Backpacking to Lombok (Part 1)

Plan nak ke Lombok ni sebenarnya diutarakan oleh kawan aku iaitu Kapten Ada, dia lah yang sibuk ajak aku ke sini. Dah macam honeymoon pulak pergi berdua ke pulau! Apooo..masa nak beli tiket memang dia confident gila lah boleh cuti on the date yang dipilih, so aku pun proceed je lah since aku memang tak ada masalah untuk cuti.

Tapi....

Last minute dia boleh cancel pulak sebab cuti tak approve! Kau rasaaaaa?? Dah aku nak pergi sorang ke? Nak burn flight ticket sayang pulak, maka redah je lah sorang-sorang pergi pulau. Macam tak biasa pulak jalan sorang walaupun aku yakin bakal kesenduan sebab pulau kalau pergi berteman baru best! Ecehhh...


Day 1 - 16/04/2017

Memandangkan flight aku tengah hari, so pagi tu baru lah aku gerak ke TBS. Naik JetBus dari TBS pukul 10, sampai klia2 pukul 11 dan aku terus masuk departure hall seterusnya ayuhhh kita menuju ke McD! Lapar oiii..tadi kat rumah tak sempat breakfast maklumlah pagi tu baru sibuk nak packing. Flight depart 12.40 tengah hari dan boleh tahan penuh tapi aku tetap boleh tidur dengan tenang untuk flight yg berdurasi 3 jam 10 minit.

sesambil cuci mata tengok mamat pinoy belakang tu

gunung berapi yang tak dapat dipastikan

Yeayyy! Pada jam 3.45 petang penerbangan QZ680 selamat mendarat di Lombok International Airport. Que kat immigration panjang tapi takde lah lama sangat pun menunggu turn, lebih kurang  4.30 petang dah keluar dari airport terus menuju ke kaunter bus Damri untuk ke Senggigi. Harga tiket cuma 35000rp sahaja! Bus Damri betul-betul keluar airport tu akan nampak, bus akan tunggu penuh baru lah akan gerak.

kaunter bus Damri 


Lama jugak naik bus dan aku adalah penumpang terakhir yang turun pada pukul 6.30 petang di Senggigi. Masa tu dah mula gelap, nak mencari hostel pun satu hal jugak dah lah aku tak beli local simcard lagi. Aku siap tahan teksi nak mintak hantar ke hostel tapi bapak driver tu tengok alamat pun macam tak confirm kat mana sebenarnya lokasi hostel aku. Huwaaaa cemana ni?? Tapi bapak driver tu tetap nak tolong aku, dia tahankan satu lagi teksi dan tanyakan..cisss rupanya aku dah dekat depan lorong nak masuk ke hostel! Hahahaha..memang aku jalan kaki je lah pergi ke hostel yang aku dah book tu.

Masa aku pergi hostel ni baru bukak, so facilities cam tak banyak

By the way, aku bagi the correct guide lah untuk ke Selasar Senggigi Hostel :
Mintak driver bus untuk berhenti depan Indomart Senggigi 2. Kemudian jalan masuk ke Kila Beach Resort dalam 5 minit, Selasar Hostel is on your right.


Sampai hostel, settlekan check in semua then aku terus mandi dan of course lapar! Tapi tak tau mana nak cari makan plus macam penat gila, so aku just pergi ke Indomart beli roti & air then nampak pulak ada gerai kebab tepi jalan, yassss! Ni kalau dengan kakak aku, jangan harap dia nak beli makanan tepi jalan tapi aku yakin dengan tahap kekebalan perut aku untuk telan street food. Hahahaha jadi aku takde masalah janji kenyang!

Selamat malam Lombok!


Expenses:
Bus - 35000rp
Hostel - 125000rp
Kebab - 13000rp
Mineral water+teh botol - 8700rp
Body shower+facial wash - 27100rp
Simcard - 65000rp



Day 2 - 17/04/2017

Selamat pagi warga Senggigi!

