Backpacking to Hong Kong & Macau (Part 3)

Haiii guys!! Errr...masih ingat lagi cerita trip Hong Kong aku? Hahaha..lama betul tergendala, sampai aku pun dah lupa certain parts but i'll try my best to finish it soon. Actually, aku ada 2 negara trip lagi yang masih menunggu que untuk masuk cerita ke dalam blog  tapi itulah...selagi Hong Kong ni tak settle macam kacau sikitlah flownya nanti.

Kalau ada yang dah lupa kat mana aku berhenti sebelum ni, boleh refer Part 2 ok?



26/03/2016 - Day 3

Good morning Hong Kong kota yang serba mahal!

Hari ke-3 kitorang betul-betul bangun awal iaitu pukul 5 pagi dan sejuk-sejuk tu mandi jugak okay! Get dressed dan breakfast apa yang ada terus turun untuk tunggu bus. Lebih kurang pukul 6 naik bus ke Star Ferry dan macam semalam jugak kitorang berjalan kaki melalui Canton Road menuju ke China Ferry Terminal. 


Immigration counter di China Ferry Terminal Hong Kong

Ayuh ke Macau!

Tiket ferry dah beli semalam kan? Apa tunggu lagi, ayuh terus beratur di kaunter immigration. Yelah, kita kan nak keluar dari Hong Kong maka passport kena lah scan. Ramai jugak pepagi ni yang nak ke Macau berjudi maklumlah hari Sabtu, tapi smooth je dekat kaunter dan masa ni dia akan bagi seating number. Kita akan naik Turbo Jet iaitu ferry laju dari Hong Kong ke Macau yang akan mengambil masa 1 jam. Ferry bertolak tepat pukul 7 pagi waktu tempatan dan pukul 8 dah sampai Macau. Walaupun takdelah lama mana tapi aku dengan Kak Jah wajiblah membuta. Hahaha!


serious luas & selesa betul seat dalam Turbo Jet ferry ni!

Dah sampai Macau!

Immigration di Macau pun konsep yang sama macam Hong Kong, passport dia tak stamp just scan je. Keluar dari ferry terminal, kena ke seberang jalan untuk naik free shuttle. Jangan nak buat bijak pi lintas jalan macam ayam lah, sila gunakan pedestrian tunnel ye.


banyak pilihan free shuttle yang korang boleh naik

kemain nama dalam bahasa Portugis!

dalam bus ada wifi! Yeayyyy



Gah betul satu lagi tempat perjudian di Macau : Grand Lisboa

Aku pilih untuk naik shuttle The Venetian maka akan turun dekat West Lobby hotel. Masuk je dalam 
ni dengan disajikan kemewahan dari segi architecture nya. Gittewww...


tempat judi memang lah mewah

actually tak boleh ambil gambar dalam ni, tapiiiii...pepandai lah kan. >_<

Sumpah dekat sejam aku usha diorang berjudi, satu apa pun aku tak paham. Dan memang nampaklah bahawa judi ini buat orang leka & tak puas selagi tak menang! Selagi duit tak habis diorang akan teruskan berjudi. Maka jauhi lah judi kerana ianya HARAM di sisi Islam!! *flip shawl Jalan TAR*
Ok, kalau korang tertanya-tanya apa motif aku pergi ke sini..yelah takkan semata-mata nak tengok orang berjudi kan?? Sebenarnya tujuan utama ke The Venetian ni sebab nak feeling-feeling macam dekat Venice.

Tadaaaaa!!

Kalau banyak duit, boleh lah cuba naik bot ni. Ala2 kat Venice kan?


Jangan tertipu, tempat ni indoor tapi ceiling nya sengaja di cat bermotifkan awan sebab tu kemain biru langitnya!




Ada kebab HALAL dekat sini tapi faham-faham je lah harganya! Aku cuma beli fries je, itu pun harganya boleh buat aku kunyah slow-slow fries tu.

Boleh tahan lama jugak pusing-pusing dalam The Venetian ni, lepas tu barulah bergerak ke Hard Rock Macau yang terletak berhampiran je. Saja nak usha, bukannya nak shopping merchandise pun.
Nak ke Hard Rock, kena cari Main Lobby hotel then keluar dari situ. Hard Rock kat seberang jalan, sekali dengan City of Dreams.

