Backpacking to Iran (TEHRAN - Part 1)

Haiii..guysss!

Setelah setahun trip ke Iran, baru hari ni aku menggagahkan diri untuk menaip entry yang dok terperap kat draft. Maybe ada certain info yang dah tak valid, maka tak dapatlah aku nak tolong ye. Sila google sendiri lah untuk latest info, aku cuma nak share journey aku je. Semua sudah bersedia ke? Ok ayuh kita meneruskan pengembaraan ke bumi Parsi yang penuh dengan kejutan dan rahsia.

Intro boleh baca dulu sebagai warm up sebelum perjalanan bermula. Gittewww!

Iran is an Islamic republic on the Persian Gulf with historical sites dating to the Persian Empire. Extensive marble ruins mark Persepolis, the empire’s capital founded by Darius I in the 6th century B.C. The modern capital, Tehran, is home to opulent Golestan Palace, seat of the Qajar Dynasty (1794–1925), plus modern landmarks such as the 435m-high Milad Tower.

Macam biasa naik bus dari TBS ke KLIA2 dan terus menuju ke depature hall memandangkan aku takde nak drop luggage dekat counter. Usha-usha dulu keadaan kat gate, ramai! Confirm flight penuh malam ni. AirAsiaX nampaknya tak delay ye..bagus! Flight depart at 7pm as per scheduled and it will take 8 hours. Maka, kematu lah punggung duduk lama-lama demi keriangan berganda! Gittewww..



Flight penuh dan belum apa-apa lagi aku dah di kelilingi dengan group Syiah. Mula-mula pakcik yang duduk sebelah aku borak-borak macam biasa dan aku pun layankan aje lah. Yelah, kalau tak layan kang kena cop sombong pulak. Lepastu kawan pakcik ni yang duduk seat depan start provok

"Tak takut ke pergi Iran? Syiah bunuh Sunni tau!"

Serious sinis gila muka dia masa tu and I was like, wth kau pakcik? Kau nak Syiah itu hal kau and please stay away from me. Aku terus pasang earphone and buat-buat tidur. 8 jam takkan nak melayan provokasi dan sebaran ajaran sesat kat aku. Aku bangun nak g toilet je pastu memang tido saje atau layan movie kat handphone. Then again, pakcik ni mempersoalkan few things dalam solat yang katanya salah. Aku diam je langsung tak cakap apa-apa. Sumpah! Menyesal aku bangun untuk makan! Kalau aku tido je sampai landed kan selamat.

Ohh dapat free ye chicken sandwich ni..macam excited pulak AA bagi free food on board. Hahaha!


Day 1 - Monday (14/11/2016)

Sampai Imam Khomeini International Airport (IKA) pukul 11 malam and the temperature outside is 10°C ! Fuhhh..beku. Keluar dari flight terus menuju ke kaunter visa sebab kan aku masih tak pasti pasal visa tu, rupa-rupanya pemegang passport Malaysia tidak memerlukan VOA untuk stay tidak melebihi 30 hari! Boleh terus proceed ke immigration kaunter. Yeayyy! Tapi aku nasihatkan sila beli insurance yg berharga $18($1 kena paw dengan officer tu😐) since most travel insurance company tak cover Iran. So if anything happen, mana mau claim??

Long que at the immigration counter

Memandangkan aku masih takde Iranian riyal lagi, eloklah kiranya pergi cari money changer dulu. Aku memang tukar je USD yang aku ada dan hampeh, duit buruk/terlipat diorang tak terima okay padahal duit Iran yang dia bagi kat aku pun buruk-buruk jugak. Cehh..
Ohh..masa dekat money changer ni aku jumpa Malaysian yang boleh cakap Parsi, so dia yang tolong aku tanyakan dekat kaunter dan tolong aku kira duit riyal tu cukup ke tak since dia nampak aku cam slow nak convert USD to IRR. Sempatlah borak-borak sikit, rupanya dia student dekat Iran dan sempatlah tukar-tukar nombor phone just in case aku nak mintak tolong apa-apa, senang sikit. Ok, tukar duit dah settle sekarang kita cari port nak melepak hingga ke subuh sebab aku memang tak plan nak keluar dari airport tengah-tengah malam camni, dah lah sorang kot! Jangan buat pasal.

