lah. Aku pun sempat tanya jugak pasal direct bus pergi Alleppey, dia kata ada! Siap bagitau timing lagi. Haaa aku dah agak dah travel agent tu nak kencing aku. Cisss betul!
So aku macam ada lah sikit sinar harapan bila aunty tu confirm kan memang ada KURTC direct bus pergi Alleppey. Jom lah minum kopi dulu, tenangkan jiwa sambil fikir cara nak naik houseboat esok! Well, aku kan memang kalau travel perlu ada coffee session. Kebetulan jumpa satu art cafe, KASHI Art Cafe. Nice!
Ramai mat saleh lepak kat cafe ni, agaknya ini tempat meet up yang ala-ala urban sikit dekat Kochi ni kot. Aku order iced coffee je INR100, boleh tahan mahal tu. Lama jugaklah aku melepak merancang masa depan. Gittewww!
Waiter kat situ dah pandang-pandang je sebab aku lepak bukan main lama tapi tak order makanan. Yelah, nak balik lah ni...lagipun aku rasa dah berlengas gila, nak mandi!
Sempat tidur sekejap lepas tu macam, ehh takkan nak melepak je. Apalagi siap-siap dan terus keluar. Ehhh..jangan nak jadik shaitonn sangat bila travel! Solat dulu okay!
Tak jauh dari homestay aku nampak banner Kathakali dance! Semalam tak sempat nak pergi sebab macam dah penat. So, alang-alang harini takde buat apa sangat jom lah kita!
Tempat dia agak tersorok sikit, tapi ada uncle yang tunggu depan lorong dok promote dance ni. Dia macam kat kuil Hindu sket, bau benda-benda yang dibakar tu pun dah semacam. Harga tiket INR300. Layan je lah wehhh.. dance ni start dalam pukul 5.30 camtu.
Sebelum tu diorang mekap dulu, semua guna natural colour
Kathakali is a stylized classical Indian dance-drama noted for the attractive make-up of characters, elaborate costumes, detailed gestures and well-defined body movements presented in tune with the anchor playback music and complementary percussion. It originated in the country's present day state of Kerala during the 17th century and has developed over the years with improved looks, refined gestures and added themes besides more ornate singing and precise drumming.
Actually Kathakali dance ni ala-ala pentomen gitu, sebab diorang tak bercakap dan takde lah sakan menari macam muzikal. So, biasa-biasa je lah bagi aku.
pic credit to Google
Nasib baik tempat aku tgk show tu tak jauh sangat dengan homestay, sebab dah malam kan. Aku cuak jugak ahh nak jalan sensorang. Kemain laju aku jalan okay!
Sampai homestay, owner bagitau yang dia nak bagi discount INR100 dengan syarat aku bagi good review dekat Booking.com. Hoyeahhh! walaupun lebih kurang RM7 je tapi bila tengah budget travel ni, setiap sen sangat bernilai ok. Gittewww!
Aku masuk bilik terus start packing, maklumlah aku memang jenis habis berterabur barang bila selongkar backpack. Pastu jenuhlah nak kena kemas balik.
Dah siap kemas, ayuh lah kita membuta. Esok tak tau lagi apa akan jadi, so I need a good rest and sleep.
Subha ratri!
EXPENSES:
Breakfast - INR125
Coffee - INR100
Air mineral - INR20
Kathakali Dance - INR300
Ye betul..redah no hal but knowledge kena ada jgk..
ReplyDelete