Ajet-ajet..;P

Seterusnya kita akan menuju ke Senado Square dan Ruins of St Paul yang merupakan antara tempat menarik untuk dikunjungi jika ke Macau. Kemain skemanya ayat engkau! Hahaha...
Dari City of Dreams, turun ke lobby nampak ikan duyung then turun escalator ke bawah untuk tunggu shuttle bus ke Sintra Hotel.

ikan duyung seksi yang sakan menari-nari

Sesungguhnya aku nasihatkan, elaklah ke Macau on weekends sebabnya sesak gila wehhhh! Ramai PRC yang bising entah apa-apa dan busuk semestinya. I is cannot! Tapi dah sampai Macau pun kan, apa nak buat..kau redah je and be like them! Hahaha.


Senado Square

Nak ambil gambar dekat Senado Square tu pun sangat serabut maka kitorang just wonder around the area dan terus menuju ke Ruins of St Paul. Hmmm..nak ke sana tu lagi sadis! Jalan sesak gila ditambah lagi dengan bau-bauan yang tak menyenangkan (baca: bau babi panggang) sampai aku rasa dah tak boleh nak bernafas. Sudahnya sekadar ambil gambar dari jauh sebab tak gigih ok nak bersesak lagi untuk betul-betul dapatkan shot depan tu.


nampak tak tu betapa ramainya umat manusia!

Perut pun dah lapar maka wajiblah kita mencari makanan HALAL, nasib baik Kak Jah dah siap print out list kedai makan halal di Macau tapi mencabar jugak nak cari ok. Tanya dekat orang-orang sekeliling pun diorang tak tau kat mana. So, macam mana ni? Takpe...demi perut kita perlu gigih berusaha!
Akhirnya jumpa jugak Chinese Halal Restaurant di lorong kecil celah-celah bangunan. Sebenarnya lokasi resto ni tak jauh dari Senado Square, cuma mungkin boleh terlepas pandang sebab dekat celah lorong kecik. Tapi kalau nak diikutkan dari main road boleh nampak cuma mata tu kena rajin meliar sikit.

heksaited sebab akhirnya boleh makan!



sumpah food dekat sini sedappppp dan portion memang besar!!

Perut pun dah kenyang...maka dari Senado Square kami  berjalan kaki ke The Grand Lisboa, whether you like it or not kena jugak masuk casino untuk ambik tiket free shuttle. Just pergi je dekat kaunter dan bagitau nak tiket free shuttle, nanti dia akan bagi tak tanya banyak pun. Turun ke level paling bawah The Grand Lisboa untuk tunggu free shuttle bus ke Macau Terminal Ferry.

Memandangkan sampai agak awal dekat terminal ferry tu, marilah kita merempat di tepi dinding sebab kerusi semua dah penuh sambil ditemani mocha frappe Gloria Jeans Coffee. Sambil-sambil tu charge handphone dan nasib baik ada wifi, so bolehlah bergosip di media sosial. Gittewww!

Sampai Hong Kong island dah tengah malam, maka MTR service pun dah habis. Sekarang ni macam mana nak balik ke hotel??? Sabar, sabar jangan panik. Bus masih banyak lagi! Naik bus N121 untuk cross ke area Kowloon from Hong Kong island, tapi agak sadis jugaklah sebab kitorang salah turun. Makanya terpaksa berjalan kaki didalam kedinginan malam Hong Kong. Gituuuu...sampai hotel terus tidur tak sedar diri sebab penat gila plus sejuk kot nak mandi. Hahaha!

Good night!!



Expenses:
The Venetian(fries) - HKD28
Lunch - HKD90
Gloria Jeans Coffee - HKD38

Comments

  1. Wah..tak dapek pergi hitaly pergi macau tgk siling dia pun jadilah yek

    ReplyDelete
  2. Siling al fresco tu sangatlah ohsem..mewah betul rasa

    ReplyDelete
  3. kak tumpang bertanya.. kalau setakat lalu je kat Venetian tu perlu bayar ( ada tiket) ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China