Plan aku harini akan menuju ke Gili Trawangan, pulau yang sering diperkatakan apabila menyebut nama Lombok. Tapi itu cerita nanti lah, sekarang ini ayuh kita ke Pantai Senggigi yang terletak 10 minit je dari hostel. Pagi lagi memang sunyi je pantai, lagi pun aku tengok warna air nya macam keruh je.

Pantai Senggigi

Bot kecil yang terdampar sepi

tak mampu nak stay dekat sini..huhuhu

Layan perasaan kejap tepi pantai lepas tu aku balik semula ke hostel untuk breakfast. Sambil tu aku mintak tolong mas kat hostel tu untuk book transfer ke Gili Trawangan. Lepas breakfast aku masuk bilik pastu terus mandi dan siap-siap sebab pukul 8.30 nanti ada van yang akan datang ambil untuk bawak ke jeti.

Jauh jugak nak ke jeti/pelabuhan dalam sejam lebih jugaklah tapi sebab view cantik along the way so kita layan je. Van akan turunkan semua penumpang dekat satu tempat ni, kiranya berkumpul dulu dekat sini sebelum diorang bagi tiket ikut kita nak ke gili yang mana. Aku akan ke Gili Trawangan which is the biggest gili dan paling happening lah gitu. Dari tempat berkumpul ni untuk ke jeti ni sebenarnya boleh jalan kaki je tapi nanti ada pak-pak supir yang insist suruh naik cidomo(kereta kuda) sebab diorang kata jauh. Aku lah salah sorang yang tertipu dan naiklah cidomo dengan 2 orang minah salih. Hampehhh!

Aku memilih untuk naik public boat sebab dah tentu lah lebih murah walaupun perlu bersesak-sesak dengan locals yang membawa barang-barang dagangan ke pulau. Hahahaha! Apedehal bukannya selalu kan? 

Kat sini jangan nak diva sangat, tunggu boat bawah pokok je

Public boat siap sedia

Haaa kau mampu naik boat dengan nenas dan sayur-sayuran?

Gili Trawangan dari tengah laut

Selepas lebih kurang 45 minit naik boat, sampailah ke Gili Trawangan. Panas! Aku terus berjalan mencari hotel yang aku dah book. Macam biasa entah kemana-mana lah aku sesat tak jumpa sebab hotel aku dekat celah-celah rumah orang. 15 minit jalan kaki lepas tanya-tanya orang, maka jumpa jugaklah hotel aku yang terletak di jalan....

sebut betul-betul ye...

Tapi sebab sampai pukul 11 pagi, bilik belum siap lagi jadinya elok lah kiranya aku pergi mengisi perut yang kelaparan ni dulu. 

sedap dan murah!

Lepas dah kenyang aku pun gigih merayau tengah-tengah panas, ambil gambar sikit sebab masa ni memang lawa gila view.

the viewwwww

my signature post

Pukul 12 tengah hari aku balik semula ke hotel dengan harapan dah boleh check in dan yeayyy diorang bagi kunci bilik! Fuhhhh berlengas gila...marilah kita mandi dan solat Zohor sebelum membuta sehingga ke petang. Kah!

simple je bilik aku tapi staff dia siap tabur bunga fresh atas katil! hahahahaha

Memang aku membuta sungguh, bangun pukul 4 petang pastu sembahyang Asar dan tengok luar masih panas terus sambung golek-golek atas katil. Pukul 5 baru keluar konon nak tengok sunset kat buaian yang famous tu tapi macam dah lambat kalau nak ke sana, jadi sekadar layan sunset dekat depan pantai gini je lah. Takpe, esok masih ada!

Senja di Gili Trawangan

Sebelum balik bilik aku tapau dulu makanan dari pasar malam yang ada dekat Gili T ni. Aku tapau nasi campur dengan sambal ijo yg perghhhh pedas!

Good night.



Exp : 
boat to Gili - 75000rp 
Cidomon - 25000rp 
Boat to Senggigi&airport - 175000rp 
Lunch - 20000rp 
Pisang cheese - 10000rp 
Dinner - 30000rp 
Mineral water+ice tea - 20000rp

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China