Backpacking to Iran (ISFAHAN - Part 1)

Yeahhh...kita sambung bersiaran sebelum 2017 menutup tirai, aku kena siapakan semua entry Iran ni. Penat dah peram lama sangat sampai feelnya hilang. 

Part 2 boleh baca lagi, kalau masih tak puas dengan Tehran atau rindu dengan Job. Ehhhh!


Day 3 - Wednesday (16/11/2016)

Good morning, Isfahan! Yeahhhh...new city with a new advanture. 

Akhirnya aku sampai ke Isfahan pukul 5.30 pagi dan pakcik yang aku borak dalam bas malam tadi tolong aku carikan teksi sebab dia nak make sure aku tak kena tipu. Alahaiii...baiknya! Dia lah yang bagitau driver teksi suruh hantar aku kat hostel mana.
Aku sampai hostel awal so tak boleh nak check in lagi tapi sebab aku mengantuk teruk, terpaksa lah request untuk early check in  tapi kena charge $10 okay! Cehhh..Berkira betul tapi bayar je lah sebab aku memang seriously need a bed to sleep.

Around pukul 9 baru terbangun dan terus grab some breakfast tapi hostel ni sunyi je..macam takde orang pun ye jugak, takde pulak aku jumpa other travelers nak ajak borak pepagi. Settle breakfast terus masuk bilik untuk freshen up dan get ready nak explore Isfahan.

sumpah tak guna apps untuk runcingkan dagu

So, kemana destinasi kita??

Plan harini nak ke Naqsh-e Jahan Square which is a MUST visit place in Isfahan. So, harini nak try naik bus since dekat Isfahan takde metro. Keluar dari hostel agak jauh nak ke main road tapi takpe sambil-sambil tu aku hafal jalan nak keluar. Yelah, kan pagi tadi sampai masih gelap tak nampak jalan lah. Aku tanya lah dekat sorang Iranian lady ni dekat mana nak tunggu bus, alahaiii dia siap temankan aku pergi bus stop yang boleh tahan jauh jugak padahal masa tu dia tengah shopping kot. Lepas tu dia tunggu sekali sampai bus tiba dan confirmkan dengan driver yang bus tu betul tak menghala ke tempat yang aku nak pergi. Iranian people is really helpful! Haihhh rindu pulakkk..

Driver bus pun memang aware dengan aku, dia siap bagitau dah sampai so aku kena turun dekat situ. Tapi bila aku turun kat tepi jalan dan tak nampak bayang pun the famous square tu. Ahhh takpe kita redah je lah! Nasib baik dah siap-siap download HERE maps for Iran, so membantu jugaklah. Rupanya bus tadi drop aku kat jalan belakang menuju ke square tu, so kena lalu celah-celah kedai nak sampai dan agak jauh jugak sebenarnya nak sampai. 

Akhirnyaaaa...

Naqsh-e Jahan Square is a square situated at the center of Isfahan city, Iran. Constructed between 1598 and 1629, it is now an important historical site, and one of UNESCO's World Heritage Sites. It is 160 metres (520 ft) wide by 560 metres (1,840 ft) long (an area of 89,600 square metres (964,000 sq ft)). It is also referred to as Shah Square or Imam Square.The square is surrounded by buildings from the Safavid era. The Shah Mosque is situated on the south side of this square. On the west side is the Ali Qapu Palace. Sheikh Lotf Allah Mosque is situated on the eastern side of this square and at the northern side Keisaria gate opens into the Isfahan Grand Bazaar. 

This place is huge!

The bazaar

Entrance of The Shah Mosque




Mesmerize by the beauty of this place


The Lotfollah Mosque

Jalan-jalan dekat bazaar, banyak gila barang menarik. Lepastu ada Iranian guy ajak pergi kedai dia, having tea with him. By the way, it is a normal culture here having a cup of tea with locals. Tapi kalau korang taknak, tolak lah elok-elok. Aku okay je sambil dengar dia cerita pasal tempat ni dan tengok-tengok jewelry yang dia jual. Nak beli tu memang tak lahhh..



Handmade


Dah habis sembang, aku pergi makan dekat fast food restaurant dalam kawasan sini jugak since tak jumpa kedai makan yang menarik. Then sambung lepak depan Imam Mosque sambil ambil gambar, then ada Iranian girl ni tegur. Dia ajak jalan sama-sama sambil jadik photographer aku. Hahahaha! Tapi kejap je lah sebab dia kena pergi kerja pulak lepas tu. 

hmmmm..stress iolls dengan gambar ni


Maka aku pun sambung melepak dekat park, people watching! Locals memang suka berkelah, dekat tepi-tepi pokok diorang bentang kain sambil makan-makan. 

boleh naik kereta kuda dekat sini

Time aku tengah feeling tiba-tiba ada orang tegur dalam bahasa Melayu! Ohh..jumpa jugak Malaysian yang travel instead yang pergi 'umrah'. Abang ni travel satu family siap ada baby lagi, route yang dia buat pun lebih kurang sama macam aku cuma Isfahan last pit stop dia sebelum balik ke Tehran semula. Macam biasa, soalan wajib mesti ada.."Travel sorang ke?" aku senyum je lah. Pastu dia kata haritu pun dia ada jumpa jugak gadis Melayu travel solo, SEE! Iran is safe for a solo female travelers.

Sempat jugak aku beli aiskrim sebab nampak tempting gila, yang penting murah je! Bukan main laju habiskan aiskrim tu sebab cuaca makin sejuk, nak kena balik ke hostel cepat ni.

Having this with that kind of view is such a bless!

Dari square tu aku kembali lalu celah-celah rumah untuk ke main road. Kali ni terpaksa naik teksi sebab tak nampak pulak bayang bas. Sampai hostel sempat basuh baju dan bermula lah aktiviti bergolek-golek atas katil. Malam memang aku tak berani lah nak keluar, nasib baik balance fast food yang aku beli tadi ada lagi so kita buat dinner!
Sebenarnya aku jetlag tak habis lagi, pukul 8 memang dah mengantuk teruk dan pukul 2 pagi mata dah cerah dok terkebil-kebil. Time difference 5 jam je padahal.


Ok lah, good night!


Expenses :
Taxi to hostel - IRR15000
Hostel (3 nights&early check in) - IRR200400
Bus to square - IRR1000
Lunch - IRR17500
Aiskrim - IRR2000
Taxi to hostel - IRR10000


Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China