Sunrise at Imam Khomeini International Airport

Aku lepak airport sampai pukul 6 pagi then sempat breakfast spaghetti BBQ Chicken walaupun bukan nak makan beriye sangat, cuma aku rasa aku perlu alas perut sebelum menuju ke city. Yelah, sampai city bukannya dah tau mana tempat nak cari makan apa semua kan?

Solo traveller bila makan ditemani backpack je lahhh


Surau ada dekat level 1, tapi aku advice sila ambil wudhuk siap-siap di toilet since puak Syiah ni tak ambil wudhuk sebelum solat. Lepastu aku terus keluar dari airport nak cari teksi ke hostel, airport taxi will charge $20 tapi pandai-pandai lah deal dgn taxi sapu, aku kena bayar 400000riyal = RM40 itu pun dah habis nego seperti ayam dengan itik sebab driver tu tak paham english. Mahal gak tu tapi malas nak pikir sebab pepagi lemau sikit. Kalau tak silap aku boleh naik shuttle bus ke Mehrabad International Airport (for domestic flights), then naik metro ke Englahab station. Aku punya driver teksi siap main pass aku naik teksi lain sebab dia tak familiar area city. Apooo..Suka hati dia je tapi nasib baik takde lah nak kena bayar extra. Pemanduan disini agak berbahaya jugak ye, maklumlah sejenis pak arab memang drive gaya camni. Redhooo je lahh..
Second driver taxi ni pun tak familiar bila aku tunjuk address hostel, nasib baik aku print siap yang ada bahasa Parsi kalau tak mesti lagi haru. Setelah driver ni dok tanya-tanya dengan driver taxi lain akhirnya jumpa pun Seven Hostel, sampai depan gate hostel dia hantar aku.



Sampai hostel belum boleh check in lagi, so receptionist hostel suruh duduk kat breakfast area sambil minum teh dan borak-borak dengan backpackers lain. Riuh rendah dibuatnya, masing-masing share experience masa mula-mula sampai Iran..menarik! Hmm..takkan nak duduk melango sementara tunggu check-in kan? Maka..ayuh merayap ke city berbekalkan maps yang receptionist bagi. Dia siap ajar macam mana nak pergi ke tempat-tempat menarik kalau naik metro. So, aku dengan confident teruslah berjalan mencari metro station ikut direction yang dia bagi tapi sesat jugak..cehhh! Tanya locals je lah jawabnya. Sempat stop buy beli pizza, its cheappp! 6000 riyal je.
Sebelum nak naik metro kena tiket dulu, aku boleh pulak beli one way ticket je..

TIPS : Sila beli metro card sebab lagi jimat dan memudahkan perjalanan.


Ke mana kita??

Golestan Palace!!
The Golestan Palace is the former royal Qajar complex in Iran's capital city, Tehran. One of the oldest historic monuments in the city of Tehran, and of world heritage status.
Built around a garden featuring pools as well as planted areas, the Palace’s most characteristic features and rich ornaments date from the 19th century. It became a centre of Qajari arts and architecture of which it is an outstanding example and has remained a source of inspiration for Iranian artists and architects to this day.


The blonde guy in front of Golestan Palace

Nak cari Golestan Palace ni a bit tricky sebab kalau ikut maps dah sampai tapi masih tak nampak bayang pun, signboard pun takde. Ishhh..tak boleh jadik ni! Tengah aku dok pusing-pusing mencari tu boleh pulak terjumpa Ricky & Job yang tengah confuse cari Golestan Palace jugak! Hahaha..sudah masing-masing sesat rupanya. Ayuh jomlah kita jalan sekali, 3 travelers sesat di Tehran konsepnya! Lepas dah tanya orang-orang sekeliling akhirnya jumpa pun Golestan Palace! Pelik jugak aku kenapa takde signboard padahal itu attraction place kot. Iran is not into tourism actually but currently going into it.

