Backpacking to Jogjakarta, Indonesia (Part 2)

Assalamualaikummmmm...

Lama dah rasanya entry Jogja ni terbengkalai kan..maklumlah balik dari Jogja sibuk beraya lepas tu aku sibuk dengan preparation nak ke India. Terus terlupa pasal nak share Kota Tua Yogyakarta yang bagi aku experience dekat sini tak kurang best nya!

Part 1


DAY 2 - Friday (12/06/2015)

Memandangkan waktu Subuh awal dekat sini, maka aku pun bangun agak awal lah jugak. Guesthouse ni provide breakfast tapi start pukul 8 pagi, so sementara tunggu nak breakfast tu aku pun pergilah morning walk dulu. Saja nak tengok Jalan Malioboro pepagi macam mana, busy jugak ke macam waktu malam. Sambil tu aku sebenarnya nak cari tempat untuk sewa motor, semalam aku tanya ada dekat satu kedai ni tapi motor dah habis lah pulak.

Hmmm..kenapa aku nak sewa motor??

Jogjakarta memang terkenal dengan seni, dekat Jalan Malioboro ada banyak sculpture unik yang dibuat daripada barang-barang recycle.

Ini daripada botol plastik. Creative!

Jalan Malioboro agak tenang pagi-pagi, kedai pun banyak yang belum bukak lagi. Sebelum balik guesthouse, aku sempat singgah kat satu kedai untuk sewa motor. Malam semalam aku dah usha baekkk punya kedai ni, so pagi ni aku terus terjah bapak yang baru je bukak kedai. Agaknya gosok gigi pun belum! Hiks. Tanya harga if nak sewa motor dan ada motor available lagi ke tak, tapi time tu tak bayar pape pun lagi. Balik guesthouse, mandi breakfast lepas tu terus siap-siap nak keluar.

breakfast megi goreng, provide by the guesthouse


Pergi semula kedai sewa moto tu dan bapak yang kat situ dengan cool siap bagitau, kalau ke Borobudur berlakon jadi orang tempatan untuk dapatkan harga tiket yang murah. Gila kau kalau tiket untuk tourist 20USD okayyy!

Boleh tahan jauh gak ahh dari bandar Jogja ni nak ke Borobudur, dengan 'macet' nya lagi. Seriously aku tak suggest korang naik motor kat Jogjakarta unless korang dah biasa bawak motor dekat KL! The traffic are crazy! Tapi takde lah seteruk kat Jakarta. Aku rasa kalau kat Jakarta, aku memang surrender awal-awal lah nak bawak motor. Style bawak motor kat sini bukan jenis laid back ala-ala kat Krabi/Phuket/Bali okayyy! Memang hardcore ahh!

Memandangkan aku tak beli data plan lagi, so aku guna apps HERE Maps untuk direction ke Borobudur. Boleh tahan membantu tapi kakak aku yang merangkap co pilot tu hampeh! Baca maps pun tak reti. -_-" Sakit hati jugaklah masa ni, tapi dimaafkan sebab dia dikira warga emas. Hahaha!

Aku rasa apps ni lagi best dari WAZE sebab takde internet connection pun still boleh guna

On the way ke Borobudur tu sempat menyinggah beli sim card sebagai persedian masa hadapan. Gittewww! *padahal nak buat insta live update sebenarnya...hahaha

Ok, dah nampak pintu gerbang Jawa Tengah...masa tu masing-maing memang excited, maklumlah dah sejam lebih naik motor sakit pinggang gak ahh! 

Tiba-tiba...

Kena tahan dengan polis, diorang buat roadblock. Aku macam blur-blur dan standard lah kan matikan enjin pastu turun dari motor.
Polis: Mbak, boleh saya liat surat izin memandu?
Aku: Ohhh bisa..*terus hulur resit sewa motor*
Polis: Bukan ini mbak, surat izin memandu nya mana?
Aku: *Hulur roadtax*
Polis: Mbak..pas kebenaran membawa motor nya.
Aku: *masih blur*
Kakak aku: Lesen kau lah!
Aku: Ohhh..kejap. *terus bagi lesen*
Polis: Ohhh..dari Malaysia, tapi surat izin nya...*tunjuk lesen aku dekat polis lagi sorang* Apa ini                 surat izin internasional?
Polis 2: Iyaa..*dia tengok sekali lau je*
Polis: Ini saya kembaliin.. Mau ke Borobudur?
Aku: Iya..
Polis: Langsung terus ke Candi Mendut jangan lupa.
Aku: Baik pak.

