ROADTRIP : Miri to Brunei
Assalamualaikum... Apa kes tetiba masuk trip lain pulak ni? Hahaha! Macam biasa lah ikut mood nak share pasal trip mana-mana yang aku suka. Untuk trip kali ni agak berbeza sikit sebab ia adalah roadtrip merentasi negara demi penyatuan 2 hati. Gittewww! *ok muntah* Nak kata unexpected trip pun boleh jugak, semuanya gara-gara Sukan Sea KL 2017 sebab ade seorang makhluk ni gigih pergi tengok setiap polo match yang ade Prince Mateen! Hmmm..yang lain-lain sekadar ikutkan aje demi kawan. #tripmenggembirakanSpice Tiket flight, itinerary & sewa kereta semua diuruskan oleh Spice, kitorang yang lain semua OK kan aje sebab nothing to expect pun untuk trip ke Brunei ni. Brunei? Semua orang akan cakap bosan & takde apa-apa yang menarik pun. Hmmm..we'll see how! Expect the unexpected. Let's go! Hari Jumaat masing-masing kerja pastu sejenis takde fixed plan, nak jumpa dekat mana sebelum pergi airport pun bertukar-tukar. Haihhh lah budak-budak ni... Aku balik kerja...