An Iranian woman wearing 'chador'

Chador, meaning "large cloth" or "sheet" in modern Persian, refers to a semicircular cloak, usually black, enveloping the head, body, and sometimes the face (like a tent), held in place by the wearer's hands. It is worn by Muslim women outside or inside the home in front of namahram, men ineligible to be their husbands, in Iran and with modifications elsewhere, including parts of Afghanistan, Iraq, and Pakistan.

Muka tak mandi tapi apedehalll..

Aku, Ricky & Job

Job ialah sejenis yg tegur semua orang randomly dan jugak sweet talker, so adalah 4 Iranian girls ni tersangkut dan terus jadik tourist guide kitorang. Siap belanja lunch lagi! Hahaha...berguna jugaklah Job ni. Ricky is more cool and sempoi, he was journalist back then. So kalau borak dgn dia memang banyak useful info, dia pernah stay dekat India 3 bulan. Done with lunch kitorang pusing2 area grand bazaar sebelum tea break pulak. They are paying for me! Alaaa 2000 riyal je kot.😁 Then Ricky suggest to go to Azadi Tower since he wants to take some photo. The Iranian girls didn't follow us since its quite late. Actually takdelah lambat sangat, around 6 camtu. Again...Job menjadi perhatian locals dekat metro station. Agaknya dah viral satu Tehran dgn kehadiran si blonde dari Netherlands ni.  Hahaha!

Azadi Tower

The Azadi Tower formerly known as the Shahyad Tower is a monument located at Azadi Square, in Tehran, Iran. It is one of the landmarks of Tehran, marking the west entrance to the city, and is part of the Azadi Cultural Complex, which also includes a museum underground.

The tower is about 45 metres (148 ft) tall and is completely clad in cut marble. It was commissioned by Mohammad Reza Pahlavi, the last shah of Iran, to mark the 2,500th year of the foundation of the Imperial State of Iran.

After winning a competition, architect Hossein Amanat was tasked to design the tower, his client being the Council of Celebrations. His ideas were based upon classical and post-classical Iranian architecture, popular influences on art in the 1960s following the White Revolution



Kebetulan full moon malam tu! Sumpahhh memang cantik gila view...tapi kitorang tak lama pun sebab sejuk oii. Nasib baik aku memang pakai winter coat, so takde lah terasa sangat. Best jugak berjalan dengan diorang ni, rasa macam ada bodyguard pulak. Jom lah balik hostel, penat dah seharian berjalan. Kitorang naik metro dekat Mehrabad station dan turun dekat Englahab station, cewahhh masing-masing macam dah expert dengan metro line dekat Tehran ni. Hahaha!

Sampai hostel aku ala-ala baru nak check-in, receptionist tolong angkat beg masuk dorm dan tunjuk katil dan locker aku. Siap ada dapur kalau nak masak tapi aku tak gigih lah. Freshen up dan terus bergulung dalam selimut tebal, heater pun dah terpasang. Balance pizza yang aku beli tadi masih ada, boleh lah buat dinner. Wifi boleh tahan laju, maka masa untuk update media sosial dan update family keadaan aku. Facebook & Twitter aku tak boleh nak access, walaupun dah try guna VPN..kepada Instagram je lah aku bergantung harap! Hahaha..

Well...i'm survived for the first day in Iran! Siapa cakap Iran bahaya/tak selamat??


Expenses :
(change $420 = IRR15,280,000)
Insurance - $18
Breakfast - IRR29000
Sim card - IRR57000
Taxi to hostel - IRR40000
Metro tix - IRR3500
Entrance fee - IRR30000
Pizza - IRR6000
Metro card - IRR5000






Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China