Ok, sebenarnya aku tak tau kalau nak bawak motor dekat Indonesia kena pergi JPJ mintak surat kebenaran memandu antarabangsa ke tak. So, aku suggest korang try tanya kat JPJ ok. Mungkin nasib aku baik masa ni, so tak kena saman. Aku admit memang tak buat research pasal ni sebab dari blog-blog yang aku refer, diorang takde mention pun. Lepas tu aku baru terfikir dekat Indonesia ni boleh ke suka-suka je bawak motor macam dekat Krabi/Phuket?
Mood aku macam dah swing sikit masa tu sebab risau kena tahan dengan polis, padahal takde apa-apa pun.

Dari pintu gerbang nak ke area Candi Borobudur tu agak jauh jugaklah dalam 15 minit macam tu. Jalan nak masuk dalam tu macam kat kampung, ada sawah padi kiri kanan. Memang tak akan nampak langsung candi tu dari tepi jalan.

Sebelum masuk kawasan Candi Borobudur tu, motor boleh parking dekat luar. 

Sekarang misi nak membeli tiket masuk, dengan berpura-pura menjadi local. Kakak aku memang paling sesuai since muka dia ala-ala cina dari Jakarta plus dia boleh cakap Jawa! 

Yeayyyy! Berjaya dapat tiket dengan harga lokal which is only IDR30,000

Dah dapat beli tiket terus cepat-cepat masuk sambil buat muka selamba. Hahaha!

Mari teruskan perjalanan menuju ke Borobudur!


bagi can ahhh..hihihi

Sebelum masuk Candi Borobudur, sila pastikan datang dari arah mana ok.



Mari mulakan pendakian!
Menuju puncak gemilang cahaya....

Yeahhhh itu dia...Candi Borobudur!

Borobudur temple is the most magnificent Buddhist monument and the largest stupa complex in the world that is recognized by UNESCO. Standing long before Angkor Wat in Cambodia and the great cathedrals in Europe, Borobudur Temple has stood gallantly in the land of Java. The building called by UNESCO as the most magnificent and the largest monument and stupa complex in the world is visited by pilgrims in the mid-ninth century until the beginning of the 11th century. Buddhist people who want to get enlightened were flocking from India, Cambodia, Tibet, and China. Not only magnificent and large, Borobudur Temple wall panels are filled with 2672 sculptured reliefs which if arranged in row, it will reach a length of 6 km! It is praised as the largest and the most complete Buddha reliefs ensemble in the world, unmatched in artistic value.

Nak baca lebih lanjut boleh refer website YOGYES yang sangat informatif, Aku pun banyak refer kat website ni.

The famous bell stupa



Dah panas, jom keluar! Lagipun Candi Borobudur ni tak sebesar kompleks Angkor Wat yang memang jenuh nak kena jelajah satu per satu.


On the way nak keluar tu ramai lah yang dok jual souvenir, tapi kitorang tak beli pun. Sempat melepak minum air kelapa kejap since dah tengah hari ala-ala lapar tapi macam tak menarik nak makan dekat sini. Lagipun kalau dengan kakak aku ni kena makan dekat tempat yang proper!

Ok, ayuh lah kita mencari rumah makan! Sebab tadi on the way nak ke Borobudur macam ada terperasan banyak rumah makan.

Ini lah dia Rumah Makan Bale Kambang yang menjadi pilihan kitorang dan aku memang suggest makan dekat sini. Makan dekat pondok atas kolam tapi takde bau busuk/hanyir pun. Harga pun tak mahal sangat dan yang paling penting makanan sedappp!! Sambal ijo kat sini serius power gila!



Sambal ijo, ayam bakar, telur bungkus, kulat masak sos tiram & jus alpukat. Terbaikkkk!

Dah kenyang marilah kita teruskan perjalanan ke Gunung Merapi yang agak jauh, menghala balik ke bandar Jogja.

Sampai dekat kaki Gunung Merapi tu lebih kurang pukul 4 dan mas penjaga kaunter bagitau yang dah tak boleh masuk. Sebab kalau nak hiking ke Gunung Merapi tu at least 2 jam, by the time sampai atas dah gelap. Ohhh sedihnyaaa...

Tapi mas penjaga kaunter bagi option lain. Boleh kalau nak jugak ke Gunung Merapi tapi kena naik jeep!
Hmmm..alang-alang dah sampai menempuh onak ranjau berduri, layan je lah! Maka kitorang pun follow mas tu ke rumah dia since dia nak ambik jeep dulu.

Tadaaa..ini lah jeep yang kitorang naik!

haruslah driver jeep yang jadik photographer! Hehehe..

rumah yang musnah akibat letusan gunung berapi telah dijadikan muzium


 Letusan yang paling latest ialah pada tahun 2010



lembu pun tinggal tulang je

Dekat sini ada orang jual souvenir, dan ironi nya yang jual tu tuan rumah musnah ni. Sedih kot!

Mari sambung lagi perjalanan ke Gunung Merapi yang boleh tahan jauh lagi.

Driver jeep yang merangkap tour guide berhenti singgah kat Batu Alien yang terbentuk akibat daripada letusan gunung berapi.

macam ada muka orang kat batu tu

"haaa kat bawah tu lah aku jumpa harta karun," cubaan nak tipu akak aku.

"iya..kat bawah tu ada harta karun!"

Cuaca dah mula mendung..haihhh jangan lah hujan.

Gunung Merapi

Mount Merapi, Gunung Merapi (literally Fire Mountain in Indonesian/Javanese), is an active stratovolcano located on the border between Central Java and Yogyakarta, Indonesia. It is the most active volcano in Indonesia and has erupted regularly since 1548. It is located approximately 28 kilometres (17 mi) north of the large Yogyakarta city (2.4 millions inhabitants for the metropolitan area), and thousands of people live on the flanks of the volcano, with villages as high as 1,700 metres (5,600 ft) above sea level.

The perks of having personal photographer! Hahaha..serius tour guide/driver weollsss gigih okay!


sampai hari ni aku tak tau 'jadah' tu apa..haritu lupa nak tanya kat driver

Dekat atas ni boleh tahan sejuk..feeling2 jap ahh dengan kabus tapi tak lama sebab dah macam nak hujan kan. Baik lah balik sebelum hujan!

Masa nak balik sangat awesome okayyy sebab driver jeep meredah sungai, tapi aku tak sempat ambik video sebab excited kemain! Hahaha...

Sampai je semula kat rumah tour guide, bayar upah diorang dengan sikit tips lepas tu terus lah ambik scooter nak balik Jogja. Mas tour guide siap hantar ke jalan keluar since aku tak sure nak ikut jalan mana sebab dah gelap kot masa tu. Aihhh makasih banyak mas!

Apalagi terus lah merempit dengan lajunya ke Jogja! Dalam pukul 8 macam tu sampai Malioboro, pulang scooter lepas tu jalan kaki pergi stasiun keretapi untuk beli tiket keretapi ke Surabaya!

Untuk tourist/foreigner kena book tiket dekat satu kaunter khas sebelum proceed untuk bayar & collect tiket dekat kaunter.

*pic credit Google*

Officer yang jual tiket tu ingat kitorang locals sebab bila kitorang masuk je, dia cakap "Mbak, tiket nya beli di kaunter terus."
"Tapi, saya dari Malaysia," Kakak aku tunjuk passport.
"Ohhh..maaf. Sila masuk."
Diorang memang mati-mati ingat kitorang Indonesian lepas tu siap borak panjang lah.

Harga tiket berbeza pergi dan balik since naik different type of train. Masa ni siap buat perangai kira duit depan kaunter since aku ingat tiket nya murah! Aku salah bajet nampaknya..huuu nasib baik ada duit lagikkk!

Fuhhh harini ni memang jauh perjalanan! Banyak gak bergaduh dengan kakak aku sebab masing-masing dah penat. Hahaha!

Malam tu dinner Maggi sambil packing bag sebab esok kitorang kan nak ke Surabaya!


*lights off*



Expenses : 
Motorcycle rental - 75000/2 = IDR35,000
Petrol - IDR18,000
Borobudur entry fee - IDR30,000
Air Kelapa (2 pcs) = IDR12,000
Lunch = IDR70,000
T-shirt @ Merapi = IDR90,000
Train ticket - Jogja --> Surabaya = IDR210,000
                      Surabaya --> Jogja = IDR225,000

Comments

  1. Replies
    1. sebenarnya tak plan pun nak merempit, tapi sebab rasa ambik tour macam tak worth it je. Itu yang dengan selamba merempit. Hahaha!

      Delete
  2. Muka mcm sedih kena mkn maggi hehe

    ReplyDelete
  3. Hai cik mAdA! Nak tanya, mcm mana kakak cakap masa nak veli tiket masuk borobudur? 😅😅

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China